Penyanyi Shila Amzah tidak melatah berkaitan isu tular membabitkan dirinya yang dirakam membuang gula-gula di atas pentas ketika menjayakan sebuah persembahan, baru-baru ini.

Mengakui ia khilaf sendiri, Shila atau nama sebenarnya, Norshahila Amir Amzah, 32, berkata, perkara itu bukan disengajakan kerana dia sebenarnya kurang sihat pada hari kejadian.

Apatah lagi ibu kepada Seth Uwais itu telah belajar daripada kesilapan yang dilakukan pada Anugerah Juara Lagu yang lalu.

“Ya, kekhilafan saya sebenarnya.  Saya tak sihat sebelum konsert itu berlangsung, saya batuk.

“Saya ada satu habit sebelum persembahan saya suka makan gula-gula berangin.

“Tapi disebabkan saya demam, saya terlupa (nak buang sebelum itu).

IKLAN

“Masa tengah menyanyi, saya rasa nak tercekik sebab tu saya buang gula-gula tu, kalau telan takut tercekik sebab gula-gula itu jenis kenyal, nanti kena panggil pasukan medik pula,” katanya kepada MH.

Shila ditemui pada majlis pengumuman Top 5 calon akhir Anugerah Industri Muzik ke – 23 (AIM23) yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Khamis.

Susulan isu tular berkenaan, dia reda dengan apa yang berlaku dan merasakan ia sebahagian daripada asam garam dunia hiburan.

“Bila dah viral, tidak mengapalah benda dah jadi. Lagipun ini dunia hiburan kan, orang nak cakap apa pun cakaplah,” katanya lagi.

IKLAN

Sebelum ini, Shila juga pernah tertangkap melakukan perkara sama ketika AJL36 yang diadakan pada Mac lalu.

Dalam pada itu, Shila Amzah teruja apabila dua lagu nyanyiannya tercalon dalam AIM23.

Shila tercalon kategori Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu menerusi lagu duet dengan Liza Hanim iaitu Bahagiakan Dia serta lagu Khilaf Asmara yang tercalon kategori Runut Bunyi (OST) Terbaik Di Dalam Filem/Drama.

IKLAN

“Saya gembira dengan pencalonan ini. Kalau kita tengok pencalonan kali ini penuh dengan pelbagai genre serta penyanyi generasi baharu.

“Lagipun sudah dua tahun AIM tidak adakan, tak sabar menantikan keterujaan pada malam kemuncak itu nanti.

AIM23 bakal berlangsung pada 11 September ini di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI