Akhirnya single sulung dari usahawan yang juga bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida, Ahmad Iqbal Zulkifli sudah pun dilancarkan dan apa yang menarik, muzik video lagu berjudul Hujan itu sudah pun trending di YouTube!
Sehingga kini, Hujan sudah pun menerima hampir 500,000 kali tontonan bersama puluhan ribu tanda suka.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat memberikan reaksi pelbagai terhadap muzik video yang diarahkan oleh Eric Fuzi itu selain ada yang akui terasa emosi yang disampaikan Iqbal dalam lagu.
Ini antara komen yang ditinggalkan pelayar di YouTube.
“Bukan nak backup si kereta kebal kalis makian ni, tapi biasanya karya floor88 tak mengecewakan. So kalau lagu ni sedap dan trending, bukan sebab kereta kebal kalis kutukan ni hebat, tapi sebab komposernya yang hebat.”
“Tiba² teringat OST Winter Sonata pulak. Apa² pun lagu & muzik video Lirik lagu simple tp penuh makna..Tahniah Iqbal & Team Floor88. 5x sudah layan lagu ne pon sedih.”
IKLAN
“Hebat lirik hebat suara mmng unik.”
“Tahniah Iqbal & team! Lirik lagu yang penuh maksud. Bukan sekadar marketing seperti yang lain. Tahniah sekali lagi.”
“Alhamdulillah sedap didengar s semoga selalu dipermudahkan urusan ye terasa sebak pun ada dengar lagu ni masuk lah kejiwa.”
IKLAN
“Sedap telinga mendengar..lirik lagu smpai kehati..kisah hidup dijadikan lagu meme menyentuh perasaan la..suara pun blh tahan..tahniah.”
“Wahhh tahniah abg iqbal, padu berabis part baling kasut.”
Sementara itu, Iqbal menerusi Insta Stories di Instagram turut berbesar hati untuk memberikan hadiah istimewa buat peminat atas maklum balas positif yang diterima atas naskhah lagu pertamanya itu.
IKLAN
“Oleh kerana banyak momen positif di YouTube, saya akan umumkan beri sesuatu hadiah bagi yang share, like dan komen positif,” tulisnya.
Selepas melancarkan album solo ke-20, Sitism yang memuatkan lapan buah lagu pada Jun lalu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kini muncul dengan empat buah karya tambahan dalam album edisi deluxe.
Album deluxe Sitism dilengkapi 12 buah buah lagu telah mula dilancarkan di seluruh platform digital bermula 8 September lalu.
Menurut Siti, empat buah lagu terbaharu yang dimuatkan di dalam album Sitism bukanlah lagu bonus tetapi merupakan plan strategi terbaik untuk melengkapkan 12 karya walaupun berjarak dua bulan pelancarannya.
“Ini merupakan salah satu strategi untuk memberikan peluang kepada para peminat, para pencinta muzik, stesen radio dan stesen televisyen menumpukan kepada lagu-lagu dari album Sitism yang dilancarkan pada bulan Jun dan kini dapat menyambung promosi dengan edisi deluxe pula,” katanya.
Jelas ibu kepada dua orang cahaya mata ini lagi, album Sitism menggambarkan kematangan dirinya seiring dengan peredaran masa dan perkembangan muzik yang dipaparkan menerusi muzik, lirik, imej serta persembahannya.
“Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza iaitu Siti dan imbuhan `ism’ pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuju album.
“Apabila nama Siti dan imbuhan ism ini digabungkan, Sitism membentuk kata nama yang mewakili ciri-ciri tertentu yang ada di dalam album solo ke-20 saya,” jelasnya.
Empat buah lagu terbaharu dalam edisi deluxe ini adalah Senyawa, Kalau Berkasih, Nadi dan Kusedari.
Istimewanya dalam edisi deluxe ini, Siti telah mengundang penyanyi rock legenda dan vokalis Wings, Datuk Awie untuk berduet dalam lagu bergenre tradisional moden, Kalau Berkasih.
Ini merupakan penampilan pertama Awie merakamkan lagu tradisional dan tentunya gandingan dua penyanyi ternama ini dapat mengangkat muzik tradisional kepada seluruh lapisan masyarakat.
Terdahulu, Sitism edisi deluxe sudah boleh didengari di semua platform penstriman digital. Malah, album dalam bentuk fizikal pula boleh didapati di kedai pengedar terpilih dalam jumlah terhad.
Sehingg kini, lagu-lagu di dalam album Sitism telah mendapat 1.6 juta strim sejak dilancarkan sehingga pertengahan September 2023.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Demi menghormati sambutan Maulidur Rasul, Konsert Milenia yang dijadualkan berlangsung pada 30 September ini, ditunda ke satu tarikh baharu.
Masih mengekalkan Stadium Malawati Shah Alam sebagai venue konsert, penganjur telah memilih 25 November 2023 sebagai tarikh baharu selepas mengadakan perbincangan dan mencapai persetujuan bersama dengan pihak Majlis Bandaraya Shah Alam berkaitan perkara ini.
Pihak penganjur, Mission Sight Sdn Bhd menghargai pandangan dan nasihat dari pihak atasan Majlis Bandaraya Shah Alam tentang perkara ini.
Pengarah Urusannya, Jeffri Yaacob berkata, sudah menjadi tanggung jawab penganjur agar sentiasa peka dengan perkembangan semasa dan dapat menjaga keharmonian semua pihak.
“Diharap dengan penundaan Konsert Milenia ke tarikh yang lebih sesuai dapat membuka ruang kepada lebih ramai lagi penonton untuk sama-sama memeriahkan acara ini bersama-sama dengan kami.
“Tambahan lagi, kami juga bercadang untuk mengadakan Muzik Milenia Food Festival selama empat hari berturut-turut di perkarangan Stadium Malawati Shah Alam bermula pada 23 hingga 26 November 2023.
“Pihak kami sedang merangka strategi untuk menyediakan pelbagai acara yang dibarisi oleh selebriti, TikTokers dan usahawan tempatan.
“Justeru itu, kami berbesar hati ingin mempelawa TikTokers, vendor-vendor makanan atau produk viral tempatan termasuk Indonesia untuk menyertai festival ini.
“Ia secara tidak langsung dapat mencapai objektif kami untuk mengukuhkan kerjasama di antara dua negara iaitu, Malaysia dan Indonesia,” katanya.
Dalam pada itu Jeffri berharap agar penundaan tarikh konsert ini juga dapat memberi peluang pemasaran lebih meluas kepada Konsert Milenia.
“Kami juga berharap agar dapat menarik lebih ramai pelancong dari Indonesia ke negara ini. Siapa tahu Konsert Milenia dimasukkan ke dalam itinerari percutian hujung tahun mereka,” katanya.
Terdahulu, konsert ini menjadi tular kerana dinamakan sebagai ‘Konsert Goyang Asia Koplo Milenia’, telah mengundang persepsi negatif segelintir masyarakat.
Prihatin dengan isu tersebut, penganjur telah melakukan penjenamaan semula dengan menukarnya kepada ‘Konsert Milenia’, yang dilihat lebih universal sekaligus menghapuskan persepsi kurang enak dalam kalangan masyarakat.
“Kami sedar genre dangdut sering mengundang persepsi negatif sehingga mencetus kebimbangan dalam kalangan masyarakat disebabkan tarian gelek dan aksi seksi yang dianggap mencolok mata dan lucah.
“Persepsi sedemikian timbul mungkin disebabkan orang kita sudah terbiasa disajikan dengan persembahan dangdut dan gelek di Indonesia. Di Malaysia, kita ada garis panduan yang perlu dipatuhi dan segala terma serta syarat penganjuran konsert Milenia ini telah ditapis oleh 14 agensi di bawah PUSPAL.
“Garis panduan yang disediakan juga tegas iaitu, tidak membenarkan para artis yang membuat persembahan mengenakan pakaian seksi dan terdedah, persembahan tidak menonjolkan unsur-unsur lucah seperti bergelek berlebihan dan mencolok mata serta yang boleh memberi impak negatif,” katanya.
Objektif penganjuran konsert ini adalah untuk memartabatkan muzik dangdut di Malaysia yang selama ini dipandang sebagai genre muzik kelas kedua.
DJ Dugem popular iaitu, DJ ACE dan DJ Bob Arjuna turut diundang untuk memeriahkan lagi malam konsert dengan persembahan muzik berirama Dugem yang sedang menjadi trending di TikTok.
Malah untuk memberikan persembahan yang lebih varisi, Mission Sight Sdn Bhd juga sedang mencari mencari seorang penyanyi lelaki dari Malaysia atau Indonesia yang bersesuaian untuk menyampaikan lagu-lagu Rock Dangdut.
Layari media sosial rasmi Konsert Milenia bagi mendapatkan tiket.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Selain barisan peserta, gandingan tiga pengacara di atas satu pentas program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) turut menjadi isu seterusnya menerima reaksi pelbagai peminat.
Ada yang menyambut baik malah tak kurang yang kurang gemar dengan gandingan ketiga mereka yang disifatkan sebagai ‘meleret-leret’ setetusnya meluahkan perkara tersebut di media sosial sejak saingannya dibuka, Ahad lalu.
Mengulas mengenai perkara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh berkata, pihaknya akan mengambil maklum setiap pandangan bagi penambahbaikan program tersebut.
“Selepas konsert minggu pertama ini kami akan ambil maklum semua komen yang diberikan. Kami akan ‘bedah siasat’ dan lihat apa yang terbaik boleh dilakukan untuk minggu yang akan datang.
“Antara pembaharuan yang boleh dilihat adalah mungkin dengan pembahagian pengacara secara bergilir-gilir,” katanya pada sidang media ASGV.
Sementara itu, Norzeha turut mengulas mengenai kejutan produksi yang mengumumkan Liza Hanim sebagai peserta keenam ‘hot seat’, sekaligus melengkapkan senarai 16 peserta.
Sebelum ini, peminat dimaklumkan mengenai hanya lima bintang yang bakal memenuhi ‘hot seats’.
“Sebenarnya pihak produksi memang bercadang untuk memilih 16 peserta bagi menyertai program ini walaupun pada awalnya kami beritahu hanya lima ‘hot seat’ ditawarkan.
“Melihat jumlah peserta yang ramai pada penganjuran kali ini, setiap peserta hanya diberikan durasi dua minit 30 saat untuk membuat persembahan terbaik. Selebihnya tiga hos utama ini akan meriahkan program ini,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Selain barisan peserta, gandingan tiga pengacara di atas satu pentas program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) turut menjadi isu seterusnya menerima reaksi pelbagai peminat.
Ada...