Pelakon yang juga selebriti ular, Dwan Hamid berharap tiada lagi salah faham berlaku terhadap dirinya selepas didakwa mengambil kesempatan dan mempergunakan bekas wartawan hiburan popular Allahyarham Huzz semasa hayatnya.

Menurut Dwan, niatnya ikhlas menjaga Huzz atau nama sebenarnya, Kamal Huzaini Kamaludin yang sebelum ini menjalani rawatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum Allahyarham dibawa pulang ke kediaman keluarga di Pulau Pinang.

Meski ada netizen yang menuduh, Dwan atau nama sebenarnya Muhammad Ridzuwan Shahul Hamid bagaimanapun tidak kecewa kerana niatnya membantu selamat beberapa hari ikhlas kerana Allah.

“Sejak saya mula berjinak-jinak menjadi pelakon tahun 2010, saya bukan siapa-siapa dan Huzz ialah wartawan pertama yang banyak memberi tunjuk ajar, nasihat dan buat cerita pasal saya lalu disiarkan di media cetak.

“Meski arwah wartawan terkenal tapi sangat merendah diri dan suka membantu orang lain juga untuk terus maju. Huzz memang suka tengok orang lain berjaya.

“Di kala tiada siapa yang mahu memberi ruang publisiti kepada saya, hatinya mulia mahu membantu anak-anak muda seperti saya yang berhijrah dari Taiping, Perak ke Kuala Lumpur demi mencuba nasib dalam bidang seni.

“Jadi apabila dapat tahu Huzz sakit, saya mengambil masa beberapa hari untuk menjaganya. Selain mahu lihat dia kembali sihat ketika itu, saya mengenangkan segala kebaikannya kepada saya. Jasanya tak dapat saya balas, hanya Allah yang mampu membalasnya.

IKLAN

“Ikhlas daripada hati, saya memohon maaf kepada keluarga Huzz jika sepanjang saya menjaga arwah, telah menyinggung perasaan mereka.

“Saya tiada niat untuk membelakangkan peranan keluarga, jauh sekali menggantikan tempat mereka. Saya hanya menggunakan peluang ketika itu untuk menjaga insan yang banyak membantu dan sangat saya hormati.

“Saya harap tiada lagi salah faham. Saya juga bercadang mahu bertemu sendiri dengan keluarga arwah untuk meminta maaf atas salah faham yang berlaku,” katanya.

“Tiada Niat Pergunakan Arwah Huzz, Singgung Perasaan Keluarga,” – Pelakon Dwan Hamid Mohon Maaf “Tiada Niat Pergunakan Arwah Huzz, Singgung Perasaan Keluarga,” – Pelakon Dwan Hamid Mohon Maaf “Tiada Niat Pergunakan Arwah Huzz, Singgung Perasaan Keluarga,” – Pelakon Dwan Hamid Mohon Maaf

Huzz meninggal dunia akibat kanser usus pada 8 Jun lalu di kediaman keluarganya di Kepala Batas, Pulau Pinang.

IKLAN

Jenazah Huzz selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Berpusat daerah Seberang Perai Utara di Permatang Langsat, Pulau Pinang.

Sebelum ini, apabila Dwan memuatnaik gambarnya menjaga Huzz di HKL dalam media sosial, terdapat segelintir netizen yang mempersoalkan kelibat ahli keluarga.

“Kebetulan saya datang ahli keluarga Huzz dah balik, jadi gambar tersebut mungkin menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen.

“Lagi pun, tujuan gambar tersebut diletakkan di akaun TikTok adalah untuk ajak orang ramai doakan Huzz, di samping memberitahu rakan-rakan terdekat untuk ziarah Huzz. Niat saya baik. Tak tahu pula ada yang salah faham,” ujarnya lagi.

IKLAN

Dwan juga menyifatkan Huzz seorang yang sentiasa mahu melihat orang di sekelilingnya berjaya.

“Saya masih ingat lagi. Huzz pernah nasihatkan saya agar tidak berputus asa mengejar kejayaan kerana katanya, usaha tidak pernah mengkhianati hasil. Selain sentiasa memohon kepada Allah kerana rezeki daripadaNya bukan manusia.

“Walaupun sekarang saya tidaklah popular seperti pelakon-pelakon lain, namun saya bersyukur dapat menjalankan bisnes sendiri dan masih aktif sebagai pemain ular,” ujarnya.

Sebelum ini, Dwan pernah muncul dalam drama Maaf Aku Tak Sempurna, Tanah Kubur dan filem Dollah Superstar.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI