Pihak Pengarah Penguatkuasaan (ED) telah melancarkan serbuan ke atas 15 premis milik ahli perniagaan terkenal, Raj Kundra, yang juga merupakan suami kepada pelakon Bollywood popular, Shilpa Shetty. Serbuan dilakukan di Mumbai dan Uttar Pradesh dalam siasatan berhubung kes pornografi yang melibatkan Kundra.
Antara lokasi yang diserbu termasuk kediaman Raj di Juhu, selain beberapa premis yang dipercayai milik rakan-rakannya. Walau bagaimanapun, peguam Shilpa Shetty, Prashant Patil, menafikan laporan yang mendakwa kediaman pelakon tersebut turut diserbu oleh pihak ED.
“Kes ini masih dalam siasatan, dan Raj Kundra telah memberikan kerjasama penuh bagi memastikan kebenaran dapat ditegakkan. Bagaimanapun, laporan yang menyebut Shilpa Shetty Kundra terlibat adalah tidak benar dan mengelirukan. Dia tidak mempunyai kaitan dengan sebarang kesalahan,” jelas Prashant.
Pada Mei 2022, pihak ED membuka kes pengubahan wang haram terhadap Raj Kundra, berdasarkan laporan polis yang didaftarkan pada tahun 2021 oleh Polis Mumbai. Dalam laporan tersebut, dia didakwa mengendalikan sindiket pornografi melalui platform digital.
Kes ini mendapat perhatian apabila pada Februari 2021, Polis Mumbai membuat tangkapan pertama yang melibatkan wanita-wanita yang didakwa berlakon dalam filem pornografi. Serbuan turut dijalankan di sebuah banglo di Pulau Madh, lokasi di mana filem-filem ini dipercayai dirakam.
Siasatan mendapati lelaki berusia 49 tahun itu merupakan dalang utama yang terlibat dalam penyebaran kandungan pornografi ini melalui aplikasi mudah alih berasaskan langganan seperti HotHit Movies dan Hotshots.
Ads
Aplikasi Hotshots, yang asalnya dibangunkan oleh syarikat Armsprime Media milik dirinya pada tahun 2019, kemudiannya dijual kepada Kenrin, sebuah syarikat di UK yang dimiliki oleh adik ipar, Pradeep Bakshi.
Polis Mumbai telah memfailkan kertas pertuduhan terhadap Kundra serta tiga individu lain yang berkaitan dengan kes ini. Selain itu, pihak ED kini sedang meneliti sejumlah besar transaksi kewangan yang dibuat di luar negara untuk mengenal pasti kemungkinan pengubahan wang haram.
Ads
Kundra pernah ditahan selama dua bulan di Penjara Arthur Road, Mumbai, pada tahun 2021 sebelum dibebaskan dengan ikat jamin pada September tahun yang sama.
Pelakon meningkat naik, Alif Muhaimin menafikan sekerasnya skandal dirinya terlibat seperti yang didakwa ada meminta gambar lucah dan berbual dengan unsur lucah di Instagram baru-baru ini.
Ia susulan tersebarnya ‘screenshot’ mesej peribadi yang memaparkan pelakon tersebut yang seolah-olah sedang berbual nakal bersama seorang wanita di Instagram.
Perkongsian tersebut mulai tular di media sosial selepas dikongsi ramai.
Menurut Alif, perbualan tersebut bukanlah dirinya dan mungkin telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Saya boleh terus terang la yang perbualan tersebut bukan saya. Mungkin mereka edit pakai apps atau photoshop.
“Tapi perkara tersebut pun keluar sekali harung dengan pencalonan untuk sebuah program anugerah baru-baru ini.
“Mungkin sebab ada fans yang kita layan. Tapi bila kita stop layan sebab sibuk, mereka akan cuba lagi tapi saya masih tak layan, mungkin sebab itu mereka marah.
“Isu minta gambar pula tu sebenarnya takda apa pun. Mungkin mereka sengaja reka cerita,” katanya kepada MH.
Alif berkata demikian ketika ditemui di Majlis Tayangan Ramadan Astro, Bukit Jalil pada Selasa.
Ketika ditanya, bagaimana dia mahu keluar daripada kontroversi tersebut, ini jawapan yang diberikan oleh Juara Hero Remaja 2018 berkenaan;
“Bagi saya, saya akan lebih serious dalam lakonan saya. Saya akan buat yang terbaik dan tunjukkan kualiti yang elok.
“Jadi mereka akan nampak yang saya serius dengan lakonan saya.
“Nama-nama besar macam Syafiq Kyle pun pernah viral tapi bila mereka dah tunjukkan attitude yang bagus orang akan lupakan nanti,” jelasnya lagi.
Sebentar tadi, penyanyi Azharina Azhar ada memaklumkan berita sedih apabila bapa angkatnya, Hamidi sedang tenat di hospital.
Ujar penyanyi Elergi Sepi ini, bapa angkat yang dipanggil Papa itu merupakan individu yang menjaga dan selalu menasihatnya bersama Mama sejak dia berusia 18 tahun lagi.
“Asalamualaikum semua . Papa nina sedang tenat di hospital . Dialah yang menjaga dan selalu menasihati nina bersama mama dari usia nina 18 tahun perkenalan pertama kami sehingga nina menjadi ibu tunggal skarang.
“Dialah imam bilamana setiap kali ada bacaan doa dan solat di rumah . Papa hamidi mengambil nina menjadi anak angkatnya bila dia mula melihat nina … kasih sayang papa dan mama tak ada beza nya dgn yang lain.
“Sama seperti anak kandung mereka . Sedih pilu hati nina melihat keadaan papa begini . Setiap nina di landa masalah papa slalu mendengar luahan dan menasihati nina bersabar .
“Di usia 74tahun dia gagahi setiap langkahnya setiap hari 5x ke surau nurul imam dan menguruskan hal hal surau.
“Doakan papa senantiasa sehat dan kuat menghadapi sakit ini . Semoga papa bisa sembuh. Anakmu nina …sayang papa,” tulisnya panjang lebar menerusi menerusi Facebook.
Foto: Facebook Azharina
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Dato’ Adam Ilyas menjelaskan pihaknya sudah pun menjelaskan pembayaran penuh untuk bekas hos program Mic On! musim kedua, Azwan Ali untuk sepuluh minggu siaran.
Menerusi satu kenyataan media, Adam Ilyas mendedahkan pembayaran tersebut telah dilakukan pada hari sama Azwan digugurkan pada 8 Mac lalu.
“Seperti yang ditegaskan sebelum ini, pihak Awesome TV tidak akan bertolak ansur sekiranya terdapat mana-mana pihak yang melanggar etika kerja terutamanya yang melibatkan program-program terbitan kami kerana mereka seharusnya memahami amanah dan tanggungjawab yang datang bersama dengan lantikan mereka.
“Merujuk kepada isu Azwan Ali yang menuntut baki bayaran untuk program MIC ON!, pihak Awesome TV memandang serius akan pertuduhan tersebut kerana pembayaran penuh untuk sepuluh minggu telahpun dibuat pada hari yang sama beliau digugurkan iaitu pada Selasa, 8 Mac 2022. Meski beliau cuma melunaskan komitmen sebagai hos untuk tempoh enam minggu sahaja,” katanya.
Kenyataan sama antara lain turut memaklumkan, pemberitahuan rasmi mengenai penamatan khidmat Azwan juga telah dikeluarkan pada hari sama.
“Kami beranggapan isu bayaran untuk program MIC ON! sudahpun selesai dan tidak mahu memanjangkan lagi hal ini. Fokus utama kami sekarang adalah untuk menghabiskan program MIC ON! yang masih berbaki empat minggu lagi,” katanya.
Dalam pada itu, pihak produksi juga merancang membawa masuk khidmat hos jemputan untuk digandingkan bersama hos sedia ada, Issey Fazlisham.
Keputusan tersebut dibuat bagi memeriahkan lagi konsert mingguan MIC ON! dan hos bersama bakal diumumkan produksi dalam masa terdekat.
MIC ON! bersiaran pada setiap Jumaat, 9.00 malam menerusi saluran Awesome TV di platform Astro 123 dan MyTV 112.
Terdahulu Awesome TV dalam satu kenyataan memaklumkan Azwan digugurkan sebagai pengacara program realiti berkenaan berkuat kuasa serta merta pada Selasa lalu.
Bagaimanapun, punca sebenar Azwan digugurkan daripada program itu tidak didedahkan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sembilan tahun melayari bahtera bersama suami tercinta, Mohammad Zulfadhli dan pada tanggal 27 Februari akan datang merupakan tarikh keramat dimana termeterainya ikatan cinta selebriti...