Pelakon, Remy Ishak ada merakamkan rasa terima kasih buat semua yang memberikan kata semangat selain ucapan takziah buat dirinya seisi keluarga atas pemergian bapa tersayang, Ishak Idris, Sabtu lalu.
Terdahulu, berita mengenai pemergiaan bapanya dimaklumkan Remy menerusi Instagram.
“Alhamdulillah.. Pengebumian jenazah ayah (ISHAK BIN IDRIS) selamat dijalankan serta lancar semuanya.
Ads
“Terima kasih kepada para sahabat, teman-teman, saudara mara serta peminat dan penyokong yang membantu dan tak putus memberi ucap salam serta kata-kata semangat kepada saya dan keluarga.
“Terima kasih juga atas ikhlas al-fateha dari kalian semua. Semoga Allah membalas jasa baik kalian terhadap saya dan keluarga. Amin ya rabb Al amin,” tulisnya sambil berkongsi video pendek beserta foto.
Sementara itu, pengurus bintang Sangkar berkenaan, Azlin Abas seperti yang dipetik Harian Metro menjelaskan, Remy ada menghubunginya kira-kira jam 7.00 pagi Sabtu untuk memaklumkan berita sedih tersebut.
Berkongsi sekeping foto yang merakamkan wajah anaknya yang mengalami kecederaan, Aaron Aziz menyatakan rasa kagum dengan bakat seni yang dimiliki Dahlia Arissa.
Jelasnya, walaupun lemah semangat melihat hasil akhir, namun dia akur dengan kreativiti lukisan efek dari anaknya itu.
“Dia buat lagi lah budak ni haih…but saya suka la tengok dia so talented. Well done Adik,” tulisnya ringkas.
Penyanyi yang kini bergelar pelakon, Khai Bahar mendedahkan dirinya positif dan tidak sedih apabila dua buah lagu nyanyiannya tidak berjaya lolos ke Anugerah Juala Lagu 34 (AJL34), tahun depan.
Malah kongsinya, dia mengambil pengalaman beraksi di pentas berskala besar sebagai satu penanda aras untuk memberikan yang lebih baik buat peminat.
Terdahulu, Satukan Rasa (duet bersama Siti Nordiana) dan 123 tidak berjaya mendapat tempat di kalangan 12 lagu yang bakal bersaing di AJL35 dan hanya terpilih ke peringkat semi final.
“Saya percaya kepada rezeki dan nampaknya tahun ini tiada rezeki untuk ke AJL. Yang pasti saya tidak akan putus asa dan akan cuba lagu untuk tahun hadapan.
“Ada hikmahNya dan saya positif sahaja. Tidak ada rasa kecewa atau sedih memandangkan lagu-lagu yang dipertandingkan pun baik dan saya tidak berjaya ke final bukan beerti tamat segalanya.
“InsyaAllah ada peluang dan ruang lain nanti, begitu juga dengan rakan artis lain yang turut tidak berjaya. Masing-masing sudah berikan yang terbaik.
“Malah rasanya 12 buah lagu yang terpilih memang layak dan saya tetap menyokong,” katanya kepada MH.
Khai atau nama sebenarnya, Muhammad Khairul Baharuddin turut menambah, sokongan dari peminat juga membuatkan dirinya rasa lebih bersemangat.
“Bila ramai yang memberikan reaksi ketika itu, ia secara tak langsung membuatkan saya lagi bersemangat.
“Mungkin sebelum ini kesilapan kecil saya ketika membuat persembahan di pentas sama sebelum ini, tetapi saya akan cuba perbaiki untuk menjadi lebih baik di masa akan datang.
“Apa-apa pun saya dah cuba yang terbaik, InsyaAllah saya kaji balik persembahan untuk perbaiki apa yang sepatutnya,” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Khai turut melancarkan single terbaru berjudul Ratuku bagi mempromosikan bantuan dana perkhidmatan dialisis Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis.
Majlis pelancaran lagu dan muzik video lagu Ratuku dirasmikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Majlis tersebut telah berlangsung di Hotel Intercontinental, Kuala Lumpur pada Rabu.
Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein,39, yang telah pun selamat bergelar tunang kepada lelaki pilihan hati, Mohamad Azlan, 29, kira-kira jam 1.10 petang tadi.
Majlis telah dilangsungkan secara meriah dengan kehadiran kira-kira 200 tetamu dilangsungkan di Dewan Tun Hussien Onn, Putra World Centre (PWTC), Kuala Lumpur.
Penyanyi Bakawali yang anggun mengenakan persalinan rona hijau pastel turut menerima sebentuk cincin dari bakal ibu mertuanya, Zaiton Abdullah selain lima dulang hantaran berbalas tujuh.
“Alhamdulillah, majlis tunang sudah pun selesai dan berjalan lancar seperti yang diharap-harapkan. Terharu dengan kehadiran insan-insan yang tersayang.
“Doakan semoga urusan perkahwinan saya akan dipermudahkan, InsyaAllah,” katanya.
Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian dari Indah Ruhaila dan Sarah Raissuddin sementara Zulin Aziz bertindak sebagai hos majlis.
Elly atau nama lengkapnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi sebelum ini ada mendedahkan dirinya sedang berkenalan dengan lelaki asal Kuala Krai, Kelantan dan turut merancang untuk mendirikan rumah tangga tahun hadapan.
Elly yang masih belum bersedia untuk mendedahkan wajah tunang turut menggelarkan si dia sebagai Papa Awan Nano.