Pasangan anak-beranak, Shuib dan Thalita sekali lagi mencuri perhatian apabila berada di kedudukan pertama di program realiti, Talk To My Manager (TTMM) malam tadi dengan 90.67%.
Tersendiri ketika membawakan lagu dangdut ‘Dag Dig Dug’ yang dipopularkan oleh Haiza, persembahan nyata memikat hati juri.
Tempat kedua pula diraih anak kepada Ameng, Ammar Haikal dengan markah sebanyak 90.33 diikuti Amad (Siti Sairah) dengan 89.33%.
Ads
Athalia (Sharifah Zarina), Marsya (Liza Hanim) dan Hadie (Ina Naim) pula menduduki tangga tiga terbawah, namun sekali lagi tiada penyingkiran dilakukan.
Markah Penuh Semua Peserta
Berikut ialah markah penuh di minggu kedua:
1.Shuib x Thalita – 90.67%
2.Ameng x Ammar Haikal – 90.33%
3.Siti Sairah x Amad – 89.33%
4.Sharifah Shahirah x Auddra – 80.00%
5.Aziz M Osman x Ara – 78.00%
5.Sharifah Zarina x Athalia – 77.67%
6.Liza Hanim x Marsya – 76.67%
7.Ina Naim x Hadie – 72.00%
Ads
TTMM dikendalikan oleh pengacara legenda Datuk Aznil Hj. Nawawi (Pak Nil), bersama barisan juri yang terdiri daripada Che Puan Sarimah dan Datuk AC Mizal.
Berlangsung selama 7 minggu, konsert Talk To My Manager akan bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.
Ia turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Fattah Amin membuat kejutan apabila hadir di majlis pelancaran lagu Rasa & Takdir, hari ini dengan mengumumkan dirinya bakal melangsungkan pernikahan bersama penyanyi Amira Othman pada 14 September ini.
Menurut Fattah, keputusan ini dibuat selepas mereka melalui fasa perkenalan yang panjang dan kini bersedia melangkah ke alam rumah tangga.
“Mesti ramai yang tertanya-tanya mengapa saya ada di majlis pelancaran ini. Hari ini, saya dan Amira ada berita baik. Seperti semua tahu, kami adalah rakan sekerja.
“Setelah beberapa lama tempoh perkenalan, insya-Allah jika diizinkan Allah SWT, kami ingin menukar status tersebut menjadi ‘rakan serumah’.
“Dikesempatan ini, kami nak umumkan bahawa majlis pernikahan kami akan berlangsung pada 14 September ini. Kurang lebih seminggu daripada sekarang,” katanya ketika sidang media di Imperial Lexis, Kuala Lumpur pada Isnin.
Takdir & Rasa merupakan lagu terbaharu nyanyian Amira Othman bersama adiknya, Irfan Haris.
Amira dalam pada itu memaklumkan majlis pernikahan mereka akan disiarkan secara langsung menerusi aplikasi Unifi TV 2.0.
“Setiap kali kita ditemu bual, kami sudah pun berjanji akan memaklumkan sekiranya kami akan berkahwin. Jadi, kami melunaskan janji-janji kami.
“Kami juga ingin menjemput anda semua untuk sama-sama menyaksikan majlis pernikahan kami ‘Setulus Takdir Fattah & Amira’ secara langsung di aplikasi Unifi TV 2.0. Ia boleh ditonton secara percuma,” katanya.
Sementara itu, Fattah memaklumkan persiapan sedang giat dijalankan dan dia berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menitipkan doa yang baik.
“Persiapan sedang berjalan kami mohon doa daripada anda semua supaya majlis ini berjalan lancar. Kita jumpa 14 September nanti.
“Terima kasih kepada rakan-rakan media yang selalu sokong dan doa yang baik-baik buat kami. Kepada para peminat, terus doa yang terbaik.
“Semoga doa kalian dibalas dengan ganjaran berlipat kali ganda. Semoga urusan anda dipermudahkan dan segalanya baik-baik sahaja,” akhirinya.
Sebelum ini, timbul spekulasi di media sosial bahawa Fattah bakal menamatkan zaman duda dalam masa terdekat.
Untuk rekod, Fattah pernah mendirikan rumah tangga bersama aktres Fazura pada 27 November 2017 namun bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia lima tahun.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Kredit Foto: Ako Imran
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak, Achey tidak menyangka populariti luar biasa yang telah dicetuskan oleh anaknya, Nur Tiara Zinnirah kini menjadi kesayangan ramai dek kerana telatahnya yang lucu dan bersahaja.
Menurut Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, perkara itu tidak pernah dirancang dan merupakan rezeki pemberian Allah SWT.
“Saya agak terkejut dengan gelombang yang dia bawakan Tiara ketika ini. Pada saya, ini semua adalah rezeki Allah.
“Walaupun tindak tanduknya sangat random dan tidak perlu merancang apa-apa tapi dia boleh buat orang sayang pada dia.
“Saya berharap orang ramai juga dapat terus mendoakan Tiara supaya dia dapat membesar dengan lebih baik,” katanya kepada MH.
Achey berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media program Muzikal Lawak Superstar 2025 (MLS2025), baru-baru ini.
Pada masa sama, Achey menyifatkan sikap Tiara tidak pernah berubah meskipun namanya kini sudah semakin besar.
“Popularitinya sudah melangkaui saya dua hingga tiga kali ganda. Baru-baru ini, saya sekeluarga pergi Cameron Highland, saya masih boleh berjalan tapi dia tidak. Kejap-kejap orang ajak bergambar.
“Orang tanpa henti panggil nama Tiara tiada lagi nama Achey. Nama Tiara itu terlalu kuat. Walaupun populariti luar biasa, namun saya tetap kena pantau.
“Dia tak pernah lupa diri dan video-video yang dipaparkan itu memang diri dia sendiri. Dia tak pernah berlagak kerana dia ada rumah atau kereta besar.
“Dia tetap membesar macam kanak-kanak biasa. Saya tak nak satu hari nanti dia merungut kerana hilang zaman kanak-kanaknya,” kongsinya lagi.
Jelas Achey lagi, dia tidak pernah menghalang orang ramai untuk bertemu dengan Tiara lebih-lebih lagi ketika di luar.
“Dia sentiasa okay tapi jangan biar dia lapar atau janji apa-apa. Kalau berjanji, dia akan tuntut. Apapun, dia masih lagi budak. Saya tak pernah menghalang kalau orang ajak bergambar.
“Pada saya, itu adalah proses pembelajaran dan pengalaman untuk Tiara. Kita lihat pada zaman sekarang, orang belajar tinggi-tinggi tapi tiada adab.
“Bila berjumpa orang, secara tidak langsung dia belajar fasal adab dan cara menyambut orang. Dia bagi salam dan salam cium tangan. Pada saya, adab tetap nombor satu,” katanya lagi.
Pada masa sama, Achey menyifatkan Tiara sebagai anak yang genius dan punyai cara sendiri untuk belajar.
“Dari segi pelajaran, saya masih lagi pantau. Dia masih merangkak lagi bila membaca. Sama seperti dahulu. Walaupun dia agak perlahan dalam pelajaran tapi dia genius.
“Dia mudah menghafal dan mengingati sesuatu perkara. Matematiknya juga sangat hebat. Bab kira duit memang kesukaannya.
“Saya bukan nak dedahkan dia sangat tapi dahulu masa zaman kita kecil-kecil, kita berdikari tanpa media sosial. Kita belajar dengan cara bermain di luar. Hal seperti itu tiada lagi di zaman ini,” akhirinya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
All Star Championship 2025 terbukti sebagai pentas sukan tempur moden dengan gabungan sukan dan digital apabila 12 perlawanan tinju yang berlangsung Ahad lalu mencetuskan pelbagai kejutan, drama dan sorakan peminat.
Kejohanan sulung anjuran All Star Championship ini bukan sahaja menampilkan pertarungan sengit, malah mengangkat peranan sukan sebagai platform pelancongan dan digital.
Seramai 24 peserta bertanding dalam pusingan pertama, namun dua perlawanan terpaksa dibatalkan akibat kecederaan dan seorang peserta hadir lewat.
Walau begitu, gelanggang tetap menyaksikan pertarungan penuh semangat, termasuk beberapa keputusan mengejutkan.
Antara sorotan utama pada pusingan awal yang diadakan pada 21 September lalu ialah penampilan pelakon dan penyanyi, Fareez Fauzi, yang dianggap peserta underdog berjaya menumbangkan lawannya, Sonic.
Ia sekali gus membuktikan bahawa semangat dan strategi anak kepada pelakon senior, Fauzi Nawawi, ini mampu mengatasi jangkaan.
Sementara itu, pelakon Harris Aliff pula tewas kepada Izat dalam pertarungan sengit yang mencuri perhatian ramai.
Pempengaruh media sosial, Amir Harris, turut mencatat kemenangan bergaya apabila menewaskan Syahmihanya dalam tempoh satu minit, menjadikannya antara aksi paling pantas setakat ini.
Selain aksi di gelanggang, penganjur turut mengumumkan jumlah hadiah keseluruhan sebanyak RM270,000 bakal direbut sepanjang kejohanan ini, menjadikan All Star Championship 2025 antara platform tinju tempatan paling berprestij dan bernilai tinggi.
Menurut Penganjur All Star Championship, Dato’ Abd Rahman Soltan, edisi sulung ini menzahirkan dua matlamat utama iaitu mengangkat sukan tinju ke tahap lebih profesional dan pada masa sama mempromosikan Malaysia sebagai destinasi sukan dan pelancongan.
“Alhamdulillah, saya sangat berpuas hati dengan pusingan pertama semalam. Kehadiran penonton memang luar biasa, membuktikan minat masyarakat terhadap sukan tinju semakin meningkat. Dari segi penganjuran, semuanya berjalan lancar.
“Ada peserta underdog yang membuktikan kemampuan mereka, manakala peserta pilihan pula tewas kerana mungkin strategi atau latihan yang kurang. Ini menunjukkan All Star Championship benar-benar kompetitif.
“Secara tidak langsung, All Star Championship mempromosikan pelancongan domestik apabila mereka hadir ke Malaysia, seterusnya menghasilkan kandungan digital yang menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC),” katanya.
Dato’ Abd Rahman turut berharap pusingan seterusnya lebih sengit dengan tahap disiplin peserta yang lebih mantap, sambil menekankan harapan untuk melahirkan jaguh tinju baharu yang mampu mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.
Pusingan seterusnya All Star Championship 2025 dijadual berlangsung pada 4 Oktober, manakala perlawanan akhir akan berlangsung pada 18 Oktober 2025, yang dijangka menjadi kemuncak terbesar kejohanan dengan lebih banyak aksi dan kejutan menanti.
Untuk maklumat lanjut mengenai All Star Championship 2025, ikuti perkembangan di platform media sosial rasmi mereka.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Marc Syahmie akui dia berdepan pengalaman paling mendebarkan sepanjang bergelar anak seni apabila perlu menjalani penggambaran di dalam peti mayat sebenar untuk drama...