Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat ada berkongsi kaedah yang boleh dilakukan untuk mendapatkan tarikh janji temu penerimaan vaksin Covid-19 mengunakan aplikasi MySejahtera dengan cara yang betul.

Lalu, perkongsian dari bakal ibu itu mendapat perhatian apabila kebanyakan yang mencuba mendapat slot masing-masing.

Pelakon senior, Jasmin turut mencuba langkah sama dan memuji sikap Ayda yang baik hati untuk berkongsi maklumat manfaat kepada orang ramai.

Ini kerana, ada di antara anggota keluarganya yang turut berjaya mendapatkan slot selepas mencuba kaedah yang disaran penyanyi lagu Mata itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh)

“Pertama sekali saya nak ucapkan berbanyak TERIMA KASIH kepada Si Cantik Manis lagi baik hati @aydajebat di atas perkongsian yang sangat berguna.

IKLAN

“Saya dah buatkan untuk family saya dan ada di antara kami yang dah BERJAYA dapat date untuk VAKSIN selepas ikut cara yang di kongsikan oleh beliau. Sangat cepat. Saya daftar malam, pagi dah dapat,” tulisnya menerusi Instagram.

Jasmin bagaimanapun turut memberitahu sama ada slot yang diterima cepat atau lambat, ia juga bergantung kepada rezeki.

“Ada yang 2 hari selepas tu. Bergantung pada rezeki masing-masing. Kalau tak, TEPU menunggu date Vaksin. Mungkin selama ni, ada cara yang tertinggal masa DAFTAR.. Ikut cara yang di tunjukkan sampai SELESAI,” tulisnya lagi.

Lantas, pelakon drama bersiri Cukup Derita Ini berkongsi perkara tersebut bersama pengikut di laman media sosial.

IKLAN

“Terima Kasih Si Cantik Manis Lagi Baik Hati” – Jasmin Hamid Puji Ayda Jebat, Kongsi Cara Daftar MySejahtera Slot Vaksin

“Saya nak SHARE dengan FOLLOWERS saya pulak perkara yang baik ni. Dah ramai yang dapat DATE lepas ikut cara yang beliau kongsi. Kita IKHTIAR ok. Selebihnya kembalikan kepada ALLAH.

“Kalau masih tak dapat, BERSABAR ok. Mungkin belum Rezeki. Janji kita dah ikhtiar dan cuba lagi selepas beberapa hari. Selamat mencuba uols. Hebat Bukan,” tulisnya lagi.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

“Terima Kasih Si Cantik Manis Lagi Baik Hati” – Jasmin Hamid Puji Ayda Jebat, Kongsi Cara Daftar MySejahtera Slot Vaksin
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Foto: Instagram Jasmin Hamid

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI