Kematian aktres Naya Rivera disahkan sebagai akibat kemalangan, menerusi hasil autopsi yang dilakukan dan laporannya telah dikeluarkan oleh Pejabat Pemeriksa Perubatan Daerah Ventura.
“Keputusan autopsi menjelaskan, konsisten dengan lemas dan keadaan mayatnya juga begitu ketika dia tenggelam.
“Tidak ada kecederaan lain atau penyakit lain seperti trauma tertentu dan tidak ada petunjuk dadah atau alkohol menjadi sebagai punca kematian,” tulis laporan berkenaan terhadap kematian bintang berusia 33 tahun itu.
Ads
Terdahulu, mayat pelakon kelahiran Santa Clarita, Amerika Syarikat itu ini ditemui pada 14 Julai lalu selepas hampir seminggu dikhuatiri lemas.
Pada masa sama, pihak berkuasa turut menyebut, Rivera tidak mempunyai cukup energi selepas menyelamatkan anaknya, Josey Hollis Dorsey.
Ads
Terdahulu, mediang Rivera dikatakan telah menyewa sebuah kapal bagi tujuan liburan bersama anak lelakinya di Dnaau Piru Rabu lalu kira-kira jam 1.00 petang.
Bagaimanapun, pihak penyewa kapal melakukan operasi mencari kapal yang disewa Rivera memandangkan ia tidak pulang sehingga tamat waktu sewaan.
Personaliti media sosial yang kreatif, Sofyank berkongsi berita mendukacitakan apabila memaklumkan bapanya, Abdullah Mohamed telah pergi mengadap Illahi.
Perkongsian tersebut dikongsikan pemilik nama lengkap, Mohamad Sofian Abdullah ini menerusi satu hantaran di Twitter pada jam 8.42 malam pada Khamis.
Menurutnya, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan bersebelahan Masjid Al Amin, Wakaf Bharu, Kelantan.
Minta sedekahkan al-fatihah untuk arwah ayah sy yang baru kembali ke rahmatullah hari ini.. Abdullah bin Mohamed. Al fatihah ( dibaca ) pic.twitter.com/jlnesTEKyP
“Minta sedekahkan al-fatihah untuk arwah ayah sy yang baru kembali ke rahmatullah hari ini. Abdullah bin Mohamed. Al fatihah (dibaca).
“Untuk makluman, jenazah Ayahnda akan di solatkan di Masjid Wakaf Bharu selepas Solat Isya’ mlm ini dan di simpan di tanah perkuburan bersebelahan Masjid Al Amin, Wakaf Bharu.
“Jemput hadir bagi yang berkesempatan. Al fatihah (dibaca),” tulisnya.
Serentak dengan itu, wargamaya termasuk rakan selebriti menerusi ruangan komen di Instagram pula menzahirkan ucapan takziah buat Sofyank seisi keluarga serta mendoakan agar roh arwah bapanya dicucuri rahmat.
Sofyank sebelum ini pernah mencuri tumpuan pencinta grafik di negara ini apabila berpeluang bertemu dan isi masa bersama idolanya, Zach King tahun lalu atas jemputan King sendiri di Indonesia.
King merupakan pakar manipulasi video terkenal antarabangsa.
Malah kreativitinya itu turut menarik perhatian bintang Hollywood, Will Smith apabila video yang disunting olehnya dimuat naik semula (repost) oleh aktor berkenaan di Instagram.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan telah pun menyambut ulang tahun kelahiran ibu tercinta, Zabedah Saad baru-baru ini.
Diraikan bersama ahli keluarga lain dalam suasana yang cukup meriah, Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta turut berkongsi beberapa foto sekitar sambutan di Instagram miliknya.
Finalis Hero Remaja tahun ini, Umar Badrol Hisham atau sinonim dengan sapaan Umar Hisham mengakui dunia glamor bukanlah kehidupan ‘ala kayangan’ seperti yang digambarkan segelintir individu.
Tekanan mental dan kemurungan ada kalanya menjadi asam garam di kalangan selebriti, namun semuanya dikaburkan di sebalik kemewahan dan populariti.
Perkara itu mulai dirasai sejak menyertai Pencarian Hero Remaja 2020.
Mengakui bukanlah siapa-siapa hatta Instafamous, namun jelas Umar, penglibatan dengan Hero Remaja membuka mata kepada perspektif baru dalam hidup. Resipinya mudah, mulakan dengan langkah kanan dan doa kepada Yang Satu.
“Saya faham penerimaan orang berbeza-beza. Cara saya mudah, orang tidak akan mudah jatuhkan kita jika kita bijak membawa diri. Tekanan tentu akan ada bila diri terdedah kepada netizen, namun hidup kena sentiasa beringat.
“Sebab itu pentingnya memilih siapa yang berada di sekeliling kita. Saya bukan siapa-siapa apabila masuk Hero Remaja, malah bukan Instafamous pun. Tidak pernah rasa menjadi perhatian dalam apa yang dilakukan, namun sepanjang berada bersama Hero Remaja, saya rasakan tempias tekanan dalam diri.
“Jadi daripada situ, saya sudah merancang perjalanan dalam dunia seni. Rasanya kehidupan peribadi tidak perlu dicanang untuk jadi popular. Ada sahaja pelakon yang popular namun kehidupan peribadi disembunyikan seperti Bront Palare. Menjual diri biar bertempat,” kongsinya ketika dihubungi.
Mengakui bukanlah ‘budak baik’ namun ulasnya, hidup kena bijak. Tidak gentar andai ada yang cuba mengorek kisah silam, jelas pemuda berusia 22 tahun ini, dia dikelilingi insan yang penuh aura positif.
“Saya mengaku bukanlah budak baik, namun melakukan perkara yang mengaibkan, tiada dalam kamus hidup. Kalau sekadar nakal budak lelaki, biasalah. Sebab itu pentingnya memilih kawan kerana secara tidak langsung ia akan mempengaruhi kehidupan dan membentuk karakter kita,” kata Umar jujur.
Walaupun tidak pernah menerima serangan secara peribadi daripada netizen, jelas Umar, sesiapa pun tidak terlepas daripada kecaman di ruang siber.
“KIta hidup pada zaman 2020, semua akan terkena tempias. Jadi tidak pelik dan ia semacam adat. Biasalah kalau kita berbeza pendapat, apa yang membezakan, cara kita hadapinya. Tapi kalau kita salah, mengaku dan minta maaf,” ulasnya lagi.
Umar antara lima finalis Hero Remaja 2020 yang bakal berentap di pentas akhir pada 16 Julai ini.
Saksikannya secara langsung di Astro Ria dan Ria HD, jam 9.00 malam.
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.