Pelakon Saharul Ridzwan mendedahkan perbualan mesej menerusi aplikasi Messenger di Facebook, bersama kekasihnya, Qaabila Deena Emir (yang kini sudah menjadi isterinya).
Perbualan itu difahamkan berlaku kira-kira tujuh tahun lalu apabila Saharul berterus terang dengan Deena untuk memperisterikan wanita terbabit.
“25/9/2012. Time ni aku memang nak mengorat dia. Nekad. Tapi dia jual mahal! Hahahaha. Scroll2 terjumpa balik conversation FB.
“Alhamdulillah, syukur Allah aturkan segala yang terbaik buat kami berdua. Betul lah kata abah @tokabah_hajihashim.
“PERKAHWINAN INI SATU BAHTERA DAN KITA (SUAMI) ADALAH NAKHODA KAPAL KITA. LURUS JALAN YANG DI TUJUI IAITU JALAN ALLAH SWT, MAKA LURUSLAH PERJALANAN DUNIAWI KITA”. Amin. Terim kasih abah,” tulisnya.
Malah, pelakon Terlanjur Mencintaimu 2 itu juga berjanji untuk menjadi ketua keluarga yang terbaik buat isteri dan anak-anaknya.
“Walau satu hari nanti saya diduga dengan kesushan, janji saya awak pada awak sayang, anak2, awak dan anak2 kita tidak akan kebulur tiada makanan dan tiada tempat berteduh dari hujan dan panas. Amin.
“Semoga Allah memperkenan doa saya yang bukan utk diri hambaMu ini tapi utk insan yang hambaMu sayang ini termasuklah umi, abah, mertua, keluarga kami dan semua keluarga Mohd Saharul Ridzwan bin Hashim dan seluruh umat islam ini. Amin Ya Karim,” doa Saharul lagi.
Menerusi video tersebut, Deena ketika itu sudah mempunyai teman lelaki dan dikatakan tidak mahu ‘melayan’ Saharul.
Lalu, rata-rata terhibur dengan perbualan mereka yang dianggap lucu dan imbau nostalgia cinta.
Imbas kembali, Saharul dah Deena mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Luth Ali, 2 tahun.
Deena kini sedang hamil anak kedua yang sudah memasuki trimester kedua.
Foto : Instagram Saharul Ridzwan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI