Pelakon Dini Schatzmann meminta ramai supaya mengambil tanggungjawab sekiranya terlanggar kenderaan mana-mana individu sama ada secara sengaja atau sebaliknya.
Dini meluahkan perkara tersebut selepas keretanya dipercayai telah dilanggar sehingga menyebabkan kesan calar yang jelas.
“Keeping this here for memories. Punya la susah nak jaga kereta sampai taknak bagi ada satu pun calar. Senang senang je dia langgar lari kereta I.
“Nak nangis tapi benda dah jadi. To anyone out there yang terlanggar kereta orang, please be responsible for your own actions and try to solve it nicely,” kongsinya.
Selepas kisah pergolakan rumah tangganya hangat diperkatakan, isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri giat mengusahakan perniagaan jualan biskut yang diberi nama Shelup Shelup.
Terbaharu, selepas dua bulan mengusahakan produk berkenaan, Shuhada mengambil keputusan enggan lagi meneruskannya kerana ingin memberi laluan untuk dirinya meneroka bidang pasaran produk lain pula.
“Assalamualaikum semua. Patut Shu give up atau teruskan dengan benda baru?
“Semua tahu Shu launch Shelup Shelup sebelum puasa haritu. Shu start Shelup Shelup sebab Shu nak hidupkan impian Shu berdikari dan jadi orang hebat macam korang semua.. dalam masa yang sama Shu nak semua rasa keunikan idea makanan Shu.
“Tapi, bila start operation Shelup Shelup, Shu berhadapan dengan macam-macam ujian dan dugaan. Walaupun ini normal dalam dunia business, tapi Shu nampak, Shu kena simplify business Shu untuk bergerak lagi jauh dan untuk Shu upscale lagi.
“Shu nak tutup terus order Shelup Shelup dan nak fokus untuk R&D (research and development) product next Shu.
“Kiranya, lepas ni dah tiada dah Shelup Shelup Raya Box, Shelup Mini atau Shelup Single pouch. Shu nak move to a simpler yet very significant product,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Ibu kepada dua cahaya mata itu juga menulis kata-kata penghargaan buat semua pihak yang selama ini telah menyokong perniagaan yang dijalankannya bagi menampung kehidupannya serta anak-anak.
“Terima kasih di atas semua sokongan yang diberikan selama ini. Shu rasa dihargai sepanjang perjalanan Shelup Shelup,” tulis Shuhada lagi.
Penyanyi terkenal, Black Hanifah kecewa dengan sikap segelintir pihak yang mempersoalkan kemampuannya untuk memiliki aset-aset bernilai tinggi.
Menurut Black atau nama sebenarnya, Hanifah Muhammad Hanafiah, segala kejayaan yang telah dikecapinya saat ini adalah hasil usaha keras yang berterusan tanpa mengenal erti penat lelah.
Katanya lagi, kejayaan anak tempatan tidak sepatutnya dipertikaikan sebaliknya harus didukung untuk menjadi inspirasi buat masyarakat lain di luar sana.
“Assalamualaikum! Seperti yang anda lihat di video yang saya kongsikan sebentar tadi yang dikirimkan oleh kawan saya, saya sendiri tak faham apa yang mereka ini sakit dan iri hati sangat dengan kejayaan anak Melayu sendiri?
“Saya bekerja siang dan malam untuk apa yang patut saya dapat hari ini. Tiba-tiba pula saya dapat fitnah seperti yang dinyatakan di video tersebut
“Saya pun tak tahu nak cakap bagaimana. Cukuplah saya bekerja keras untuk semua yang saya dapat pada hari ini,” tulisnya.
Penjelasan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Sofea Jane itu menerusi sebuah hantaran di ruangan di Instagram Stories.
Terdahulu, Black ada memuat naik sebuah video yang mengaitkan dirinya sebagai seorang pemilik kapal mewah serba canggih di Pulau Langkawi, Kedah.
Malah, video tersebut turut mempersoalkan kemampuan Black untuk memiliki aset mewah berkenaan dan ada juga yang mendakwa penyanyi tersebut telah terlibat dalam sindiket penggubahan wang haram.
Sebelum ini, Black memaklumkan dirinya telah siap membina sebuah villa di Pulau Langkawi yang diberi nama, Rindu D’Villa Langkawi untuk disewakan buat para pelancong.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Black Hanifah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meskipun terpalit kontroversi sehingga menimbulkan kemarahan segelintir pihak disebabkan adegan panas yang dipaparkan, pelakon, Mimi Lana akui teruja apabila drama, Perempuan Itu akhirnya akan ditayang buat tontonan umum.
Menurut Mimi, walaupun drama ini pada mulanya mendapat tentangan banyak banyak, namun dia mendedahkan naskah ini telah membuka matanya tentang agama dan hak-hak seorang wanita disisi Islam.
“Akhirnya drama Perempuan Itu akan ditayangkan di aplikasi Tonton Malaysia bermula 1 Jun ini. Meskipun pelbagai kontroversi melibatkan drama ini, saya telah belajar banyak perkara.
“Selama saya menjalani pengambaran drama ini, saya sendiri banyak belajar hal hal baru tentang ilmu agama. Hak-hak sebagai seorang wanita di dalam sesebuah rumah tangga dan yang paling penting adalah tentang martabat dan tanggungjawab sebagai seorang wanita untuk hidup di dunia ini,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh tunang kepada pelakon, Syafiq Kyle itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Pada masa sama, Mimi turut berharap agar para penonton dapat memberi peluang buat drama ini yang dikatakan sarat dengan pengajaran dan nilai-nilai murni.
“Saya berharap penonton yang akan menonton drama ini juga sedikit sebanyak dapat mafaat dari isi sebenar yang ingin disampaikan. Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.
“Saya sangat sayangkan karya ini kerana isinya yang penuh dengan pengajaran dan teladan. Saya juga sangat sangat sayangkan setiap satu orang yang terlibat di dalam karya ini,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, drama ini harus di tonton dengan hati yang terbuka agar motifnya sampai kepada penonton.
“Saya harap semua orang dapat bersedia dan menerima dengan hati yang terbuka sebelum menonton.
“Yang baik Itu datang dari Allah swt, dan yang buruk Itu datang dari kami semua. Bismillahirrahmanirrahim dan Selamat menonton,” akhirinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa teruja selain turut menyatakan rasa tidak sabar untuk menonton drama arahan, Erma Fatima itu.
“Yay, akhirnya! Setelah sekian kontroversi, akhirnya yang ditunggu-tunggu tayang juga.
“Akhirnya selepas kontroversi. Silapnya promo menggunakan klip yang agak melampau. Padahal cerita ni best kot kalau tengok sedutan yang Mimi share.
“Lama dah tunggu.
“Tak sabar. Akhinya drama ini ditayangkan juga,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, drama Perempuan Itu yang sepatutnya ditayang pada bulan Ramadan tahun lalu terpaksa ditangguhkan berikutan tular sebuah klip promo yang memaparkan pelakon utamanya, Zul Ariffin melakonkan babak panas bersama pelakon, Siti Hariesa.
Klip video promo tersebut telah dimuat naik oleh Zul menerusi laman Instagram miliknya.
Lantaran itu, Zul atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di Sepang atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial.
Sementara itu, pengarahnya, Erma Fatima memaklumkan babak panas tersebut telah dipotong dan tidak akan ditayangkan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Mimi Lana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.