Industri muzik antarabangsa kehilangan sebutir permata legenda, Tina Turner, dalam satu kenyataan pada 24 Mei.
Mendiang menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 83 tahun dan pemergiannya itu telah disahkan oleh pihak jurucakap bintang berkenaan.
“Dengan penuh kesedihan kami mengumumkan pemergian Tina Turner,” tulis kenyataan itu dalam media sosial rasminya.
Ads
Menurut kenyataan itu lagi, pemergian Tina Turner pasti dirindui oleh para peminatnya di seluruh dunia.
“Dengan muzik dan semangatnya, dia telah memikat berjuta-juta peminat di seluruh dunia dan memberi inspirasi kepada bintang-bintang masa depan,” terang kenyataan terbabit.
Ads
Mendiang yang popular dengan lagu The Best, Proud Mary dan I Don’t Wanna Lose You itu difahamkan meninggal dunia selepas kira-kira lima bulan kematian anak lelakinya, Ike Turner Ronnie.
Menurut pakar perubatan di Los Angeles, Ronnie meninggal dunia pada usia 62 tahun, pada 8 Disember tahun lalu akibat komplikasi ‘metastatic colon carcinoma’.
Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew mengejutkan ramai pihak setelah memuat naik video kolaborasi bersama selebriti Tik Tok terkenal dunia, Bayashi.
Menerusi video tersebut, Ustaz Ebit dan Bayashi dilihat sama-sama memasak menu popular Malaysia, nasi goreng.
Jelas Ustaz Ebit, mereka juga akan menyerahkan nasi goreng berkenaan buat para gelandangan di Tokyo, Jepun.
Paling mencuri tumpuan apabila Ustaz Ebit turut mengajar Bayashi perkataan Malayu iaitu ‘Sangat Sedap’.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen seakan tidak percaya selain turut berharap agar Ustaz Ebit dapat berkolaborasi dengan lebih ramai pempengaruh terkenal dunia selepas ini.
“Sulit untuk dipercayai tapi sudah di depan mata.
“Kolaborasi yang kita tak minta tapi kita perlukan.
“Lepas ni kolaborasi bersama Mr. Beast pula Ustaz.
“Kami rakyat Malaysia pun terkejut. Kolaborasi yang tak disangka-sangka. Collab of the year.
“Selalu tengok Bayashi ni. Tak sangka pula collab dengan Ustaz pual,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, Bayashi merupakan pempengaruh asal Jepun yang terkenal dengan video-video masakan yang menyelerakan
Sehingga kini, Bayashi memiliki jumlah pengikut seramai 48 juta di aplikasi Tik Tok.
Malah, video bersama Ustaz Ebit ini juga telah meraih lebih 3.7 juta tontonan setakat ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ustaz Ebit Lew
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Saya pasti ramai yang tertanya-tanya akan keadaan saya selepas melahirkan. Alhamdulillah syukur saya sihat setakat ini.
“Tapi aturan Allah Pencipta Seluruh Alam lagi maha hebat. Anak saya Ezmeth Maleeq (diberi nama) tidak dapat diselamatkan. Sekasih-kasih saya sebagai seorang ibu, kasih lagi Allah pada anak saya.
Dalam pada itu, pelakon drama Nur ini juga memaklumkan anaknya itu telah selamat dikebumikan pada petang Khamis.
“Dengan penuh rendah diri, saya pohon semua sahabat handai dan kenalan saya titipkan doa buat anak syurga saya yang amat saya kasihi.
“Alhamdulillah Allah mudahkan semua perkara dari proses bersalin semalam, sehinggalah hari pengkebumian anakanda tercinta saya tadi selesai solat asar.
“Saya dan keluarga berlapang dada menerima takdir yang Allah dah tulis pada kami selapang lapangnya,” ujarnya lagi.
Lantaran itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini juga memohon jasa baik semua pihak untuk memberikan dia dan keluarga ruang bagi menempuh detik sukar ini.
“Maaf kalau dua hari ini saya tak menjawab apa apa panggilan atau message dari sesiapa. Saya dan keluarga perlukan ruang untuk beri kekuatan sesama kami.
“Dan kini, saya kumpul segala kekuatan yang ada dalam diri untuk menulis apa yang terjadi pada saya semalam hingga hari ini.
“Terima kasih keluarga, saudara mara, sahabat datang dari jauh, jiran tetangga yang datang turut sama membantu saya. Moga Allah dapat balas jasa kalian semua,” kongsinya lagi.
Katanya lagi, meskipun berat baginya untuk menerima kenyataan, namun, dia akan terus kuat demi keluarga tercinta.
“MasyaAllah, rasa bagaikan mimpi, tapi inilah realiti yang saya harus telan. Demi keluarga dan anak anak yang ada depan mata, sebagai rusuk kiri suami dan juga kekuatan pada anak yang lain, saya harus tabah dan kuat menjalani kehidupan seperti biasa. Doakan saya ok guys?,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Uchee Fukada
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengumuman pasangan usahawan selebriti, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel yang menaja program realiti Big Stage musim kelima menerusi jenama mereka Wawa Cosmetics dengan jumlah jutaan ringgit mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Di aplikasi Tiktok, seorang pengguna akaun itu memberikan ‘teguran suci’ kepada Wawa dan Aeril yang menyifatkan tindakan mereka silap.
“Bukan nak kritik. Tapi kalau gunakan duit tu taja program mengaji, dan hadiahkan pemenang naik haji itu adalah lebih afdhal, pahala pun mengalir,” tulis pengguna akaun itu.
Tidak terus melatah, Aeril, 35, berkata, keputusan menaja program itu antara lain untuk membantu ‘reseller’ mereka yang turut menjana pendapatan melalui jualan rangkaian produk Wawa Cosmetics.
“Pertamanya, saya dan isteri ingin berterima kasih atas teguran diberikan. Cuma, apa ingin saya katakan adalah segala amal kami, kami jarang tunjuk atau viralkan. Mungkin sebab itu kalian anggap kami tak pernah beramal.
“Kalau saya nak senaraikan satu persatu apa amal kebajikan yang kami buat, orang akan mengata pula. Apatah lagi kalau nak ditunjukkan di media sosial. Saya rasa perkara sebegini tak perlu diperdebatkan.
“Kita tidak ada kuasa untuk menentukan dosa dan pahala seseorang kalau kita sendiri tidak tahu niat di sebaliknya. Cukup-cukuplah menjatuhkan hukum pada orang lain.
“Paling penting, tujuan saya dan isteri menaja Big Stage adalah untuk membantu ‘reseller’ dalam menjana pendapatan. Kalau kami di pihak pejabat urusan (HQ) tidak mempromosikan produk, bagaimana masyarakat nak tahu. Menjadi penaja ini satu daripada strategi pemasaran kami,” katanya.
Menurut Aeril, sepanjang lebih lima tahun mengusahakan jenama itu, pihaknya sudah membantu ribuan peniaga keluar dari masalah kewangan dan kesempitan hidup.
“‘Reseller’ kami terdiri daripada peniaga kecil, ibu tunggal, suri rumah dan golongan pelajar pun ada. Semua mereka ini pada awalnya ingin mengubah nasib diri dan membantu menjana pendapatan keluarga.
“Bukan kami nak berlagak tapi Alhamdulillah, sudah ramai peniaga kecil yang dilahirkan hingga menjadi usahawan dan jutawan.
“Apa pun, terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong, setia dan ada bersama Wawa Cosmetics dari dulu hingga kini,” katanya lagi.
Sebelum ini, Aeril dan Wawa mengumumkan bakal membina sebuah masjid yang mampu memuatkan 700 orang jemaah di kampung halaman Aeril di Johor.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.