Pelakon, Syarifah Sakinah mendedahkan dirinya ada menerima mesej terbuka daripada penceramah dan pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed yang menegurnya mengenai perihal aurat.

Menerusi mesej tersebut, PU Syed turut menasihati Sakinah agar dapat menjaga nama baik keturuan Syed dan Sharifah.

“Kita Keturunan Yang Mulia,” – Tegur Fasal Aurat, PU Syed Minta Sharifah Sakinah Jaga Nama Baik Keturunan

Katanya lagi, ahli keluarga yang terdahulu pasti akan turut bersedih sekiranya mereka mengetahui ada dikalangan keturunan mereka yang berkelakuan seperti ini.

“Assalamualaikum us harap saudari jagalah aurat dan jagalah nama baik keturunan.

IKLAN

“Assalamualaikum..Maaf jika saya menegur. Kita keturunan yang mulia. Dari nasab sebaik-baik nasab. Alangkah sedihnya datuk kita melihat anak cucu berpakaian seperti ini,” tulisnya.

“Kita Keturunan Yang Mulia,” – Tegur Fasal Aurat, PU Syed Minta Sharifah Sakinah Jaga Nama Baik Keturunan “Kita Keturunan Yang Mulia,” – Tegur Fasal Aurat, PU Syed Minta Sharifah Sakinah Jaga Nama Baik Keturunan

Pendedahan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Aku Yang Kau Gelar Isteri itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Jelas PU Syed lagi, dia berharap agar Sakinah dapat menerima teguran ini dengan hati yang terbuka.

IKLAN

“Mohon sangat-sangat jaga adab dalam berpakaian. Jika ada pengikut yang akan follow cara berpakaian seperti yang ditunjukkan, pasti dosa akan mengalir masuk dalam buku catatan kita.

“Mohon baca nasihat ini dengan mata hati,” katanya lagi.

“Kita Keturunan Yang Mulia,” – Tegur Fasal Aurat, PU Syed Minta Sharifah Sakinah Jaga Nama Baik Keturunan

IKLAN

Menerusi ruangan kapsyen, Sakinah turut berharap agar orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“#Sedarasedara done tegur. I’m sorry. Doakan yang baik-baik,” balasnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut memuji cara Sakinah menerima teguran tersebut.

“Kita Keturunan Yang Mulia,” – Tegur Fasal Aurat, PU Syed Minta Sharifah Sakinah Jaga Nama Baik Keturunan “Kita Keturunan Yang Mulia,” – Tegur Fasal Aurat, PU Syed Minta Sharifah Sakinah Jaga Nama Baik Keturunan “Kita Keturunan Yang Mulia,” – Tegur Fasal Aurat, PU Syed Minta Sharifah Sakinah Jaga Nama Baik Keturunan “Kita Keturunan Yang Mulia,” – Tegur Fasal Aurat, PU Syed Minta Sharifah Sakinah Jaga Nama Baik Keturunan

Sumber: Instagram Sharifah Sakinah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI