Elizabeth Tan yang kini popular menerusi lagu Semua Sudah mengakui dia sudah pun memasang angan untuk menamatkan zaman bujangnya pada 20 Februari 2020.
Bagaimanapun, impian tersebut hanya akan tercapai sekiranya dia mempunyai calon lelaki yang boleh dijadikan suami.
Elizabeth atau lebih mesra dipanggil Lizzy ini memberitahu perkara berkenaan kepada MH sejurus selesai menjalani rakaman The Stage Media Hiburan di Shah Alam, menerusi lagu Polis Entry.
Katanya, tarikh tersebut dianggap cukup ‘cantik’ bagi dirinya, apatah lagi ia merupakan tarikh yang hanya datang sekali dalam hidup.
“Saya hanya rancang untuk kahwin pada tarikh itu. Tapi saya tiada calon lagi. Apa pun kenalah cari supaya dapat capai target nak langsung pada date tu.
“Entahlah, bagi saya tarikh tersebut cukup cantik dan rasanya pasti ramai juga yang akan pilih tarikh berkenaan untuk menjayakan sesuatu yang bermakna dalam hidup mereka. Lagi pula, ia hanya hadir sekali dalam hidup kita kan,” kongsinya lagi.
Ditanya sama ada pada fasa sekarang dia sudah pun mempunyai calon kekasih, pelakon filem seram, Misteri Delaila di samping Zul Ariffin ini mengakui sehingga kini dia masih solo.
“Tak ada kekasih lagi. Saya jarang keluar rumah. Jadi usaha untuk dapatkan teman lelaki itu agak sukar. Bayangkan sampai saya terfikir untuk mempunyai aplikasi mencari teman di media sosial,” selorohnya.
Dalam perkembangan lain, Lizzy yang kini turut aktif dalam dunia lakonan bakal muncul menerusi filem Abang Long Fadil 3 di samping Zizan Razak, Maya Karin, Kazar dan ramai lagi.
Foto: Instagram Elizabeth Tan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan yang juga ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri, Rozita Ibrahim bakal mengerjakan Haji dalam masa terdekat.
Seperi bakal jemaah lain, Rozita atau lebih mesra disapa Bonda Rozita ini telah menyediakan kelengkapan seperti pakaian, makanan dan barangan keperluan untuk berangkat Tanah Suci.
Perkara tersebut dikongsikannya menerusi Instagramnya.
“Sy dh kemas nak gi haji 20 hari , sy bawa jubah 12 helai , telekung 5 helai dan alat2 masak.
“PETANG NI JAM 6.00-6.45 pm jgn lupa temankan sy di RADIO NASIONAL FM.. tentang WANITA CEKAL.. (setiap negeri frekuensi lain2 boleh tgk di google).
“Abang haji bising “awak tau x mana sempat masak2 kita ke Mina 5 hari dn berat2 bawa beg sy yg angkat nanti , bukan xda duit pun , cari lah makanan apa pun kt sana”.
“Bonda Malas nak gaduh haahh sy senyap2 bawa gak dapur , nanti dia gak yg makan wlu bebel , ishhh bagi sy kan lelaki kalau bebel lagi kapochi”.
“Saya manusia pelik dn susah diurus , kalau x makanan taste melayu mood swing ..sy nk ibadah tenang so lg eok sy bawa ..nanti klu moody lagi ntah kemana ibadah haji tu nanti,” kongsi Rozita.
Wany Hasrita mengakui dia tidak kisah untuk dipanggil dengan panggilan Hajah atau nama penuhnya sahaja apabila sekembalinya dari mengerjakan haji pertengahan Ogos depan.
Katanya seperti yang dipetik Harian Metro, dia akan menunaikan Rukun Islam kelima itu sehingga 16 Ogos ini bersama rakan penyanyi, Amira Othman.
“Sebaik pulang nanti, terpulanglah jika mahu memanggil saya Hajah. Jika tidak, panggil saja Wany Hasrita,” katanya seperti yang dipetik.
Terdahulu, penyanyi lagu Terlalu Memuja ini mengakui tawaran menunaikan haji itu diterimanya daripada kerajaan Arab Saudi dan semuanya terjadi dalam tempoh begitu singkat.
“Mengikut perancangan awal, saya mahu membawa ibu tetapi dia tidak berkesempatan. Jadi, saya mengajak Amira dan ia pengalaman pertama menunaikan ibadah ini,” terang Wany yang tidak menafikan perasaan yang bercampur-baur.
“Jadi, saya meminta bantuan rakan artis, Heliza Helmi untuk mendapatkan nasihat ustaz yang mengendalikan kursus haji secara peribadi,” kongsinya selain turut meminta tunjuk ajar dari Profesor Dr Muhaya Mohamad berhubung panduan sepanjang berada di sana.
“Doa saya adalah memperoleh haji mabrur. Sebenarnya saya dalam keadaan tidak bersedia namun sebaik berfikir semula perlukah bila menjengah usia tua baru bersedia,” jelas Wany.
Pada masa sama, bintang berusia 27 tahun ini juga memberitahu, dia tidak semestinya meninggalkan dunia seni apabila pulang ke tanah air kelak.
Bagi Wany, dia lebih selesa untuk melihat perubahan itu hadir sedikit demi sedikit.
“Segala isi hati dan amal ibadah biarlah Allah yang menentukan. Saya merasakan seperti mimpi dan tidak pernah terfikir untuk menunaikan haji dalam usia sebegini,” akhirinya.
Foto: Instagram Wany Hasrita, Amira Othman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Norman Hakim menitipkan nukilan istimewa buat ibu mentuanya, Allahyarham Norlela Abdul Rahman yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 28 Oktober lalu.