Pelakon Nad Zainal menafikan punca keretakan rumah tangganya adalah disebabkan isu kecurangan.

Menurutnya tidak timbul isu orang ketiga dalam rumah tangganya sebelum ini dan dia memilih untuk tidak berkongsi lanjut mengenai perkara itu.

Nad atau nama sebenar, Farah Nadia Zainal Abidin, 32, tampil membuat kenyataan itu di laman Instagram miliknya.

Ia susulan wujud spekulasi daripada netizen mengenai punca keretakan rumah tangganya selepas sebuah video temu bual lamanya ditayangkan semula selepas dia mengumumkan sudah bercerai, baru-baru ini.

“Berikutan video temuramah yang tular, ramai membuat spekulasi saya memberi bayangan tentang keadaan rumah tangga saya sebelum ini… yang di mana tidak benar.

Ads

“Tolong hentikan… itu hanya temuramah berkenaan isu kecurangan rumah tangga rentetan dari tayangan finale Dendam Seorang Isteri.

“Saya terganggu dengan spekulasi yang berbangkit. Tolong hentikan… tiada orang ketiga, tiada,” tulisnya.

Menurut Nad lagi, tiada apa yang perlu dikongsikan kepada umum mengenai kisah peribadinya dan meminta semua pihak agar tidak terus memperkatakan tentang isu penceraiannya lagi selepas ini.

“Apa yang terjadi, tidak perlu dikongsi. Tiada apa yang perlu diambil sebagai contoh. Let’s move on,” tulisnya lagi.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NANAD (@nad.zainal)

Untuk rekod, Nad berkahwin dengan Muhammad Faliq Amiruddin pada 18 Disember 2015. Namun, pada Sabtu lalu, Nad mendedahkan dia sudah berpisah dengan suaminya selepas hampir tujuh tahun hidup bersama.

Ads

Nad bagaimanapun tidak berkongsikan tarikh sebenar penceraiannya kepada umum.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, 1 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Nad Zainal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI