Penyanyi Ameng Spring terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir wakil penganjur atau ‘orang tengah’ yang masih mahu menipu artis dalam soal pembayaran selepas membuat persembahan.

Menurut Ameng atau nama aebenar Wan Aminuddin Wan Ismail, dia pernah menerima cek tendang berjumlah RM30,000 selepas membuat persembahan disebuah majlis yang dianjurkan oleh orang kenamaan atau VVIP.

Terima Cek Tendang RM30,000 Lepas Buat Show Di Majlis VVIP, Ameng Spring Ditipu ‘Orang Tengah’

“Kejadian berlaku sekitar dua tahun laku dan isu tak dapat bayaran ini banyak kali terjadi, bahkan hingga hari ini masih lagi berlaku.

“Dapat cek tendang, bayar dengan duit palsu. Saya pernah menyanyi di sebuah acara berprestij dan dapat bayaran berjumlah RM30,000.

“Bila saya pergi bank, rupa-rupanya cek tendang. Tapi, saya tak salahkan tuan rumah, sebaliknya itu salah orang yang berurusan dengan pengurusan saya,” katanya kepada MH.

IKLAN

Ditanya adakah serik dengan kejadian menimpanya, Ameng berkata, dia akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Terima Cek Tendang RM30,000 Lepas Buat Show Di Majlis VVIP, Ameng Spring Ditipu ‘Orang Tengah’

“Biasanya saya akan ambil deposit terlebih dahulu. Tapi untuk acara itu, saya tak berbuat demikian atas dasar percaya.

“Mungkin selepas ini saya akan pastikan saya ambil duit pendahuluan sebelum buat persembahan,” katanya ditemui pada sidang media Konsert Rock Legend Berzaman di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Selasa.

IKLAN

Terima Cek Tendang RM30,000 Lepas Buat Show Di Majlis VVIP, Ameng Spring Ditipu ‘Orang Tengah’ Terima Cek Tendang RM30,000 Lepas Buat Show Di Majlis VVIP, Ameng Spring Ditipu ‘Orang Tengah’

Dalam pada itu, Ameng turut mengakui masalah ketiadaan hitam putih menyebabkannya sukar untuk membuat sebarang tuntutan.

“Masalahnya sebab kami (penyanyi) yang buat persembahan tiada perjanjian bertulis dan sebagainya.

“Jadi, bila nak buat tuntutan di mahkamah, ia agak sukar sebab semua benda kita perlu buat sendiri.

IKLAN

“Nak turun naik mahkamah, nak bayar peguam dan sebagainya. Jadi ia agak tidak berbaloi untuk dilakukan,” jelasnya.

Selain Ameng, Konsert Rock Legend Berzaman itu bakal membariskan lapan vokalis rock era 1990-an seperti Muss, Zamani Slam, Amir Ukays, Ezad Lazim, Shidi Data, Azan Scan, Poey Sting serta Hazama.

Terima Cek Tendang RM30,000 Lepas Buat Show Di Majlis VVIP, Ameng Spring Ditipu ‘Orang Tengah’

Konsert anjuran RAR SKY Entertainment itu akan menggegarkan Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 3 Mac depan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI