Bekas penyanyi yang juga merupakan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina meluahkan rasa syukur apabila usia perkahwinannya bersama vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh kini telah pun menginjak angka 10 tahun.

Jelas Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, sepanjang tempoh tersebut, dia tidak pernah merasakan ia seperti satu jangka masa yang lama kerana perhubungan mereka sering kali dipenuhi dengan rasa cinta, pengajaran hidup, gelak tawa dan bermacam-macam lagi.

“Smileeeee! It’s Sunnah! It’s been 10 years already? SubhanAllah, does not even feel like it!

“Alhamdulilah ya Rabb for these 10 amazing years, full of love, life, laughter, challenges, growth, adventures and time spent together with @mohammadnohbinsalleh,” tulisnya.

Ucapan istimewa itu disampaikan oleh Mizz Nina menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

“Tak Rasa Macam Lama Pun, Alhamdulillah Ya Rab…,” – Sarat Rasa Cinta, Mizz Nina Tak Sangka Usia Perkahwinan Dah Masuk 10 Tahun “Tak Rasa Macam Lama Pun, Alhamdulillah Ya Rab…,” – Sarat Rasa Cinta, Mizz Nina Tak Sangka Usia Perkahwinan Dah Masuk 10 Tahun

IKLAN

Dikesempatan itu, pengasas aplikasi Qalby App itu turut memanjatkan doa agar perhubungan mereka ini akan kekal bahagia serta berjaya di dunia dan akhirat.

“May Allah continue to grant us His Love, Mercy, Protection, Aafiya, istiqamah and success dunya and Akhirah till Jannah Aameen! Love you! @mohammadnohbinsalleh,” katanya lagi.

“Tak Rasa Macam Lama Pun, Alhamdulillah Ya Rab…,” – Sarat Rasa Cinta, Mizz Nina Tak Sangka Usia Perkahwinan Dah Masuk 10 Tahun “Tak Rasa Macam Lama Pun, Alhamdulillah Ya Rab…,” – Sarat Rasa Cinta, Mizz Nina Tak Sangka Usia Perkahwinan Dah Masuk 10 Tahun

Entri berkenaan nyata menarik perhatian ramai pihak selepas meraih hampir 200,000 tanda suka selain turut dihujani ribuan komen.

IKLAN

“May Allah continue to nourish your marriage with love, kindness and gentleness. Amin.

“May Allah sent a little one to you one fine day. Such an inspired couple. Happy anniversary both.

“Happy anniversary. Couple of jannah.

“Semoga Allah merahmati kalian berdua,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

IKLAN

Terdahulu, Mizz Nina dan Noh telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 1 Julai 2011.

Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

“Tak Rasa Macam Lama Pun, Alhamdulillah Ya Rab…,” – Sarat Rasa Cinta, Mizz Nina Tak Sangka Usia Perkahwinan Dah Masuk 10 Tahun

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Sumber: Instagram Mizz Nina

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI