Pelakon, Elisya Sandha merasakan tiada sebab baginya untuk berkata tidak dalam soal mendirikan rumah tangga meskipun ada yang beranggapan usianya masih lagi terlampau muda untuk mamasuki fasa berkenaan.
Bagaimanapun, menurut Elisya, soal jodoh dan pertemuan ini merupakan rahsia Allah SWT yang tidak sepatutnya dipersoalkan.
“Sebenarnya ramai juga bercakap mengenai soal kahwin muda ini tetapi bagi saya kalau dah jodoh, siapa kita nak menolak. Betul tak?
“Mungkin anda boleh berkata tidak untuk berkahwin pada waktu sekarang tetapi bagaimana pula kalau kita tidak berkesempatan untuk bertemu jodoh lagi pada masa akan datang. Tak ke perkara itu akan membuatkan anda berasa sedih?
“Jadi, bila dah ditakdirkan jodoh saya tiba lebih awal, saya pun terima. Saya juga anggap ini sebagai satu amanah daripada Allah SWT untuk saya mendirikan rumah tangga pada usia muda ini.
“Saya pun tak rasa untuk berkata tidak mengenai perkahwinan ini bila mana suami saya ingin melakukan perkara yang baik dengan menghalalkan perhubungan kami,” katanya kepada MH.
Adik kepada pelakon, Fasha Sanda ini berkata sedemikian menerusi program #MHlifestyle, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Elisya menyifatkan soal bersedia atau tidak bukanlah bergantung kepada faktor usia semata sebaliknya lebih kepada persediaan seseorang itu sendiri.
“Untuk yang bercakap mengenai saya berkahwin awal itu, saya tak anggap pun ia sesuatu perkara yang tak elok. Anda boleh berkahwin pada bila-bila masa sahaja jika anda sudah bersedia. Kalau belum bersedia, lebih baik jangan.
“Bagi saya pula, saya rasa saya memang belum cukup bersedia tetapi saya dah pun membuat persediaan rapi untuk bergelar isteri. Sejujurnya, tiada siapapun yang bersedia sepenuhnya.
“Walaupun umur anda dah cecah 40 tahun sekali pun, belum tentu anda sudah bersedia untuk berkahwin. Tetapi anda boleh buat persediaan.
“Dengan usia saya yang kini memasuki 22 tahun ini, saya tahu yang saya sudah bersedia untuk bergelar isteri. Jadi, saya tak rasa itu satu masalah,” jelasnya lagi.
Sementara itu, pelakon drama Ratu Ten Pin ini turut memaklumkan dia dan suami akan tetap melangsungkan majlis resepsi mereka di kampung halaman di negeri Perlis bila keadaan negara sudah kembali pulih nanti.
Terdahulu, Elisya dan suaminya yang juga merupakan anak kepada pelakon, Sheila Rusli iaitu Uzair Haqimy telah pun selamat melangsungkan majlis pernikahan mereka pada tanggal 21 Ogos yang lalu.
Dalam perkembangan lain pula, Elisya sedang sibuk mempromosikan drama Hello, Jangan Tapau Cintaku yang kini sedang bersiaran di platform iQiyi.
Saksikan video penuh temuramah bersama Elisya Sandha menerusi program MHlifestyle yang akan ditayangkan pada malam ini.
Kredit Foto: Instagram Elisya Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sikap suka pamer aset dan kemewahan di laman media sosial seakan sudah seperti menjadi perkara yang normal buat sesetengah pengguna media sosial.
Pelakon Hisyam Hamid misalnya, mempunyai pendapat tersendiri mengenai perkara tersebut.
Menurut pelakon berusia 33 tahun ini, hal tersebut ada kesan baik dan buruk andai ia dikongsi menerusi laman media sosial.
“Pada saya, ia berbalik kepada diri kita sendiri apa niat dan tujuan kita untuk menunjuk kekayaan di laman media sosial.
“Adakah untuk memberi input yang positif atau pun negatif. Dari sudut positif mungkin orang itu menunjuk kekayaan di laman media sosial sebab nak memberi semangat kepada orang lain untuk menjadi satu sumber pembakar semangat untuk bersama-sama berkerja keras mencapai impian.
“Tapi kalau dari sudut negatif dengan niat nak menunjuk-nunjuk semata-mata untuk riak, sebolehnya elakkanlah.
“Pucuk pangkalnya kita kena tanya dengan diri kita sendiri apakah niat dan tujuan kita untuk menunjuk kekayaan di laman media sosial.
“Tuan punya badan sendiri tahu lah apa motif dia buat macam tu sebab Hisham pun tak boleh nak komen sangat pasal benda ni sebab itu hak masing-masing, sosial media akaun mereka jadi suka hati merekalah nak post apa pun kalau tak suka boleh unfollow,” jelasnya.
Pada masa sama, bintang Hero The Movie ini juga mengakui dia bukanlah individu yang gemar berkongsi hal sedemikian.
“Jujurnya, saya tak berapa gemar untuk menunjuk apa-apa yang dirasakan tidak penting di media sosial.
“Sebab ada ketikanya, saya rasa lebih selesa simpan untuk diri sendiri dan famili saja,” katanya lagi kepada MH.
Dalam perkembangan lain, Hisyam bakal muncul dalam sebuah filem televisyen, GENG yang akan ditayangkan di Astro First Eksklusif bermula 18 Julai depan.
Antara barisan pelakon yang turut sama terlibat dalam filem televisyen berkenaan ialah Sherry Al Hadad, Lisa Surihani, Nadiya Nisa, Alif Satar dan Fatimah Abu Bakar.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof memilih untuk menyelesaikan isu kekeluargaan sesama anggota keluarga, tanpa melihatkan mana-mana pihak luar.
Syamsul mengulas mengenai hal itu sebagai menjawab...