Lewat malam tadi, pelako Sharnaaz Ahmad ada berkongsi foto setahun lalu yang merakamkan momen bermakna, ketika anak pertamanya, Jebat Jayden dilahirkan ke dunia.
Foto yang dirakam dari arah belakang itu nyata mengundang rasa sebak di hati pengikut media sosial, lebih-lebih lagi apabila mengenangkan ada dakwaan yang membayangkan telah berlaku sesuatu di dalam bahtera rumah tangga yang dibina bersama kakak Neelofa, Noor Nabila ketika ini.
“Suara ba, cek pertama sekali dengar, dan biarlah suara cek, ba dengar yg terakhir sekali.
“Happy birthday anak ba. Jauh dimata ba, tapi paling hampir dgn nyawa ba. @jebatjayden,” tulis Sharnazz sambil disambut dengan ucapan sama daripada netizen.
Terdahulu, bintang filem Wangi ini ada tidak bersedia untuk mengulas mengenai hal yang berlaku terhadap rumah tangganya ketika ini.
“Buat masa sekarang saya betul-betul belum bersedia untuk bercerita mengenai perkara tersebut. Saya pun tak berani untuk bercakap lebih kerana bimbang ia akan memudaratkan lagi keadaan.
“Ya, saya sedar saya banyak bercakap mengenai perkara yang jadi seperti ini, akan tetapi ini adalah soal keluarga dan tak berani nak cakap lebih yang mungkin akan mengeruhkan situasi antara kedua pihak (dirinya dan Nabila serta anak).
“Cuma apa yang saya tahu memang ramai pihak hari ini yang menghubungi, bercakap mengenai perkara ini.
“Apa yang boleh saya cakap satu sahajalah, 30 minit lagi hari jadi anak saya (ketika ditemu bual). Hanya nak ucapkan selamat hari lahir buat anak lelaki saya,” katanya kepada MH.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Difahamkan, rumah tangga antara Sharnaaz dan Nabila dikatakan pernah berdepan masalah sebelum ini. Bagaimanapun, perhubungan mereka dilihat semakin pulih, sejak Februari lalu.
Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Jebat Jayden, pada Ogos tahun lalu.
Awal Khamis, Nabila ada berkongsi foto yang dipercayai diambil di kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta.
Perkara itu sekali gus membangkitkan pelbagai spekulasi hingga ada yang mendakwa Nabila memfailkan perceraian terhadap suaminya.
Foto: Instagram Sharnaaz Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Putra Amaris mengakui tertekan apabila namanya terpalit dengan isu besar sehingga menjejaskan kerjaya dan keluarga. Enggan mengulas lanjut kontroversi yang melanda, namun pelakon ini memohon agar Datuk Vida tampil memberi penjelasan sekaligus membersihkan namanya kepada mangsa terlibat.
Menjelaskan kepada Media Hiburan, dia telah menemui pihak polis meminta khidmat nasihat atas alasan keselamatan dan memberi tempoh dengan kadar segera kepada usahawan itu sebelum tindakan diambil.
“Setakat ini, saya bersyukur kerana isteri dan keluarga memahami apa yang berlaku. Saya boleh bersabar namun jangan sesekali menguji kesabaran saya.
“Kalau ikutkan saya tidak mahu mengulas isu ini namun ia melibatkan maruah diri dan keluarga dan sebab itu dia harus bersihkan nama saya. Jujurnya saya tertekan dengan apa yang berlaku, lebih-lebih lagi apabila nama saya turut terpalit dengan isu besar ini.
“Saya tidak mahu bergaduh namun kenyataan dia, susah untuk digambarkan. Saya mahu bersihkan nama kepada umum. Isu ini sangat besar kerana melibatkan VVIP, kerajaan dan kerabat. Jika tidak saya akan ambil tindakan. Saya sudah merujuk kepada pihak polis dan mereka mengesahkan kenyataannya berunsur ugutan. Saya mahu dia bersihkan nama saya daripada isu ini,” katanya ketika ditemui pada majlis Pra Pelancaran Program Karnival HISCE 2019 di Menara Matrade semalam.
Ulas lelaki ini lagi, dia difahamkan oleh penyanyi I Am Me, isu ini telah diselesaikan, namun menerima respon berbeza daripada mangsa.
“Saya mohon lagi sekali supaya dia bersihkan nama saya. Dia faham apa yang saya maksudkan. Lebih elok sekiranya diselesaikan segera.
“Mengikut kenyataan dia sebelum ini, isu ini telah diselesaikan dengan pihak terbabit. Namun apabila saya hubungi mereka yang terlibat, isu ini belum selesai. Nasihat saya, minta selesaikan dengan segera sebelum tindakan diambil,” jelasnya yang kini sedang giat mempromosi kuih tat Amaris Mytart dan wangian Francesc Fragrance.
Putra Amaris atau nama sebenar Amran Ismail turut mengambil kesempatan menjelaskan dia tidak pernah menjadi sebahagian warga kerja Datuk Vida, sebaliknya hanya membantu atas kapasiti sahabat.
Dia turut terkilan apabila usahawan itu mengungkapkan kata-kata “saya nak sepak awak pun boleh’ ketika pertemuan singkat di Star Vendors di Sabah awal bulan lalu. Malah dia turut diminta memulangkan semula barangan yang pernah diberikan oleh jutawan berkenaan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!