Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana akan meneruskan tindakan saman terhadap lima individu yang didakwa mengeluarkan kata berbaur fitnah terhadapnya pada sesi ‘live’ di Instagram (IG Live), baru-baru ini.

Tindakan tersebut dibuat susulan tiada permohonan maaf yang buat oleh kelima mereka seperti dituntut sehingga jam 5.30 petang, semalam.

Siti Nordiana atau mesra disapa Nana dalam satu kenyataan media menjelaskan, tindakan berkenaan diambil bagi membersihkan nama dan imejnya yang sudah tercalar.

Berikut ialah kenyataan yang diberikan pihak Siti Nordiana;

IKLAN

Saya Siti Nordiana (Nana) ingin merujuk kepada 1 (SATU) insiden bahawa pada 20/7/2021 sekitar pukul 11.58 malam, melalui siaran Instagram (IG) Live yang tular yang dikendalikan oleh Sheila Razlan dan disertai oleh Lan Solo, Syura, Sam Samin dan Aida G telah menyiarkan, mengeluarkan dan menerbitkan kenyataan-kenyataan secara umum yang berunsur fitnah dan tidak benar (“false statement”) terhadap Nana.

Atas nasihat peguam, Nana telah membuat 1 laporan polis berbentuk penafian di IPD Cheras pada 23/7/2021 dan seterusnya membuat kenyataan media bagi menjelaskan perkara sebenar pada umum.

IKLAN

Selanjutnya atas nasihat peguam, Nana telah mengarahkan peguam untuk menghantar Notis Tuntutan Permohonan Maaf kepada kelima-lima individu tersebut pada 26/7/2021 yang antara lain menuntut permohonan maaf di dalam tempoh 24 jam.

Memandangkan tiada permohonan maaf setelah tamatnya tempoh 24 jam tersebut, Nana telah mengarahkan peguam Nana untuk meneruskan dengan tindakan saman terhadap kelima-lima individu tersebut yang akan difailkan selewat-lewatnya pada Isnin depan (2/8/2021).

IKLAN

Nana telah melantik firma guaman bagi tindakan undang-undang seperti butiran di bawah;- Tetuan Abang Azlan & Associates.

Nana terpaksa mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan nama dan imej Nana yang telah dicalarkan oleh kenyataan-kenyatan sedemikian sama ada secara langsung atau tidak langsung akibat daripada siaran IG Live tersebut.

Sekian, terima kasih. Siti Nordiana.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI