Meluangkan momen berharga bersama anak angkatnya, Faeq Razeeq, Sufian Suhaimi mengakui waktu usia bayi sehingga dua tahun adalah detik paling penting untuk diberi perhatian kepada kanak-kanak.

Pada masa sama, sekeping foto yang dikongsi juga menjadi perhatian gara-gara kapsyen yang perihal bakal ibu Faeq turut dicoretkan penyanyi berkenaan.

“Quality time. Baby Faeq tengah sibuk mengadu lutut dia calar walaupun ayah Yan dah baca bismillah sambil tiup untuk ke seratus empat puluh juta kali, time tu juga bakal ibu Faeq nak attention. Mestilah attention lebih dekat baby Faeq!

“Usia 0-2 tahun adalah waktu crucial dimana baby memerlukan perhatian dari ibu bapanya. Tak kiralah sibuk mana pun, cuba untuk luangkan masa sekurang-kurangnya 2 jam bersama tanpa gadget,” tulisnya.

IKLAN

Netizen nyata tertanya-tanya siapa gerangan bakal isteri penyanyi Di Matamu ini.

Malah, rata-ratanya juga turut mendoakan kebahagiaan buatnya.

IKLAN

“Time Tu Juga Bakal Ibu Faeq Nak Attention,” – Sufian Suhaimi Isi Masa Dengan Anak, Dah Jumpa Pengganti?

IKLAN

Sufian sebelum ini menyatakan Faeq merupakan anak kepada rakan baiknya sejak di bangku persekolahan dan masih tinggal bersama keluarga kandung.

Namun dia akan bertemu si comel ini hampir setiap hari untuk meluangkan masa bersama.

Foto : Instagram Sufian Suhaimi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI