Usahawan Kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri melahirkan rasa terima kasih kepada bekas pelakon, Wardina Saffiyah di atas tegurannya baru-baru ini.

Teguran yang dibuat bekas bintang Spanar Jaya itu adalah berkaitan dengan tarian dan aksinya terhadap single terbaru yang dimuat naik baru-baru ini.

Ia jadi viral hingga menerima kecaman netizen, apatah lagi menjelang perayaan Aidil Adha.

Ads

Menerusi Instagramnya, Aliff menjelaskan situasi yang terjadi di sebalik klip video tersebut.

“Jangan salah kan orang lain #bobodimana. Terima kasih kak Dina, terima kasih atas teguran dan kasih sayang kak dina kepada saya dan isteri.

 

“Ya saya akui kesilapan saya dan apa yg kak dina cakap itu sy terima cuma saya buat atas tuntutan kerja yg telah termaktub dlm kontrak.

 

“Sebenarnya dlm clip promo lirik vedio dan teaser tu ada lebih dr 15 org yg terlibat dan saya tidak memegang mereka langsung dan produksi Indonesia juga memperuntukkan 2 miliar rupiah utk full muzik vedio dimana smua konsep dr mereka.

 

“Dan saya sebagai talent artis dr label indonesia hnya mengikut sahaja, jadi kpd smua harap memahmi sy juga dan jgn memberi tekanan kpd wife sy sbb ia mengundang masalah yg lebih berat.

 

“Dlm perkara ini…saya ada beberapa tuntutan kerja yg saya perlu lunaskan utk lagu ni..yg diurus oleh manager sy di indonesia @didi_3kingkong,” tulisnya.

 

Tambahnya lagi, dia juga sangat menghargai semua teguran yang diterimanya selama ini.

 

“Sewaktu di offer saya gembira kerana saya ingin dikenali di indonesia, saya amat hargai teguran semua orang.

 

“Walau siapapun selagi tidak ada kata2 kesat dan maki hamun inyallah sy terima…izinkan saya lunaskan kerja2 sy, Inyallah lps ni sy jdi host program masakan di malaysia dan program,kewanitaan tidak lama lagi,” kongsinya.

View this post on Instagram

Jangan salah kan orang lain #bobodimana Terima kasih kak Dina …terima kasih atas teguran dan kasih sayang kak dina kepada saya dan isteri…..Ya saya akui kesilapan saya dan apa yg kak dina cakap itu sy terima cuma saya buat atas tuntutan kerja yg telah termaktub dlm kontrak…….. . . sebenarnya dlm clip promo lirik vedio dan teaser tu ada lebih dr 15org yg terlibat dan saya tidak memegang mereka langsung.. dan produksi indonesia juga memperuntukkan 2miliar rupiah utk full muzik vedio dimana smua konsep dr mereka.. dan saya sebagai talent artis dr label indonesia hnya mengikut sahaja..jadi kpd smua harap memahmi sy juga dan jgn memberi tekanan kpd wife sy sbb ia mengundang masalah yg lebih berat….dlm perkara ini…saya ada beberapa tuntutan kerja yg saya perlu lunaskan utk lagu ni..yg diurus oleh manager sy di indonesia @didi_3kingkong . . sewaktu di offer saya gembira kerana saya ingin dikenali di indonesia…..saya amat hargai teguran semua orang…..walau siapapun selagi tidak ada kata2 kesat dan maki hamun inyallah sy terima…izinkan saya lunaskan kerja2 sy.. inyallah lps ni sy jdi host program masakan di malaysia dan program,kewanitaan tidak lama lagi.. @penmerahdotcom_ig

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Ads

Sebelum ini, Wardina menyelar tindakan Aliff susulan tular di media sosial mengenai promo lagu terbaru gandingannya bersama dua lagi bintang dengan tarian yang ‘mengundang’ menyifatkan tindakan itu sebagai melampau dan tidak sepatutnya.

Ads

Foto/Instagram: Datuk Seri Aliff Syukri & Wardina Saffiyah

https://www.youtube.com/watch?v=BQ44Ibbfqn0

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI