Meskipun sudah berpisah sejak tiga tahun lalu, pelakon, Keith Foo tetap menjaga hubungan baik dengan bekas isteri Kim Raymond demi kebahagiaan satu-satunya anak mereka.

Menurut Keith Foo, setiap pasangan yang memilih perceraian sebagai jalan terakhir perlu membuang perasaan ego dan berbincang secara baik terutama membabitkan hak penjagaan zuriat.

“Buang Ego, Tak Perlu Bergaduh,” – Sama-Sama Matang Nak Anak Bahagia, Keith Foo Jaga Hubungan Dengan Bekas Isteri

“Kami sama-sama matang. Walaupun tidak lagi suami isteri, kami masih ibu bapa kepada satu-satunya puteri kami yang kini sudah berusia enam tahun.

“Tidak perlu bergaduh berebut anak atau perkara yang tidak sepatutnya. Pada akhirnya, kita yang mahukan anak ini.

“Jadi, apapun yang berlaku diantara ibu dan ayah, kita tak boleh libatkan anak di dalam konflik peribadi.

IKLAN

“Kita kena ketepikan ego dan bersama-sama sebagai kawan untuk membesarkan anak ini. Saya pasti segalanya akan baik-baik sahaja,” katanya selepas sidang media drama bersiri Layang-Layang Perkahwinan, semalam.

Dalam pada itu, Keith atau nama sebenarnya Foo Chuan Chin juga mengakui belum terfikir untuk menamatkan zaman duda, sebaliknya bahagia menikmati kehidupan solo.

“Buang Ego, Tak Perlu Bergaduh,” – Sama-Sama Matang Nak Anak Bahagia, Keith Foo Jaga Hubungan Dengan Bekas Isteri

“Setakat ini saya tiada pula mencari calon isteri kerana masih seronok menjalani aktiviti harian selain bersyukur ada kerja, dapat melancong, berkhemah dan sebagainya.

IKLAN

“Kalau nak ke fasa seterusnya pun saya tak memilih atau meletakkan syarat tertentu tetapi kena ambil kira perasaan anak walaupun dia masih terlalu kecil.

“Asalkan anak selesa dengan si dia, sebab kalau letak banyak kriteria nanti takut pula tiada keserasian. Jadi tak gunanya terlampau cerewet,” ujarnya.

Sekadar informasi, Keith dan Kim Raymond telah mendirikan rumah tangga pada November 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Skylar.

“Buang Ego, Tak Perlu Bergaduh,” – Sama-Sama Matang Nak Anak Bahagia, Keith Foo Jaga Hubungan Dengan Bekas Isteri

IKLAN

Bagaimanapun, perkahwinan yang dibina tidak kekal lama apabila sah bercerai pada Disember 2019.

Berkongis mengenai peranannya di dalam filem Layang-Layang Perkahwinan, Keith membawakan watak sebagai Ammar Arafat yang juga merupakan bekas kekasih kepada salah seorang watak utama Saida Amanda yang dilakonkan oleh Ezzanie Jasny.

“Buang Ego, Tak Perlu Bergaduh,” – Sama-Sama Matang Nak Anak Bahagia, Keith Foo Jaga Hubungan Dengan Bekas Isteri

Ammar kembali muncul di dalam kehidupan Saida selepas suaminya berlaku curang dan berkahwin lain.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI