Selebriti, Roslan Shah meluahkan rasa kesal terhadap segelintir netizen yang lantang mengkritik usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri berkaitan ‘salah katanya’, baru-baru ini.

Menerusi entri di laman Instagram, Roslan mengingatkan netizen bahawa pihak tersebut telah pun meminta maaf, untuk itu kenapa meraka harus berterusan menghukum dengan sedemikian rupa.

“Maaf kata…Tiada semua manusia hidup yang sangat sempurna ya….tak perlu nak maki hamun terhadap dato seri @aliffsyukriterlajaklaris dan isteri tercintanya Datin Seri @shahidadherbs.

“Beliau pun sudah memohon maaf kan tak perlu sampai nak banned produk dherbs dan suruh pihak tv jangan siarkan dato seri aliff keluar TV lagi.

“YA Allah jenis manusia apa ya sampai nak tutup periuk nasi orang….Ini lah sesetengah manusia berhati busuk dan suka nak menjatuhkan sesama umat islam.. 1000 ribu beliau membuat kebaikan…. 1 atau 2 kali beliau membuat kesilapan….yang mereka nampak kesilapan saja….yang lain kebaikan mereka tidak nampak.

IKLAN

“Ada saja tohmahan serta cacian….tetapi cik lan tahu suami isteri yang cik lan kenal ini mereka adalah sangat kuat perjuangan mereka apa yang mereka tempohi.

“Memang adat hidup di dunia ini ada org suka dan ada orang yang tidak suka….terus kan dherbs selagi ada org maki hamun dan mengutuk …jangan risau rezeki akan semakin bertambah…percayalah…insyallah.

“Orang – orang yang mencaci serta kutukan …hidup mereka paling kesian di bumi nyata….Sesiapa yang kenal dan rapat dengan mereka ….Mereka akan tahu Siapa Dato Seri Aliff dan Datin Seri Shahidah.

IKLAN

“Maaf cik lan bukan membodek bodek ya…coz cik lan dah 2 kali mengikuti jelajah seluruh Malaysia Road Tour dherbs serta menjadi sebagai pengacara dianjurkan oleh dherbs. Tahun pertama bersama Amelina dan Tahun Kedua bersama Wak Doyok.

“Mereka Suami Isteri sangat pemurah hati….sekian terima kasih…jom kita sama sama doakan yang baik baik saja ya….tak guna kita berikan hukuman sesama manusia…kita kena ingat hukuman kita dari Allah saja apa yang kita buat di dunia ya.

“Syurga atau Neraka Allah saja yg tentukan….aminn… #share3….#Love3… Produk Dherbs sangat berkualiti ibu tercinta cik lan sudah cuba…amin….@qistinamusa Gambar ini tahun 2015 majlis hari raya bersama @wakdoyok,” tulisnya.

IKLAN
View this post on Instagram

Maaf kata…Tiada semua manusia hidup yang sangat sempurna ya….tak perlu nak maki hamun terhadap dato seri @aliffsyukriterlajaklaris dan isteri tercintanya Datin Seri @shahidadherbs….beliau pun sudah memohon maaf kan tak perlu sampai nak banned produk dherbs dan suruh pihak tv jangan siarkan dato seri aliff keluar TV lagi….YA Allah jenis manusia apa ya sampai nak tutup periuk nasi orang….Ini lah sesetengah manusia berhati busuk dan suka nak menjatuhkan sesama umat islam.. 1000 ribu beliau membuat kebaikan…. 1 atau 2 kali beliau membuat kesilapan….yang mereka nampak kesilapan saja….yang lain kebaikan mereka tidak nampak….Ada saja tohmahan serta cacian….tetapi cik lan tahu suami isteri yang cik lan kenal ini mereka adalah sangat kuat perjuangan mereka apa yang mereka tempohi…Memang adat hidup di dunia ini ada org suka dan ada orang yang tidak suka….terus kan dherbs selagi ada org maki hamun dan mengutuk …jangan risau rezeki akan semakin bertambah…percayalah…insyallah…orang – orang yang mencaci serta kutukan …hidup mereka paling kesian di bumi nyata….Sesiapa yang kenal dan rapat dengan mereka ….Mereka akan tahu Siapa Dato Seri Aliff dan Datin Seri Shahidah….Maaf cik lan bukan membodek bodek ya…coz cik lan dah 2 kali mengikuti jelajah seluruh Malaysia Road Tour dherbs serta menjadi sebagai pengacara di anjurkan oleh dherbs. Tahun pertama bersama Amelina dan Tahun Kedua bersama Wak Doyok…..Mereka Suami Isteri sangat pemurah hati….sekian terima kasih…jom kita sama sama doakan yang baik baik saja ya….tak guna kita berikan hukuman sesama manusia…kita kena ingat hukuman kita dari Allah saja apa yang kita buat di dunia ya….Syurga atau Neraka Allah saja yg tentukan….aminn… #share3….#Love3… Produk Dherbs sangat berkualiti ibu tercinta cik lan sudah cuba…amin….@qistinamusa Gambar ini tahun 2015 majlis hari raya bersama @wakdoyok

A post shared by roslanshah (@realroslanshah) on

Sebelum ini, Aliff berdepan dengan kecaman netizen apabila niatnya untuk mempromosikan produknya di sebuah program realiti telah disalahertikan oleh netizen. Bagaimanapun, pihaknya telah menjelaskan bahawa semua yang berlaku hanyalah gimik semata-mata.

Isteri Aliff, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid juga telah membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi laman Instagramnya, lewat malam semalam.

Foto/Instagram: Roslan Shah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI