Selepas memenangi pingat emas bagi acara bola jaring di Sukan Sea Kuala Lumpur yang lalu, nama atlet, An Najwa sering menjadi tumpuan terutamanya dikalangan remaja perempuan kerana sering berkongsi tips tentang keyakinan diri dan gaya hidup sihat.
Terbaru, Najwa ada berkongsi kata-kata peransang yang nampaknya seperti ‘menusuk’ ke jiwa-jiwa mereka yang mempunyai azam untuk kurus tetapi masih liat untuk memulakannya.
Katanya, didalam dunia ini tiada apa pun yang mudah dan segalanya bermula dengan disiplin.
“Kalau nak tanya senang ke tak, memang jawapan nya tak ada benda dalam dunia ni senang. Nak makan pun susah, kena ambik pinggan, cedok nasi, basuh tangan baru suap ke mulut. Tapi apa yang buat kita capai target kita? Disiplin, disiplin and disiplin. Tak ada disiplin, memang semua benda buat tak dan.
“Awak yang nak turun berat badan dari awal tahun 2018 sampai ke sekarang tak turun2 berat tu, bila nak start? Ni nak bisik sikit bila waktu yang sesuai nak start diet and workout awak tu.. *SEKARANG*. Sekarang adalah waktu yang sesuai awak mula untuk capai target nak kurus tu sebab kalau tak mula SEKARANG, sampai ke sudah tak mula2. So sekarang jangan fikir lagi bila nak start, bila masa yang sesuai nak start. Start SEKARANG,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata pengikut berasa ‘terpukul’ mendengar kata-kata Najwa itu dan seterusnya membuatkan mereka berasa semangat untuk memulakan diet.
Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran nenek Neelofa.
Lalu, ibu Neelofa iaitu Noor Kartini telah berkongsi sekeping foto beserta kapsyen yang istimewa buat si ibu.
“Happy Birthday ummie Sayang.. berkat doa abah dan umi dgn segala kebajikan dan kebaikkan ummi abah Allah pertemukan Tini dengan hambanya sebagai suami yg berhati mulia dan anak2 menantu dan zuriat yang terbaik dan soleh solahah,” tulisnya.
Kartini juga turut mendoakan kesejahteraan ibunya itu.
“Alhamdulillah.. moga Allah lmpahi ummi denga redha dan dengan segala kebaikkan pada ummi.. umur yg panjang dan sehat wal afiat .. dan dikurniakan segala nikmat rezeki yang Allah turunkan kemuka bumi ini kepada ummi… semoga segala doa ummi Allah qabulkan, cita2 ummi tercapai dan sempurna segala hajat.. amiin,” tulinsya lagi.
Dalam pada itu, Kartini bersyukur kerana ibunya sentiasa memberi sokongan dan kasih sayang yang tiada penghujungnya.
“Ummi .. terima kasih utk segalanya.. Tini bersyukur pada Allah kurniakan IBU yg sentiasa berada disisi , menyokong setiap apa saja yg Tini cita2, memberi sepenuh kasih sayang pada pada kami dan serta seluruh keluarga.. kasih sayang ummi ,tanggung jawab dan ambil berat setiap benda,tiada nilai utk dipertuturkan dengan kata2,” tulis Kartini.
Susulan itu, gambar tersebut dihujani ucapan tahniah dan mendoakan kesejahteraan Kartini dan ibunya itu.
Selain itu, Kartini juga sering berkongsi foto bersama ibunya di akaun Instgram.
Pada masa sama, keluarga besar ini juga sedang bersedih apabila datuk mereka yang dipanggil Abah telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah kesihatan.
Foto : Instagram Noor Kartini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Faizal Tahir semalam muat naik satu video di laman Instagramnya berkisarkan kanak-kanak pelarian Syria yang dibuli di sebuah sekolah di United Kingdom.
Dalam video tersebut, jelas kelihatan kanak-kanak itu yang tenang melangkah pergi setelah dipukul oleh pembuli tersebut menunjukkan ia satu senario yang biasa dilaluinya setiap hari.
“This is extremely depressing to watch. A young Syrian boy is bullied at school by a far right extremist and then water boarded.
“He gets up and walks away as though he is used to such abuse. We demand answers from the school as to why such behavior was allowed to continue even after his arm was fractured from the same bully only days prior to this incident.
“To all Syrians out there, Muslim or Christian or whatever religion you believe in, my prayers are with you always.
“May Allah give you strength and make it easy for you in handling all the hate and discrimination you have to go through everyday. Stay strong. I am with you,” tulisnya.
Selain itu, turut menjadi mangsa pembuli sama adalah kakaknya. Nyata video itu amat menyentuh hati Faizal apabila dia mendoakan seluruh ahli keluarga mangsa supaya sentiasa tabah.
“The sister of the Syrian boy i posted about yesterday being bullied at a school in Sheffield, UK. I may not be there to protect you physically. But my prayers are always with you.
“May Allah grant you, your family, and all of those who are facing the same trials, regardless of race and religion, with great strength and integrity.
“Stay strong. I am with you. Allah is with you. Always. #saynotobullying,” tulisnya.
Menjengah di ruangan komen ramai yang terkesan dengan video tersebut serta melahirkan rasa amarah mereka apabila generasi muda sudah terlibat dengan kes-kes buli ini.
Pada MH, bukan salah anak-anak jika berperangai sebegitu, mungkin itu semua adalah sedikit sebanyak ajaran ibu bapa mereka juga. Apa-apapun, memang sebak tengok video tersebut. Moga-moga ada sinar kebahagian buat semua pelarian Syria di seluruh dunia.
Foto/Instagram: Faizal Tahir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.