Usahawan popular, Datuk Seri Vida akui terharu apabila berkesempatan meluangkan masa bersama pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu dan anak-anak ketika kunjungan mereka ke Ipoh, baru-baru ini.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di Instagram, Vida, Shuib dan anak-anaknya dilihat mesra menikmati makan malam di sebuah restoran.

Menurut Vida, dia sememangnya gembira apabila diberi ruang untuk berkongsi kasih bersama-anak-anak Shuib itu.

“Terima Kasih Bagi Saya Menumpang Kasih,” – Isi Masa Datuk Seri Vida, Reaksi Anak Shuib Runtun Jiwa Ramai “Terima Kasih Bagi Saya Menumpang Kasih,” – Isi Masa Datuk Seri Vida, Reaksi Anak Shuib Runtun Jiwa Ramai

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

“Beginilah akrabnya hubungan saya dengan Shuib dan anak-anaknya. Terima kasih Shuib bagi saya menumpang kasih dengan Uwais, Talita dan Matin.

“Seronok luang masa dengan mereka. Semoga dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki dunia dan akhirat,” tulisnya.

Video berdurasi hampir dua minit itu turut menyentuh hati banyak pihak selepas melihat aksi bersahaja anak sulung kepada Shuib dan Allahyarham Siti Sarah, Uwais Alqarni yang memeluk erat Vida ketika pertemuan tersebut.

IKLAN

“Terima Kasih Bagi Saya Menumpang Kasih,” – Isi Masa Datuk Seri Vida, Reaksi Anak Shuib Runtun Jiwa Ramai “Terima Kasih Bagi Saya Menumpang Kasih,” – Isi Masa Datuk Seri Vida, Reaksi Anak Shuib Runtun Jiwa Ramai “Terima Kasih Bagi Saya Menumpang Kasih,” – Isi Masa Datuk Seri Vida, Reaksi Anak Shuib Runtun Jiwa Ramai

Turut dlihat ada bersama ketika sesi makan malam itu termasuklah bapa kepada Allahyarham Siti Sarah, Raisuddin Hamzah.

Malah, Vida dan Shuib turut merakamkan gambar kenang-kenangan setelah selesai sesi makan makan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira melihat hubungan akrab tersebut selain turut mendoakan semoga anak-anak Shuib sentiasa memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.

“Part Dato tolung tutup mulut Talita masa menguap tu sweet sangat.

IKLAN

“Allah luluh hatiku melihat anak-anak Shuib. Terima kasih DSV selalu bertemu mereka. Kalau la saya dapat jumpa ank-anaknya, saya pun ingin memanjakan mereka seperti ibu mereka sendiri. Semoga Allah melindungi DSV, Shuib dan anak-anak sentiasa Aamiin.

“Semoga persahabatan berkekalan till jannah. Doa yang baik-baik. Semoga kebaikan itu kembali kepada kita semua.

“Sebak pula tengok. Makin lama mungkin mereka makin kuat rindukan arwah ibunya.

“DSV terbaik menyantuni anak-anak yatim,” antara komen-komen netizen di Instagram.

IKLAN

Setakat ini, video tersebut telah pun meraih lebih 130,000 jumlah tontonan di laman Instagram.

“Terima Kasih Bagi Saya Menumpang Kasih,” – Isi Masa Datuk Seri Vida, Reaksi Anak Shuib Runtun Jiwa Ramai “Terima Kasih Bagi Saya Menumpang Kasih,” – Isi Masa Datuk Seri Vida, Reaksi Anak Shuib Runtun Jiwa Ramai

Terdahulu, Shuib dan Allahyarham Siti Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

Bagaimanapun, Shuib diduga apabila isteri tercinta meninggal dunia pada tanggal 9 Ogos 2021 akibat Covid-19 selepas melahirkan cahaya mata bongsunya, Ayash Affan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Datuk Seri Vida & Shuib Sepahtu

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI