Rafidah Ibrahim atau mesra disapa Fida mengakui sepanjang tempohnya menyepi dalam dunia seni kerana mahu fokus dalam bisnes, dia pada masa sama turut ambil masa menginsafi diri.

Malah, menurut Fida, 35, situasi pandemik yang berlaku juga memberi ruang buatnya untuk bersyukur atas segala hal yang dikurniakan Allah SWT.

“Selama menyepi dari kerjaya seni kerana memberi fokus pada perniagaan, saya banyak bermuhasabah diri. Apatah lagi, pelbagai pengalaman hidup sudah saya lalui untuk sampai pada tahap sekarang.

“Kini, saya semakin matang dan hanya bersyukur dengan apa yang dimiliki. Bahkan, saya juga tidak menduga pada ketika sektor ekonomi negara terganggu dengan penularan Covid-19, saya dapat terbabit dengan perniagaan produk makanan sejuk beku, Aris Burger.

“Saya memilih produk makanan sebagai cabang perniagaan baharu kerana saya suka mengembara masuk hutan untuk melakukan aktiviti seperti berkhemah atau mendaki.

Jadi, keperluan makanan ringkas begini diperlukan,” katanya, memetik Harian Metro.

IKLAN

“Makin Matang, Hanya Bersyukur Dengan Apa Yang Dimiliki,” – Diam Ubi Berisi, Rafidah Ibrahim Sukses Jual Produk Makanan Sejuk Beku “Makin Matang, Hanya Bersyukur Dengan Apa Yang Dimiliki,” – Diam Ubi Berisi, Rafidah Ibrahim Sukses Jual Produk Makanan Sejuk Beku

Tambahnya lagi, sebelum fasa pandemik, dia sering mengisi masa pada hujung minggu dengan menyertai aktiviti luar seperti berkhemah.

Oleh sebab itulah, dia mulai sedar betapa pentingnya makanan sejuk beku yang ringkas dan senang dimasak.

“Jadi, alhamdulillah ada pula rakan kongsi dan saya terus mencuba.

IKLAN

“Pada saya, keberanian diri penting untuk cekalkan hati supaya nekad mencuba dan berusaha. Kini, saya bersyukur apabila kerja keras dilakukan membuah hasil positif biarpun perlu mengorak langkah perlahan-lahan,” katanya lagi.

“Makin Matang, Hanya Bersyukur Dengan Apa Yang Dimiliki,” – Diam Ubi Berisi, Rafidah Ibrahim Sukses Jual Produk Makanan Sejuk Beku

Dalam perkembangan lain, Fida yang sinonim menerusi lagu Apo Kono Eh Jang memilih untuk merakam lagu yang berunsurkan kebaikan selepas ini andai diberikan peluang.

“Saya akan lebih teliti pada lagu yang liriknya ke arah nasihat dan ketuhanan. Saya mahu karya lagu itu membawa impak positif pada kita semua yang mendengarnya untuk lebih bermuhasabah diri dengan erti kehidupan.

IKLAN

“Apa genre lagu itu, saya tidak meletakkan sebarang pilihan kerana lirik yang lebih utama. Untuk itu, jika saya berpeluang mendapatkan lirik lagu yang sesuai, saya sentiasa sedia mahu merakamnya,” katanya yang turut mempunyai strategi tersendiri dalam lakonan.

Difahamkan, dia kini dalam perancangan kerjasama dengan pengarah terkenal, Mamat Khalid. Bagaimanapun, sama ada ia karya drama atau filem, katanya belum diputuskan.

“Kerjasama berkenaan masih dalam perancangan dan kena tunggu perkembangan seterusnya. Tetapi, insya-Allah jika tiada aral saya memang akan terbabit. Diharapkan semuanya lancar,” katanya yang selamat bergelar isteri pada 5 Mei lalu.

“Makin Matang, Hanya Bersyukur Dengan Apa Yang Dimiliki,” – Diam Ubi Berisi, Rafidah Ibrahim Sukses Jual Produk Makanan Sejuk Beku “Makin Matang, Hanya Bersyukur Dengan Apa Yang Dimiliki,” – Diam Ubi Berisi, Rafidah Ibrahim Sukses Jual Produk Makanan Sejuk Beku

Foto: Instagram Rafidah Ibrahim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI