Masih ingat tak korang dengan kontroversi wanita yang mendakwa pelakon lelaki popular telah menghamilkan dirinya sebelum ini?

Kini segala teka-teki tentang siapakah pelakon lelaki itu sudah terjawab setelah wanita berkenaan menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Menerusi sumber dari sebuah portal, wanita berkenaan berkata bahawa dia sudah mengenal pasti siapakah bapa terhadap anak yang dikandungkannya sebelum ini dan hasil daripada ujian yang dilakukan nampaknya pelakon lelaki yang didakwa oleh wanita tersebut ternyata bukan bapa kepada bayi berkenaan.

IKLAN

“Saya sudah membuat ujian DNA dan ternyata anak itu bukan hubungan dengan mana-mana artis dan saya minta maaf jika ada yang menjadi mangsa fitnah selepas kenyataan saya tempoh hari.

 

“Saya harap dengan kenyataan saya ini dapat menjernihkan nama mana-mana artis yang terkait,” ujarnya kepada mStar Online.

Sebelum ini heboh di media sosial beberapa nama pelakon lelaki tanah air yang menjadi sebutan kerana didakwa sebagai pelakon lelaki yang dimaksudkan oleh wanita ini.

Dia juga turut mengakui kesilapannya kerana telah menuduh dengan melulu sehinggakan nama-nama pelakon lelaki ini sedikit sebanyak mendapat tempias buruk yang berpunca daripada tindakan terburu-burunya itu.

IKLAN

“Saya akui kesilapan saya dalam membuat tuduhan melulu dan menyebabkan beberapa artis terkena tempias.

 

“Saya juga bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki yang sanggup menerima saya seadanya,” ujar wanita itu.

Terdahulu, menerusi satu video temubual oleh satu portal bersama wanita berkenaan dia telah mendedahkan dirinya hamil selepas bertemu dengan bekas kekasihnya yang merupakan seorang pelakon menerusi aplikasi Bego.

Katanya, dia mengambil tindakan untuk mendedahkan hal ini adalah untuk meminta pelakon berkenaan supaya bertanggungjawab ke atas dirinya.

IKLAN

Sumber: Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI