Hos yang juga penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah berterima kasih atas perhatian yang diberikan pendengar sejak kebelakangan ini.

Ia dipercayai berkaitan dengan pengumuman khidmat salah seorang penyampainya, Tyzo Xander yang sudah pun berakhir pada Jumaat, seperti yang dinyatakan menerusi kenyataan media sebelum ini.

Shahirah yang sinonim disapa sebagai Kak Rara sebelum ini mengendalikan program Suria Petang bersama Tyzo.

“Terima kasih kata segmen petang radio Suria nombor satu, tapi survey jatuh nombor empat bacaannya. Korang kata segmen petang paling tinggi tak pernah pun dengar kat survey.

“Tak ada pun orang tepuk tangan kata segmen petang nombor satu melainkan kami perasan sendiri sebut nombor satu.

IKLAN

“Kami ada survey pertandingan radio dua tahun kali setiap tahun. Radio lain nombor satu bukan kami.

“Terima kasih atas perhatian radio nombor empat ibarat bercakap macam nombor satu stesen katanya,” kongsi Shahirah.

“Terima Kasih Kata Segmen Petang Suria Nombor 1, Tapi Survey Jatuh Nombor 4 Bacaannya,” – Sharifah Shahirah

IKLAN

“Terima Kasih Kata Segmen Petang Suria Nombor 1, Tapi Survey Jatuh Nombor 4 Bacaannya,” – Sharifah Shahirah“Terima Kasih Kata Segmen Petang Suria Nombor 1, Tapi Survey Jatuh Nombor 4 Bacaannya,” – Sharifah Shahirah

Perkara itu diluahkan Shahirah menerusi satu hantaran di Insta Stories, baru-baru ini.

IKLAN

Malah Shahirah turut memuji kerjasama yang diterimanya sepanjang bersama stesen radio berkenaan.

“Wow thank you for appreciation guys. Alhamdulillah sayang Suria FM. DJ bagus, lagu bagus, orang kat Suria pun bagus teamwork,” kongsinya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI