Usahawan dan penyanyi Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa simpati akan nasib pasangan warga tua bersama seorang anak kurang upaya yang tinggal di sebuah pondok kecil di tepi jalan.

Jelasnya pasangan ini hanya menjual pucuk ubi dan pendapatan sebagai pengawal keselamatan untuk menyara kehidupan.

Malah lebih menyedihkan, pondok mereka tidak mempunyai bekalan elektrik dan tandas juga terpaksa menggunakan sumber air longkang.

“Tuhan sahaja yang tahu betapa kesiannya saya dengan pasangan suami isteri yang mempunyai anak OKU ini yang berumur 75tahun.

IKLAN

“Pasangan ini terpaksa membanting tulang hanya sekadar menjual pucuk-pucuk ubi dan terpaksa berkerja sebagai pengawal keselamatan dengan bergaji RM 1000.

“Tiada rumah duduk di tanah tepi jalan dgn pondok sebesar kemah..nenek ni berasal dari sabah.

“Rumah beliau juga tidak ada bekalan elektrik yang betul dan juga bekalan air yang betul. Toilet pun hanya menggunakan air longkang sahaja dan kehidupan yang teramat susah.

IKLAN

“Disebabkan hari ini saya memberikan sumbangan hasil bisnes sy yg anda sokong selama ini.. berupa wang tunai dan juga produk @as.legacymalaysia dan @dherbsholdingshq.

“Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban mereka. InshaALLAH misi saya untuk bukan Ramadhan ini saya ingin membantu lebih 2000 orang yang kurang berkemampuan. AMIN YA RAB,” kongsinya di IGTV.

IKLAN
View this post on Instagram

Tuhan sahaja yang tahu betapa kesiannya saya dengan pasangan suami isteri yang mempunyai anak OKU ini yang berumur 75tahun. – – Pasangan ini terpaksa membanting tulang hanya sekadar menjual pucuk-pucuk ubi dan terpaksa berkerja sebagai pengawal keselamatan dengan bergaji RM 1000… tiada runah duduk di tanah tepi jalan dgn pondok sebesar kemah..nenek ni berasal dari sabah . – Rumah beliau juga tidak ada bekalan elektrik yang betul dan juga bekalan air yang betul. Toilet pun hanya menggunakan air longkang sahaja dan kehidupan yang teramat susah. – – Disebabkan hari ini saya memberikan sumbangan hasil bisnes sy yg anda sokong selama ini.. berupa wang tunai dan juga produk @as.legacymalaysia dan @dherbsholdingshq . Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban mereka. InshaALLAH misi saya untuk bukan Ramadhan ini saya ingin membantu lebih 2000 orang yang kurang berkemampuan. AMIN YA RAB….

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Terdahulu penyanyi Bobo Di Mana ini memaklumkan akan menggunakan keuntungan saluran Youtube miliknya bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Foto : Instagram DS Aliff Syukri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI