Wanita yang mendakwa dirinya ‘kekasih gelap’ kepada pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz, iaitu Sarah Yasmine terus membuat pendedahan di Instagram Stories yang memaparkan perbualan Whatsapp dipercayai di antara Aliff dan aktres Ruhainies.
Antara perbualan yang dikongsi, Aliff dipercayai menyatakan ibunya, Siti Hafizah turut menjadi mangsa kecaman.
‘NRF’ yang dipercayai Ruhainies kemudiannya menjelaskan kepada Aliff hanya Dia yang boleh mengubah segalanya.
“Allah ada. Allah Maha Besar. Netizen ini semua hamba Dia. Allah sahaja yang boleh mengubah everything. Miracles will happen soon,” tertera balasan pada WhatsApp tersebut.
Ads
Aliff juga berharap semoga Allah mengampunkan dosa dan menaikkan darjat.
“Amin amin Ya Rabb. Teruk dicaci hina saya dan umi. Semoga Allah ampunkan dosa kami dan naikkan darjat, Insya-Allah.
“Saya baca komen-komen orang Melayu Islam, astagfirullahalazim,” tulis Aliff lagi.
Ads
Terdahulu, Bella yang ditemui media pada Rabu memaklumkan sudah bertemu dengan wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine dan dia menjelaskan apa yang berlaku.
Ads
Nama wanita berkenaan sebelum ini menjadi perhatian ramai selepas dia membuat pendedahan dengan mendakwa pernah menjadi kekasih Alif sejak Januari lalu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan kepada penjawat awam berusia 40 tahun dari Kuala Berang, Terengganu, Muhammad Alhafizi Bidin, yang diumumkan sebagai pemenang hadiah utama berupa kenderaan mewah berkuasa tinggi model Nissan GTR R35 daripada Kempen Terrrrpaling Raya Bulan Bintang.
Terkejut dan tak sangka, Alhafizi yang berkongsi kemenangan bersama lelaki dari Kedah, Muhammad Nazdrul Abdullah selepas mereka berpakat untuk menyertai cabutan bertuah itu akhirnya membuahkan hasil lumayan sekali gus menjadikan sambutan Aidilfitri pada tahun ini cukup bermakna.
“Syarat utama untuk menyertai cabutan bertuah ini adalah kami perlu memiliki tiket emas (golden ticket) untuk dua jenama iaitu Bulan Bintang dan Hausboom. Alhamdulillah selepas membuat pembelian baju Melayu Bulan Bintang sebanyak lima pasang, saya mendapat tiket emas ini.
“Jadi sepanjang menunggu siapakah individu yang memenangi tiket emas bagi kempen raya Hausboom, saya selalu mengikuti setiap siaran langsung dan kandungan yang dimuat naik oleh kedua-dua jenama.
“Tanpa disangka, saya menerima mesej peribadi daripada seorang lelaki tidak dikenali yang berjaya mendapat tiket emas dari Hausboom Khamis lalu, jadi kami berdua berpakat untuk membuat penyertaan bersama dan tak sangka menanghadiah utama ini.
“Ini adalah hadiah kemenangan yang cukup istimewa dan rezeki sempena 10 malam terakhir Ramadan. Setiap hari saya berdoa agar ada rezeki untuk menang kereta mewah ini dan tak sangka Allah makbulkan doa saya itu,” katanya.
Menurut Alhafizi, dia berminat untuk menyertai cabutan bertuah itu kerana tertarik dengan tawaran hadiah yang diberikan kepada pembeli Bulan Bintang.
“Selepas saya tonton video Bulan Bintang The Terrrrpaling Raya Fashion Show yang menawarkan hadiah cabutan bertuah bernilai RM3.2 juta saya terus berminat untuk sertai. Lagipun saya dan lima anak lelaki tak pernah pakai baju Melayu jenama Bulan Bintang sebelum ini, jadi kami memang teruja nak menggayakannya pada Aidilfitri nanti.
“Sejujurnya ini adalah hadiah paling besar pernah saya terima. Bukan itu saja, wajah saya juga terus viral satu Malaysia sebaik diumumkan sebagai pemenang. Saya tak berhenti terima panggilan telefon daripada saudara-mara dan rakan-rakan.
“Sebelum ini saya pernah sertai beberapa peraduan kecil, tapi nasib selalu tidak menyebelahi. Alhamdulillah kali ini memang luar biasa dan hadiah yang diterima pun buat saya menggigil sebab tak pernah terjangkau dalam fikiran saya.
“Apapun saya ingin berterima kasih kepada pemilik Bulan Bintang iaitu Azzim Zahid Azmi kerana berjaya menganjurkan peraduan yang cukup hebat ini. Saya tengok di media sosial ramai pembeli yang begitu gembira apabila memenangi pelbagai hadiah sepanjang kempen ini dijalankan,” katanya lagi.
Terdahulu, Alhafizi dan Nadzrul yang yang masing-masing menerima tiket emas (Golden Ticket) daripada Bulan Bintang dan Hausboom berpakat untuk bergabung dan berkongsi hadiah Nissan GTR R35.
Mereka hadir untuk menerima hadiah utama kempen Terrrrrpaling Raya itu yang diserahkan sendiri oleh pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi (Meri) dan pengasas Hausboom, Azri Zahier Azmi (John Lemon), semalam.
Video penyerahan hadiah yang dimuat naik di Instagram milik Meri mendapat perhatian warganet dan meraih lebih satu tontonan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bintang terkenal Thailand, Bright atau nama penuhnya Vachirawit Chiravee akhirnya terbuka mengaku bercinta dengan rakan selebriti Pornnappan Pornpenpipat yang lebih mesra dikenali sebagai Nene.
Desas desus mengenai hubungan mereka disahkan sendiri oleh aktor dan penyanyi tersebut melalui laman media sosial X miliknya.
“Helo, peminat dan rakan saya yang dikasihi, ini Bright. Saya tahu ada berita baru-baru ini yang mungkin membuatkan anda terkejut.
“Saya cuma ingin menjelaskan beberapa perkara, terutamanya untuk peminat saya yang sentiasa mengambil berat dan ingin tahu tentang keadaan saya. Ya, kami benar-benar bercinta,” katanya.
Dia juga kemudiannya menambah bahawa dia ingin memohon maaf kepada peminatnya jika berita tersebut menyebabkan mereka kecewa.
“Saya ingin meminta maaf kerana mengejutkan anda semuadengan berita ini. Kami benar-benar tidak berniat untuk tidak menghormati sesiapa atau mendatangkan sebarang ketidak selesaan,” katanya.
Bintang berusia 26 tahun itu kemudian menekankan bahawa dia hanya mahu menjadi jujur dan menyebarkan cinta melalui kerjanya.
“Mereka yang telah lama mengikuti saya tahu bahawa saya sentiasa berusaha untuk menghormati dan jujur kepada diri sendiri. Fokus saya sentiasa untuk menyebarkan kasih sayang dan bersikap positif melalui kerja dan dedikasi saya.
“Saya amat berterima kasih atas segala-galanya yang telah membentuk saya menjadi diri saya hari ini, dan untuk semua kasih sayang dan sokongan yang saya terima.
Terima kasih kepada anda semua yang terus menyokong dan menyayangi saya. Ia sangat bermakna,” ujarnya panjang.
Bright sebelum ini memulakan langkahnya dalam dunia hiburan sejak tahun 2013 lagi namun hanya benar-benar menempa nama menerusi siri Together: The Series yang disiarkan pada 2020.
Popularitinya yang memuncak menjadikan dia antara selebriti kelas A daripada Thailand yang menjadi perhatian dunia. Selain bergelar pelakon dan penyanyi, dia juga merupakan seorang pempengaruh terkenal dalam dunia fesyen antarabangsa.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Ruhainies yang kini berada di Tanah Suci, Mekah memaklumkan dirinya sudah pun memanjangkan dan membacakan doa yang dikirimkan oleh para pengikutnya di Instagram.
Menurut Ruhainies, meskipun permintaan doa itu terlalu banyak, namun dia tetap merealisasikan hajat para pengikutnya itu.
“Beberapa pengikut saya yang kirimkan doa melalui mesej peribadi (DM), saya sudah baca dan doakan.
“Saya memang tidak menekan butang terima untuk permintaan mesej di DM sebab terlalu banyak tapi saya sudah baca dan doakan,” tulisnya.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh pelakon drama Wifi Sebelah Rumah Itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Lantaran itu, Ruhainies turut berharap agar kesemua doa-doa yang telah dibacakan itu akan dimakbulkan oleh Allah SWT.
“Jangan risau okay. Semoga doa-doa kalian semua diangkat oleh Allah SWT. Ameen,” katanya lagi.
Sementara itu, Ruhainies turut memanjatkan rasa syukur dengan segala nikmat yang telah diberikan Allah SWT terhadap dirinya selama ini.
“Alhamdulillah untuk semuanya. Terima kasih Allah,” kongsinya.
Pada masa sama, Ruhainies turut menyifatkan dirinya kini lebih tenang apabila meletakkan sepenuh pengharapan kepada Illahi.
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.