Umum mengetahui, pelakon, Tiz Zaqyah sememangnya mempunyai berbakat di dalam dunia lakonan tanah air.
Masakan tidak, kebanyakkan karya-karya lakonannya juga sering kali meningkalkan kesan yang mendalam di hati para penonton khususnya.
Terbaru, menerusi perkongsian di laman Instagram, Tiz dilihat ada berkongsi beberapa klip video memaparkan dirinya sedang melakonkan sebuah babak yang memerlukan dirinya untuk menyanyi bersama band iringan.
Video tersebut nyata menarik perhatian ramai pihak yang terpukau dengan keunikan suara Tiz sewaktu menyanyikan lagu Bukan Aku Tak Cinta nyayian asal kumpulan Iklim.
Jelas Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, video tersebut dirakam oleh pelakon senior, Umie Aida sewaktu mereka menjalani sesi pengambaran bersama bagi drama terbaru berjudul Covid Oh Covid.
“Semalam punya cerita. Geram pulak tengok mic tu. Walaupun suara masih tengah recover. Kau degil Tizzy. Sampai bila nak sihat suara tu.
“Tapi apapun had fun semalam at shoot untuk scene ni. Bukan curi mic je, curi Instagram story kak @umieaida9 jugak. thank you tok wan #covidohcovid #tizzydahberaninyanyisikitsikit…Sorry,” tulisnya.
Katanya lagi, meskipun suaranya tidak berada dalam keadaan yang baik, Tiz tetap meluahkan rasa seronok untuk melakonkan babak tersebut.
Ads
Dalam pada itu, Tiz turut dilihat sempat memberikan penghormatan buat vokalis kumpulan Iklam iaitu Allahyarham Saleem.
Menurut Tiz, sejak daripada kecil lagi, dia amat meminati suara dan cara nyanyian yang dimiliki oeh penyanyi senior itu.
“And also…Al-fatihah kepada penyanyi asalnya, Allahyarham Saleem Tizzy sayang sangat Saleem dari kecik,” katanya lagi.
Ads
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji bakat terpendam yang dimiliki oleh Tiz selain turut berharap agar satu hari Tiz menyanyikan lagu cover buat tatapan para peminat.
Terdahulu, Covid Oh Covid merupakan drama terbaru yang akan disiarkan di slot Lestari TV3 pada setiap Rabu hingga Sabtu bermula jam 9.00 malam.
Selain Tiz, drama ini turut dibintangi Umie Aida, Nora Danish, Adibah Noor dan ramai lagi.
Sumber: Instagram Tiz Zaqyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pelawak, Achey Bocey ada berkongsi sebuah video memaparkan bagaimana dia menyerahkan wang nafkah kepada isterinya, Nor Hasanah dengan caranya yang tersendiri.
Jelas Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, jika kita menunaikan perkara wajib dengan cara yang lebih menyeronokkan, kita akan rasa lebih bahagia.
Menerusi video berdurasi hampir dua minit itu lagi, Achey dilihat memberikan sejambak bunga kepada isterinya lalu diselitkan juga dengan sampul berisi wang nafkah.
“Benda wajib kalau kita sulam dengan keindahan ianya akan buat kita bahagia menjalaninya.
“Isteri di pinjamkan Allah untuk kita di dunia. Dia hak Allah. Maka kita cuba sebaik mungkin jaga milik Allah ni,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Abang Long Fadil 2 itu menerusi entri terkini di laman Instagram.
Dalam pada itu, Achey turut menyifatkan para isteri merupakan amanah daripada Allah dan mereka harus dijaga dengan penuh rasa tanggungjawab.
Sementara itu, Achey turut berpesan orang ramai boleh mencontohi sikap murninya itu manakala yang buruk pula jangan dijadikan ikutan.
“Yang baik korang ikut yang tak baik dari saya jangan ikut tau,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha Achey itu selain turut menitipkan doa semoga rumah tangga mereka akan berkekalan hingga ke jannah.
Terdahulu, Achey dan Nor Hasanah atau lebih mesra disapa Anne telah pun mendirikan rumah tangga sejak 10 tahun yang lalu dan mereka juga memiliki seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah.
Sumber: Instagram Achey Bocey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyampai radio dan penyanyi, Haiza ada memuat naik sekeping gambar bersama dengan Allahyarhamah Mya Ruslee yang telah genap setahun kembali ke rahmatullah.
Menerusi entri berkenaan, penyanyi lagu Dag Dig Dug ini meluahkan rasa rindu dengan penyanyi yang sinonim dengan lagu Matahari itu.
“Genap setahun pemergian Kak Mya..Banyak sahabat yang keluar dan masuk dalam hidup kita,tetapi hanya sahabat sejati yang meninggalkan jejak dalam hati.
“Miz u kak Alfatihah buat kakak 18 Mac 2020 #myamatahari #meyanalizaruslee,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat turut meluahkan rasa rindu terhadap arwah Mya yang sentiasa diingati selalu oleh peminat.
Imbas kembali, arwah Mya atau nama sebenarnya Myanaliza Rusli telah meninggal dunia selepas menjalani rawatan penyakit kanser di China, pada 18 Mac tahun lalu.
Allahyarham sebelum ini sinonim menerusi nama komersial, Maya Matahari.
Foto: Instagram Haiza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti Noor Neelofa dan Pencetus Ummah (PU) Riz selamat telah selamat disatukan sebagai suami isteri.
Neelofa, 32, sah bergelar isteri kepada PU Riz atau nama sebenar Haris Ismail, 26, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 11.30 pagi, Sabtu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Pasangan selebriti tersebut dinikahkan adik Neelofa, Mohamed Aqief Mohd Noor yang berwakil walikan bapa kandungnya dan pengantin perempuan menerima mas kahwin daripada pengantin lelaki dalam bentuk sebentuk cincin.
Pasangan pengantin itu meluahkan rasa syukur majlis akad nikah mereka berjalan dengan lancar dan berharap perkahwinan mereka menjadi satu ikatan abadi.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan kami. Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT, insya-Allah.
“Alhamdulillah semuanya dipermudahkan,” ujar mereka.
Neelofa anggun mengenakan persalinan daripada Alia Bastamam dan ditatarias oleh Sharman.
Turut hadir meraikan majlis ialah ahli keluarga Neelofa iaitu Dato’ Halim Khan dan Datin Noor Kartini serta ahli keluarga Haris; Dato’ Seri Ismail Nobat dan Datin Seri Normah Johari.
Majlis pernikahan mereka diadakan secara tertutup hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat.
Pasangan ini merisik pada 2 November lalu dalam sebuah majlis tertutup hanya dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak.
Sementara pada Disember tahun lalu, Neelofa dalam kenyataannya menafikan dakwaan sudah melangsungkan perkahwinan dengan Riz dan dinikahkan bapa kandungnya di Kelantan.
Neelofa turut menafikan tuduhan yang mendakwa kononnya dia terkena ubat pengasih dan memindahkan sejumlah wang kepada pendakwah muda itu.
Kisah hubungan cinta pasangan ini mendapat perhatian ramai apabila Neelofa dikatakan tidak lagi memakai cincin merisik pemberian keluarga Riz.
Bagaimanapun pada awal tahun ini, Neelofa dilihat memakai semula cincin terbabit di jari manisnya sekaligus membuktikan hubungan cinta mereka masih berada dalam keadaan baik.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.