Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam memaklumkan dirinya telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki tepat jam 8.30 pagi Jumaat.
Menurut Rebecca, bayi seberat 2.71 kilogram itu telah dilahirkan secara pembedahan tanpa sebarang komplikasi.
“Alhamdulillah, di pagi Jumaat yang penuh barakah ini 12/05/2023, pada jam 8.30 pagi, saya telah melahirkan anak lelaki saya dalam keadaan pembedahan.
“Bayi saya seberat 2.71 kilogram dan ketinggian 34cm. Syukur ya Rabbi,” tulisnya.
Ads
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada tujuh cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Dalam pada itu, Rebecca turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah menitipkan doa yang baik buat dirinya dan bayi.
“Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang tidak putus-putus menitipkan doa buat saya dan baby boy,” kongsinya lagi.
Ads
Sementara itu, suami kepada Rebecca, Datuk Norazam Sulaiman turut memanjatkan rasa syukur kehadrat Illahi kerana telah mempermudahkan proses kelahiran isterinya itu.
“Terima kasih sayangku. Terima kasih Allah dan Rasulullah kerana sentiasa buat isteri berada dalam keadaan selamat,” kongsinya di Instagram stories.
Ads
Sekadar informasi, pasangan ini telah terlebih dahulu dikurniakan enam cahaya mata termasuk dua anak angkat iaitu Nor Adam Daniel, Nor Anggun Raverra, Nor Anggerik Renesmee, Nor Alif Al-Raffael, Nor Ahmet Al-Reaggan, dan Nor Aurora Riana.
Selebriti dan usahawan, Datuk Rosyam Nor tidak kisah apabila wajahnya digunakan oleh peniaga Industri Kecil & Sederhana (IKS) di kalangan M40 dan B40 terpilih demi merancakkan perjalanan jualan produk yang dijual.
Menurut Rosyam, apa yang dilakukan sebagai antara sumbangan kecil terhadap peminat yang selama ini menyokong perjalanan seninya sejak dulu hingga berjaya mencipta reputasi tersendiri dalam industri seni.
Bagaimanapun, Rosyam yang juga rakan strategik USANITA memberi kepercayaan kepada pasukan itu untuk mengawal selain mengenal pasti produk yang dirasakan ada potensi untuk diketengahkan.
“Kalau tiada mereka, rasanya saya boleh jadi Rosyam Nor seperti sekarang tak? Daripada aku anak setinggan, tak ada apa sehinggalah jadi superstar di negara ini dan sudah ada ‘branding’ sendiri, adakah berdosa untuk saya tolong mereka?
“Biarlah wajah saya bertempek walau seribu produk pun saya tidak kisah. Mereka sudah tolong (sokong) saya dan kini masanya untuk saya buat perkara sama. Bagi saya itulah hubungan atau sumbangan yang boleh saya lakukan sebagai selebriti kepada peminat.
“Tak kisah atas niat untuk membantu bersama USANITA. Pihak mereka membuka ruang buat peniaga dan saya hanya meneruskannya sahaja. Malah, usaha ini dilakukan sejak fasa pandemik Covid-19 lagi.
“Cuma sudah tentu akan ada beberapa ketetapan yang kita telah lakukan, tak boleh main ambil (wajah pelaris) begitu sahaja. Team USANITA memilih yang bersesuai dan saya terbuka. Kiranya ia terkawal daripada segi penjenamaan,” katanya kepada MH.
Rosyam berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka USANITA di Hotel Pullman Kuala Lumpur baru-baru ini. Hadir sama hadir berkongsi ialah dua rakan strategik lain iaitu hos Awal Ashaari dan Zoey Rahman.
Bintang filem The Original Gangster ini juga sudi memberi peluang untuk menggunakan wajah selebritinya pada label pembungkusan bagi 50 produk perintis USANITA yang memberi tambah nilai (added value) kepada usahawan, secara eksklusif.
Dalam pada itu, bagi memperkasakan usaha tersebut, pihaknya turut menambahbaik aplikasi USANITA Mall yang dilancarkan sepenuhnya pada Februari lalu.
Ia khusus bagi memberi peluang kepada perintis USANITA menggunakan platform berkenaan dengan memperoleh pelbagai manfaat dan pendapatan lebih tinggi.
Ketua Pegawai Eksekutif USANITA, Datin Seri Adzliana Hasan mahu memastikan USANITA Mall bukan seperti lambakan produk di pasar malam, yang tidak nampak eksklusif apabila pelayar melayari platform e-dagang berkenaan.
“Kami tak mahu ia jadi ‘rojak’ sebab kami tahu golongan ini mahu mencipta penjenamaan. Jadi kami sendiri buat ‘branding’ mereka, buat packaging baharu dan sebagainya. Kiranya, kami menjaga visual produk mereka supaya nampak kemas dan lebih menarik.
“Pada masa sama, kami akan beri tunjuk ajar bagaimana visual yang baik dapat membantu penjenamaan mereka ketika berada di platform dalam talian.
“Mereka juga sebenarnya perlu pengiktirafan, kerana ramai yang tidak tahu kewujudan mereka (wujud sudah lama tapi tidak diketahui umum), sedangkan produk mereka setanding dengan produk di pasaraya,” katanya.
Adzliana turut menambah, ramai yang sudah mula membuka mata mengenali produk IKS bukan semata-mata jual kerepek selepas mengenali USANITA, tetapi juga tawaran perkhidmatan secara tersasar.
Setakat ini, pihaknya juga telah mempunyai kira-kira 1,800 perintis dan pihaknya akan mengadakan majlis apresiasi kepada perintis USANITA terpilih, berdasarkan laporan kewangan IKS yang berjaya mencecah jualan sehingga RM300,000.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Dini Schatzmann meminta ramai supaya mengambil tanggungjawab sekiranya terlanggar kenderaan mana-mana individu sama ada secara sengaja atau sebaliknya.
Dini meluahkan perkara tersebut selepas keretanya dipercayai telah dilanggar sehingga menyebabkan kesan calar yang jelas.
“Keeping this here for memories. Punya la susah nak jaga kereta sampai taknak bagi ada satu pun calar. Senang senang je dia langgar lari kereta I.
“Nak nangis tapi benda dah jadi. To anyone out there yang terlanggar kereta orang, please be responsible for your own actions and try to solve it nicely,” kongsinya.
Secara eksklusif menyanyikan salah satu single terbaharu, Sehebat Matahari dalam Konsert Satu Suara Vol. 3 baru-baru ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyatakan dia bakal tampil dengan album terbaharunya yang dijangka dilancarkan penghujung tahun ini.
Menurut Siti, sebanyak tujuh buah lagu sudah disiapkan termasuk Sehebat Matahari serta runut bunyi (OST) filem Anwar: The Untold Story iaitu Menjaga Cintamu.
“Sebenarnya saya sudah siap merakamkan sebanyak tujuh buah lagu pada bulan Ramadan lalu termasuk Menjaga Cintamu dan Sehebat Matahari sementara bakinya masih belum sempat kerana kekangan kerja lain.
“Jika mengikut perancangan, InsyaAllah tahun ini saya akan terbitkan album baharu yang mengandungi 12 buah lagu.
“Suara saya pun baru nak baik dan semakin banyak perubahan,” katanya kepada MH.
Siti ditemui baru-baru ini sebaik usai menjayakan Konsert Satu Suara Vol. 3 yang turut disertai Jay Jay dan Ernie Zakri, bertempat di Mega Arena Star, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur.
Berkongsi lebih lanjut mengenai album baharu itu, Siti berkata dia banyak menggunakan khidmat komposer muda bagi memberikan ‘fresh look’ dalam keseluruhan karya-karya tersebut.
“Saya banyak menyanyikan lagu komposer baharu dalam album ini. Yang seronoknya saya diminta menyanyi dengan gaya lebih fresh atau segar dan ia membuat saya kembali belajar menyanyi.
“Selain itu, saya kembali bekerjasama dengan Melly yang tidak pernah menolak untuk memberikan karya buat saya,” katanya lagi.
Susulan album baharu itu, Siti juga bercadang untuk mengadakan konsert solonya tahun depan bagi memperdendangkan lagu-lagu baharu menerusi persembahan itu nanti.
“Lepas keluar album baharu tahun ini, saya akan adakan konsert solo tahun depan.. boleh nyanyi lagu baharu nanti,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Zul Ariffin sanggup menjalani rutin diet ekstrem demi mendapatkan bentuk badan ideal untuk membawakan watak Firdaus dalam filem The Furious: Pertaruhan Maruah.