Pelakon dan penyampai radio, Anas Tahir berkongsi khabar duka selepas memaklumkan bapa mereka, Dr. Mohd Tahir Abdul Rahman telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir awal pagi tadi akibat komplikasi jantung.

Khabar mendukacitakan itu dikongsikan sendiri oleh Anas yang juga merupakan adik kepada penyanyi dan penulis lagu popular, Faizal Tahir itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

“Thank You Abah, We Love You…,” – Komplikasi Jantung, Bapa Faizal & Anas Tahir Meninggal Dunia, Al-Fatihah “Thank You Abah, We Love You…,” – Komplikasi Jantung, Bapa Faizal & Anas Tahir Meninggal Dunia, Al-Fatihah

Menerusi entri yang sama, Anas turut merakamkan ucapan penghargaannya buat segala jasa dan penat lelah ayahnya dalam mendidik serta membesarkan mereka selama ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AnasT (@aanastahirr)

“Thank you Allah. Thank you for everything. Thank you Abah. We love you so much. Innalillahiwainnailaihirojiun,” tulisnya.

IKLAN

Sementara itu, Faizal pula dilihat hanya memuat naik sebuah foto hitam lalu diselitkan dengan Innalillahiwainnailaihirojiun di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Faizal Tahir (@faizal_tahir)

“Innalillahiwainnailaihirojiun,” tulisnya ringkas.

“Thank You Abah, We Love You…,” – Komplikasi Jantung, Bapa Faizal & Anas Tahir Meninggal Dunia, Al-Fatihah “Thank You Abah, We Love You…,” – Komplikasi Jantung, Bapa Faizal & Anas Tahir Meninggal Dunia, Al-Fatihah

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa duka selain turut menitipkan doa semoga arwah bapanya itu ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

“Salam takziah bang. Al-fatihah.

“Salam takziah bang. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang beriman.

IKLAN

“Salam takziah brother. Innalillahiwainnailaihirojiun. Semoga Allahyarham ayahanda tercinta sentiasa bersama kekasih Allah.

“Allahuakbar, salam takziah. May Allah grant you and family strength and patience,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Dalam pada itu, pemergian Allahyarham Dr. Tahir juga sememangnya memberikan kesan yang mendalam buat dunia kemanusiaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MyCARE (@mycare.hq)

Sekadar informasi, beliau juga merupakan Alhi Pemegang Amanah bagi badan bukan kerajaan, MyCare selain turut memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Aqsa Syarif.

Sumber: Instagram Anas Tahir, Faizal Tahir & MyCare

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI