Persembahan Queen of The Night daripada penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza berlangsung dengan penuh meriah di Hotal Royale Chulan, Kuala Lumpur pada malam Sabtu membawa tema Wanita dan Inspirasi.

Menerusi persembahan yang dianjurkan oleh B’ De Paris bertujuan untuk menghiburkan lebih 600 penonton yang terdiri daripada golongan asnaf, ibu tunggal, anak yatim serta keluarga B40 itu, Siti mendendangkan seleksi 15 buah lagu popularnya termasuk segmen medley.

Showcase berkenaan bermula kira-kira jam 9.45 malam, Siti menghiburkan semua menerusi lagu catchy, Nona Zaman Sekarang serta lagu malar segar tradisional yang sentiasa menjadi siulan, Cindai.

“Terharu Saya…,” – Showcase Siti Nurhaliza Sukses, Hiburkan 600 Peminat Golongan B40 “Terharu Saya…,” – Showcase Siti Nurhaliza Sukses, Hiburkan 600 Peminat Golongan B40

Persembahan yang diselang-selikan dengan celoteh mesra ibu kepada dua cahaya mata itu bersama peminatnya itu berjaya memeriahkan suasana lebih-lebih lagi apabila penyanyi itu turun ke bawah pentas untuk beramah mesra dengan peminat setianya yang hadir dari seluruh negara termasuk dari Pulau Pinang, Pahang, Kedah dan Johor.

“Terharu saya tengok ramai datang dari banyak pelosok negara. Paling buatkan saya tersentuh dan gembira, malam ini ada penonton berbilang bangsa. Ada Melayu, Cina dan India.

IKLAN

“Saya tahu ramai peminat yang datang malam ini sudah lama teringin nak tengok persembahan saya, terima kasih kerana sudi hadir,” kata Siti.

“Terharu Saya…,” – Showcase Siti Nurhaliza Sukses, Hiburkan 600 Peminat Golongan B40 “Terharu Saya…,” – Showcase Siti Nurhaliza Sukses, Hiburkan 600 Peminat Golongan B40

Persembahan kemudiannya diteruskan dengan segmen medley lagu-lagu Fly Me To The Moon dan Terukir Di Bintang bagi memberi penghargaan kepada golongan wanita.

IKLAN

Masih mengekalkan momentum, Siti terus menghangatkan pentas dengan lagu-lagu popular nyanyiannya seperti Anta Permana, Ku Mahu, Seribu Kemanisan dan Bidadari Syurga.

“Terharu Saya…,” – Showcase Siti Nurhaliza Sukses, Hiburkan 600 Peminat Golongan B40 “Terharu Saya…,” – Showcase Siti Nurhaliza Sukses, Hiburkan 600 Peminat Golongan B40

Lebih mengujakan, Siti tampil membuat kelainan dengan menyuntik elemen tradisional dalam lagu Purnama Merindu sebelum mengakhiri persembahan dengan lagu Lebih Indah.

IKLAN

Showcase Queen of The Night merupakan persembahan pertama Siti dalam fasa peralihan endemik sebelum dia kembali ke pentas berskala besar menerusi sebuah lagi konsert amal, Music Of The Soul: An Evening With Datuk Seri Siti Nurhaliza di Dewan Plenary, KLCC pada 5 dan 6 November depan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  @kakitembak_fotografi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI