Enam tahun berlalu, kisah tragis pesawat Malaysia Airline MH370 yang mengorbankan 239 nyawa sehingga kini masih berbekas di hati seluruh masyarakat dunia.

Penyanyi yang juga bekas pramugara, Zarul Husin membawa kisah Intan Maizura, waris salah seorang mangsa insiden MH370 yang menitipkan pesanan kepada arwah suami tercinta.

Intan yang juga bekas pramugari dan balu kepada kru MH370, Mohd Hazrin Hasnan, menasihati agar hargai insan tersayang sebelum mereka pergi meninggalkan kita.

“Kalau orang itu sudah pergi, tiada apa yang kita boleh buat.  Jadi apa yang boleh saya katakan, sementara orang tersayang masih hidup, hargai mereka. Sebab bila mereka sudah tiada, tiada apa yang mampu kita lakukan.

“6 tahun sudah berlalu. Tak perasan waktu pantasnya pergi..Tiada kubur.. Tiada pesan.. Tiada lagi tangisan seperti dulu, hidup mesti aku teruskan

“Allah dah janji “mati itu pasti”. Takpe, Allah ada.. Anak2 makin membesar..Mereka membesar dengan tangisan..Tak mengerti sepatah apa.

IKLAN

“Hanya jawapan tipu hari demi hari..Buntu nak jawab apa lagi..Sehingga kini baru Iman mengerti, mengerti tak semestinya boleh fahami tapi semuanya samar2 hingga ke mati. Lahirnya Muhammad seorang bayi yang kuat.

“Dia fahami untuk tidak menyusahkan hati ibunya yang kosong. Sedari kecil anak ini tak pernah menyusahkan, hanya tangis bila lapar, lapar dan lapar..tidurnya mudah, senyum sahaja.

“Sedari kecik sudah berdikari.. semuanya mudah berkat dari Ilahi. Sakit kuning, batuk, demam selsema, itu biasa..ke hulu ke hilir ibu sendiri.

IKLAN

“Janji anak kecil ini sembuh dan tak susahkan hati mommy. Aku harapkan anak2 ini sentiasa di bawah lindungan Allah yang Esa.. menjadi anak2 yang soleh supaya dapat mendoakan papa yang berada di sana.

“Tak lekang dari bibir setiap mereka menyebut papa papa papa..

Moga cinta mereka sentiasa mekar hingga ke syurga..Ya Allah, permudahkanlah segalanya. Aamiin Ya Rabbalalamin,” luahnya.

IKLAN

View this post on Instagram

6 tahun sudah berlalu.. Tak perasan waktu pantasnya pergi.. Tiada kubur.. Tiada pesan.. Tiada lagi tangisan seperti dulu.. hidup mesti aku teruskan kan Allah dah janji "mati itu pasti" Takpe, Allah ada.. Anak2 makin membesar.. Mereka membesar dengan tangisan.. Tak mengerti sepatah apa.. Hanya jawapan tipu hari demi hari.. Buntu nak jawab apa lagi.. Sehingga kini baru Iman mengerti, mengerti tak semestinya boleh fahami tapi semuanya samar2 hingga ke mati.. Lahirnya Muhammad seorang bayi yang kuat. Dia fahami untuk tidak menyusahkan hati ibunya yang kosong.. Sedari kecil anak ini tak pernah menyusahkan.. hanya tangis bila lapar, lapar dan lapar.. tidurnya mudah, senyum sahaja.. Sedari kecik sudah berdikari.. semuanya mudah berkat dari Ilahi. Sakit kuning, batuk, demam selsema, itu biasa.. ke hulu ke hilir ibu sendiri.. Janji anak kecil ini sembuh dan tak susahkan hati mommy.. Aku harapkan anak2 ini sentiasa di bawah lindungan Allah yang Esa.. menjadi anak2 yang soleh supaya dapat mendoakan papa yang berada di sana. Tak lekang dari bibir setiap mereka menyebut papa papa papa.. Moga cinta mereka sentiasa mekar hingga ke syurga.. Ya Allah, permudahkanlah segalanya ❤️❤️.. Aamiin Ya Rabbalalamin

A post shared by AIRBNB HOST (@intanmaizuraothaman) on

Sekadar imbasan, pada 8 Mac 2014, sebuah penerbangan rutin harian, pesawat Malaysia Airlines MH370, dari Kuala Lumpur ke Beijing, dilaporkan hilang bersama semua penumpang dan anak kapal.

Selepas operasi mengesan lokasi MH370 tiada sebarang petunjuk, pada Januari 2015, kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan bahawa kehilangan tersebut sebagai sebuah kemalangan.

Foto : Instagram Zarul & Intan Maizura

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI