“Happy birthday. Semoga sentiasa berada dlm Rahmat Allah SWT dan sihat selalu. Terima kasih jaga dan sayang saya, selalu masakan untuk saya sampai gemok saya,” tulisnya seloroh sambil memberikan kredit.
Ads
Meninjau ke ruangan komen terhadap video yang awalnya dikongsikan menerusi Tik Tok itu, para peminat turut mengucapkan selamat ulang tahun selain mendoakan yang baik-baik buat Ramli seisi keluarga.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2013.
Ads
Foto: Instagram Alyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Asmidar mengakui ada peminat yang meneka dirinya sebagai antara individu yang disebut-sebut sebagai calon peserta program realiti Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) tahun ini.
Asmidar bagaimanapun mengesahkan dia tidak tersenarai sebagai antara peserta program itu pada musim ini.
“Sebenarnya ada beberapa yang bertanya sama ada saya sertai GV tahun ini atau tidak, tapi jawapannya saya tak masuk pun, mungkin tahun akan datang. Siapa tahu.
“Apa pun, saya ucapkan selamat maju jaya kepada peserta yang sertai GV tahun ini” kata penyanyi yang sinonim menerusi lagu Biar Sampai Ke Bintang ini.
Menurut Asmidar, dia tidak akan menolak seandainya diberikan peluang untuk bertanding pada program itu satu hari nanti.
“Saya tak boleh nafikan platfrom GV mampu beri impak kepada artis untuk buat kemunculan semula. Kalau ada rezeki, diberikan peluang untuk bersaing selepas ini mengapa tidak?,” katanya lagi.
Asmidar mulai terjun dalam dunia seni sejurus bergelae juara program realiti, Vokal… Bukan Sekadar Rupa lebih 10 tahun lalu.
Sebelum itu, Asmidar juga merupakan Naib Juara Bintang RTM 2001. Turut bersaing pada ketika itu ialah Azharina (juara), Misha Omar dan Allahyarhamah Siti Sarah.
Terdahulu, senarai 13 penyanyi yang terdiri dari Malaysia, Singapura dan Indonesia sebagai peserta GV musim terbaru sudah pun diumumkan dalam satu sidang media, pada Rabu.
Enam daripadanya ialah peserta solo lelaki, lima wanita termasuk dua tampil secara duo atau berkumpulan.
Peserta lelaki terdiri daripada Aweera, Azan (Scan), Datuk Fazley Yaakob, Shidee, Bandi Amuk dan Alif Aziz mewakili Singapura.
Sementarq lima peserta wanita ialah Adibah Noor, Ani Mayuni, Suki, Nikki dan Upiak Isil dari Indonesia. Manakala, peserta duo adalah Nico dan dua pelawak senior iaitu Saiful Apek dan Yassin mewakili Kumpulan Senario.
Musim ini juga masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem permarkahan 100 peratus juri profesional.
Barisan juri tetap terdiri daripada pengarah muzik tersohor, Datuk Ramli MS, penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang dan guru vokal berpengalaman, Datuk Syafinaz Selamat.
Edisi kali ini turut mengekalkan pengacara musim terdahulu iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Konsert mingguan GV8 akan mula berlangsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap Ahad, jam 9 malam mulai 21 November 2021 ini dan disiarkan Astro Ria.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Instafamous yang kini bergelar pelakon, Sharifah Rose Sabrina bersyukur dan gembira apabila drama lakonannya, Kekasih Hati Mr Bodyguard mendapat tontonan baik di platfrom penstriman Disney+.
Drama rantaian yang bersiaran menerusi slot Lestary di TV3 itu juga merupakan adaptasi novel karya Ateen Ahmad.
Sharifah Rose atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira menerusi Instagram turut rasa sebak atas sambutan positif yang diberikan.
“Alhamdulillah. After all the hard work, we made it team #kekasihhatimrbodyguard! Sebak bila dapat tahu berita gembira ni. Happy, proud tapi sedih.
“After setiap hari hidup dekat set rasa sedih kita dah sampai penghujung. Terima kasih @creativeskillsolution memberi kepercayaan dekat rose membawa watak sebagai Aralyn walaupun ramai yang mula susah untuk menerima rose dalam industri ni.
“Aralyn will always have a special place in my heart,” tulisnya.
Malah, dia turut mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka yang terlibat termasuk rakan pelakon, Redza Rosli.
“Thank you @redzarosli banyak bersabar, guide and selalu bagi semangat dekat set. Without you I won’t made it here. You work extra hard to make sure everyone look perfect on screen.
“Thank you juga abang @arieldmillan banyak beri tunjuk ajar. I will forever remember you guys. I wish we never have to say goodbye,” tulisnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut sama tumpang gembira seterusnya menitipkan kata semangat buat gadis berusia 23 tahun itu.
Selain Rose dan Redza, drama terbitan Creative Skill Solution dan diarahkan oleh Emi Suffian itu turut menampilkan Ungku Hariz, Syafnida Shuhaimi, Fadlan Hazim, Ian Haziq, Lisdawati, Zuhairi Ibrahim, Zarina Zainuddin dan ramai lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Elyana meluahkan perasaan susulan ujian yang dihadapinya ketika ini.
Menurut Elyana, dia meminta sokongan ramai, bukan mengkritik kerana ia hanya merosakkan jiwanya.
“Kalau boleh memang saya nak makan healthy food, fresh, real food, sayur, buah, no sugar, exercise, makan suppliment itu dan ini. Saya dah sakit 10 tahun. Lebih 20 kali chemo, lebih 30 kali radiotherapy.
“Apa yang saya tak pernah lakukan? Diet? Pantang? Makan ubat? Rebus daun? Berubat semua ceruk saya pergi.
“Tapi… jika kamu jadi saya, baru kamu tahu apa alasan saya. Beza kalau kita ni pernah jaga orang yang sakit dengan kita yang sedang mengalami dan berperang dengan sakit. Lain…
“Jika anda ingin membantu, bantu dari segi perbuatan. Bukan comment dan complain. Rosak jiwa saya,” tulisnya menerusi satu entri yang dikemas kini di Instagram buat tatapan umum.
Meneruso fotonya yang dirakam bersandar lemah pada sofa, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut akui bukan satu perkara mudah buat pesakit sepertinya untuk menjaga orang lain, termasuk diri- sendiri.
“Saya tiada yang bantu untuk menjaga saya. Malah saya yang harus menjaga orang lain. Saya tak complain just nak bagitau. Saya bukan ada superpower. Saya pun manusia biasa. Nak jaga diri sendiri pun tak ada masa.
“Tak campur lagi struggle saya yang tak ada selera nak makan nak minum, muntah, nak bercakap. Tumpah darah bertahun-tahun, nak duduk, nak berjalan, nak jaga keluarga, nak cari duit, nak berfikir, tak boleh tidur, nak selalu tersenyum depan anda.
“Berat… terlalu berat. Kamu tak akan dapat memahami selagi kamu sendiri tidak pernah merasai sendiri,” tulisnya lagi.
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.