Heboh di media sosial sejak beberapa hari lalu kononnya, suami kepada instafamous sensasi, King Coco iaitu Kapten Azrin dikatakan sudah berpisah dengan isteri pertama yang dikenali sebagai Nor Azura.

Malah, menerusi bio Instagram wanita terbabit yang tertulis ‘single mom’ ia menguatkan khabar angin yang bertebaran.

Tiada Angin Tiada Ribut… Rupanya Suami King Coco Dah Berpisah Dengan Isteri Pertama?

Malah, beberapa hari lalu Intan Liana yang merupakan bekas madu kepada pelakon Izreen Azminda ada berkongsi sekeping foto bersama Zura dengan kapsyen yang penuh tanda tanya.

IKLAN

“A single mother has a backbone made of steel and a heart made of gold”.

“Dear zura…..semoga kita terus kuat membesarkan anak2..xmo nangis2..n dimurahkan rezeki ..ape pun terjadi ade hikmah disebaliknya..akk sayang zura….nanti kita celeb8 beday putri same2 k..love u !! Pssstt ..akk sentiasa jd pendengar setiamu…hahhaha,” tulisnya sambil disusuli tanda palang #singlemotherhood #singlemomlife #dakcomel #allahada #alhamdulillah

Lalu posting tersebut turut menerima reaksi pelbagai dari netizen yang turut bertanya mengenai kesahihan khabar angin terbabit.

IKLAN

Sementara itu, menerusi bio Instagram King Coco atau nama sebenarnya, Marshaira Ismail pula ada tertulis ‘I don’t complete, I conquered’.

Tiada Angin Tiada Ribut… Rupanya Suami King Coco Dah Berpisah Dengan Isteri Pertama?

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kenyataan tersebut merujuk terhadap mana-mana perkara.

IKLAN

Terdahulu, Zura menerusi Instagram awal semalam turut ada berkongsi beberapa keping foto bersempena dengan ulang tahun salah seorang anaknya yang keenam tahun.

Apapun, jangan mudah membuat sebarang spekulasi selagi tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan dari si empunya badan. Harap dan doakan yang terbaik buat mereka.

Foto: Instagram Zura, Intan & King Coco

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI