Awal semalam, pelakon cantik Rozita Che Wan ada memuat naik beberapa keping fotonya saat diundang sebagai penyampai anugerah di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 (DFKL2019) Ahad lalu.
Menariknya, salah satu gambar yang dikongsikan ibu kepada tiga cahaya mata itu ialah memorinya bersama rakan penyampai, aktor Edika Yusof.
Kata Che Ta, ini merupakan gandingan pertama mereka berdua.
Ads
“Abg @edikayusofxx u ok ?? #candid ,, first time digandingkan.. time flying dulu pun tk pernah jumpa? .. walaupun nmpak mcm pemalu tp peramah org nya,”tulis Che Ta ringkas.
“InsyaAllah mesti jumpa lagi. Thank you Che Ta,” balas Edika pula.
Aduh comelnya lihat Uqasha Senrose ‘kecek Kelate’ menerusi salah satu video yang dikongsikan di Instagram, awal April lalu.
Sedang bersiap sedia untuk menjalani babak nikah menerusi drama Setelah Terlafaznya Akad, Uqasha sempat berlawak mengatakan termasuk babak ini, sudah berpuluh kali dia bernikah dan kemudian diceraikan.
“Orang nikah kita nak nikah juga. Kita ni berpuluh kali nikah. Nikah cerai. Pas cerai nikah semula.
“Buat habis duit je. Baiklah duit tu buat makan,” katanya.
Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan mengakui kebelakangan ini, dia lebih terbuka dan selesa untuk berkongsi pengisian rohani serta Islamik di media sosial.
Tidak terikut atas desakan mana-mana pihak, sebaliknya ia hadir dari hati ikhlas, begitu juga dalam hal berkaitan dengan penampilannya kini.
Terdahulu, ibu kepada tiga cahaya mata ini mengakui lebih selesa mengenakan persalinan yang lebih longgar berbanding sebelum ini menerusi satu temu bual bulan lalu.
“Bagi saya, ia berlaku secara natural sebabnya, bila nak lakukan suatu hijrah itu ia merupakan satu proses positif dan pastinya saya mahu kekal istiqamah.
“Semua orang boleh lakukan hijrah mengenakan tudung, tapi sejauh mana tahap kerelaan itu yang lebih penting,” katanya kepada MH.
Malah jelasnya lagi dalam perkembangan media sosial kini, setiap orang boleh belajar dan mengetahui seseuatu hukum hakam dalam Islam dengan lebih mudah.
“Bagi saya, sekarang kita nak mendalami Islam lebih mudah. Ikuti beberapa akaun Islamik atau ustaz bertauliah untuk mendapatkan ilmu agama.
“Cuma saya pun ada ikuti juga akaun mereka yang tak pakai tudung, tapi tahu tak selama mana kita likes atau kongsi foto mereka yang dedah aurat, selama itulah kita akan tanggung dosa. Sebab itulah saya sudah jarang likes gambar orang tak pakai tudung,” jelasnya.
“Saya sendiri baru tahu benda tu. Ia salah dan haram meski kita kongsi atau pun kasi tanda suka. Sebabnya, kita cuba sebarkan mereka yang tidak menutup aurat.
“Lagi satu sebabnya mudah. Kita ni ada pengikut yang ramai. Jadi rasanya sudah tiba masa untuk saya kongsi hal-hal atau kapsyen yang lebih beri manfaat buat pengikut,” katanya lagi.
Ditanya apakah reaksinya andai masih ada pihak yang memuat naik video atau ulang tayang drama lakonannya ketika masih belum mengenakan tudung pula, ini jawab Che Ta;
“Itu saya bukan punya bidang kuasa. Allah tahu niat dan hati kita. Saya sendiri tidak mampu untuk sekat atau minta mereka untuk hentikan.
“Cuma selagi saya tidak kongsi foto lama saya, tetapi orang lain yang sebarkan ia bukan salah kitalah,” kongsi Che Ta yang bakal tampil sebagai hos bersama untuk program masakan Rasa sebanyak 13 episod untuk siaran Astro.
Penyanyi rock legenda, Datuk Nash bersyukur kerana hanya mengalami kecederaan luaran selepas terbabit dalam kemalangan motosikal ketika dalam perjalanan pulang dari surau, malam tadi.
Nash,...