Penyampai radio, Muhammad Azmir Selamat atau lebih dikenali sebagai AG memaklumkan khabar gembira bahawa dia kembali menjalankan tugas sebagai penyampai radio di Hot FM, mulai hari ini.

Selain menjadi rakan penyampai kepada Fad Bocey, AG turut bakal bergandingan dengan bekas penyampai radio, Fara Fauzana atau lebih mesra dengan panggilan Fafau.

“Teruskan Beri Sokongan Kepada Kami Bertiga,” – Secara Rasmi, AG & Fara Fauzana Kembali Di Konti Hot FM “Teruskan Beri Sokongan Kepada Kami Bertiga,” – Secara Rasmi, AG & Fara Fauzana Kembali Di Konti Hot FM

Menerusi entri di akaun Instagram, AG mengharapkan para peminat terus memberikan sokongan kepada gandingan trio terbaru ini.

“Secara rasminya hari ini saya akan keudara di Hot FM, itu kejutan yang pertama dan kejutan kedua kita ada orang ketiga iaitu saya, Fad dan Fara Fauzana.

“Teruskan beri sokongan kepada kami bertiga, InsyaAllah. Ingat ini adalah gabungan terbaru dan kami akan buatkan yang terbaik. Terima kasih banyak-banyak,” katanya.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ag Azmeer (@ag_azmeer)

“Teruskan Beri Sokongan Kepada Kami Bertiga,” – Secara Rasmi, AG & Fara Fauzana Kembali Di Konti Hot FM “Teruskan Beri Sokongan Kepada Kami Bertiga,” – Secara Rasmi, AG & Fara Fauzana Kembali Di Konti Hot FM

Menerusi posting lain, turut kelihatan ketiga mereka berceloteh di konti.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

Imbas kembali, AG dan Fafau sebelum ini pernah menjadi penyampai radio di Hot FM selama sepuluh tahun bermula pada tahun 2006 sehingga 2016.

Selepas itu, AG telah menyambung kariernya sebagai penyampai radio di Kool FM manakala Fafau telah membuat keputusan untuk berhenti kerana mahu berehat seketika daripada dunia penyiaran.

“Teruskan Beri Sokongan Kepada Kami Bertiga,” – Secara Rasmi, AG & Fara Fauzana Kembali Di Konti Hot FM “Teruskan Beri Sokongan Kepada Kami Bertiga,” – Secara Rasmi, AG & Fara Fauzana Kembali Di Konti Hot FM

IKLAN

Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

“Teruskan Beri Sokongan Kepada Kami Bertiga,” – Secara Rasmi, AG & Fara Fauzana Kembali Di Konti Hot FM

Foto: Instagram AG, Fara Fauzana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI