Ads

Andai Itu Takdirnya 2 Papar Gelora Emosi & Kebangkitan Wanita! Karya Terbaik Siti Rosmizah, Strim Di Astro One

Selepas berjaya mencipta fenomena pada musim pertama, drama adaptasi novel popular karya Siti Rosmizah, Andai Itu Takdirnya kembali dengan musim kedua yang menjanjikan jalan cerita lebih sarat konflik dan emosi.

Dibintangi gandingan pelakon sensasi Hanna Delisha dan Shukri Yahaya, naskhah terbaharu ini ditayangkan secaraeksklusif di Astro One serta platform penstriman sooka sepanjang Ramadan ini.

Perjalanan Aleya Bangkit Daripada Luka

Musim baharu ini juga turut membawa penonton menelusuri perjalanan hidup Aleya yang cuba bangkit daripada episod duka dalam rumah tangganya.

Jika sebelum ini dia banyak memendam perasaan, Aleya kini digambarkan lebih berani mempertahankan maruah diri serta membuat keputusan demi masa depannya.

Andai Itu Takdirnya 2 Papar Gelora Emosi & Kebangkitan Wanita! Karya Terbaik Siti Rosmizah, Strim Di Astro One

Andai Itu Takdirnya 2 bukan sekadar kisah cinta yang retak tetapi perjalanan manusia yang bergelut antara kasih yang masih bersisa, maruah yang tercalar dan takdir yang tidak pernah memilih belas kasihan.

Dengan plot cerita yang lebih tersusun, hubungan Aleya dan Aizril terus diuji dengan pelbagai konflik emosi.

Aleya terus mempertahankan maruah keluarganya manakala Aizril pula dihimpit tekanan mentua serta bayang-bayang kesilapannya sendiri.

Andai Itu Takdirnya 2 Papar Gelora Emosi & Kebangkitan Wanita! Karya Terbaik Siti Rosmizah, Strim Di Astro One

Lantaran itu, kedua-dua mereka terpaksa membuat keputusan sukar yang akhirnya merobek jiwa sendiri dan memberikan kesan mendalam kepada anak-anak.

Ads

Penonton juga bakal dibawa menyelami pelbagai emosi, daripada rasa simpati terhadap Aleya sehinggalah timbul rasa kasihan terhadap Aizril yang cuba memperbaiki keadaan.

Andai Itu Takdirnya 2 Papar Gelora Emosi & Kebangkitan Wanita! Karya Terbaik Siti Rosmizah, Strim Di Astro One

Perjalanan mereka turut diwarnai pelbagai perasaan yang datang silih berganti termasuk marah, geram, cemburu dan harapan yang semakin rapuh, sekali gus menjadikan kisah mereka terus sarat dengan ketegangan emosi.

Dendam, Manipulasi & Konflik Semakin Memuncak

Dalam masa sama, sisi gelap drama ini turut terserlah menerusi dendam serta permainan manipulasi yang dibawaoleh watak Sharifah Azreen, Datin Sharifah Rosnah dan Tan Sri Syed Abbas.

Kehadiran mereka menambah lagi ketegangan dalam jalan cerita, sekali gus menghangatkan konflik yang membuatkan penonton terus berdebar menantikan setiap perkembangan episod.

Andai Itu Takdirnya 2 Papar Gelora Emosi & Kebangkitan Wanita! Karya Terbaik Siti Rosmizah, Strim Di Astro One

Andai Itu Takdirnya 2 turut membawa mesej bahawa kebahagiaan tidak semestinya hadir di penghujung setiap perjalanan.

Ads

Ada ketika ia perlu diperjuangkan, ada juga saatnya seseorang harus belajar melepaskan demi kebaikan diri.

Di sebalik konflik emosi yang dipaparkan, drama ini turut menyelitkan pengajaran tentang keberanian seorang wanita dalam mempertahankan maruah diri serta memilih jalan hidup yang lebih baik dan sihat untuk masa depan.

Andai Itu Takdirnya 2 Papar Gelora Emosi & Kebangkitan Wanita! Karya Terbaik Siti Rosmizah, Strim Di Astro One

Sementara itu, persoalan sama ada Aleya dan Aizril masih mampu kembali menyatukan hubungan atau sebaliknya terus menjadi tanda tanya yang menghantui penonton.

Apa juga pengakhiran mereka, perjalanan kisah itu dijangka terus sarat dengan emosi, debaran dan momen yang menyentuh perasaan, sekali gus membuktikan setiap hati yang terluka masih menyimpan cerita yang belum selesai.

Jom Usha dan Strim Andai Itu Takdirnya 2 di Astro One dan di aplikasi sooka.

Ads

Saksikan rangkaian drama pilihan yang menggabungkan kisah lokal dan antarabangsa melalui Astro One semuanya denganhanya RM49.99 sebulan, strim sehingga 4 peranti.

Tidak sempat menonton di rumah? Teruskan saja menonton di aplikasi sooka di mana sahaja anda berada. Muat turun dan strim secara percuma.

Langgan sekarang dan nikmati pengalaman hiburan tanpa batas!

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Andai Itu Takdirnya 2 Papar Gelora Emosi & Kebangkitan Wanita! Karya Terbaik Siti Rosmizah, Strim Di Astro One

Comforter Lembut Untuk Tidur Lebih Selesa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Allahuakbar Ketika Ramadan, Selepas Terawih Selalu Berdoa Nak Dapat ‘Jodoh’, Mungkin...

Penyanyi dan penulis lagu, Aisha Retno tidak menyangka muzik video lagu raya terbaharunya, Jodoh Lebaran menerima sambutan luar biasa apabila berjaya meraih lapan juta tontonan dalam tempoh dua minggu ia dilancarkan di YouTube.
error: Hello. Cannot.