Doktor selebriti, Dr Say Shazril mengakui rasa takut dalam diri memandangkan dia bertugas di blok yang majoritinya dijangkiti virus Covid-19.

Jelas pengacara My Doctor itu, dia merupakan petugas yang bertanggungjawab mengambil sampel tekak dan hidung di Blok D Pasar Borong Kuala Lumpur dan mengejutkan majoriti pesakit adalah daripada kawasannya.

Malah, dia tidak mampu menyembunyikan kerisauan sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi dan telah mengambil langkah pencegahan tambahan sebelum pulang ke rumah.

“Topik : Tipulah Kalau Tak Takut

“Sy bertugas di Blok D Pasar Borong Kuala Lumpur sejak 21.4.2020. Kebanyakan hari sy berada di station sampling yg mana tugas sy meng-swab tekak/ hidung.

IKLAN

“Setakat 27.4.2020 bilangan kes positif di Pasar Borong ni adalah sebanyak 69 kes daripada 15,276 orang yg di sampel. Pagi ni sewaktu briefing, sy diberitahu yg positive cases di Pasar Borong KL ni majoritinya daripada Blok D. Terduduk sy dibuatnya peeps.

“Kiranya kemungkinan besar tekak yg sy swab sejak 21.4.2020 ada yg positif COVID-19. Terus-terang sy cerita ada beberapa malam sy bermimpi yg sy ambil sampel tanpa PPE, bermimpi kerja tanpa face shield & face mask, bermimpi disinfect badan berkali2 sebab rasa masih tak bersih.

“Terjaga sy dibuatnya sebab risaukan Ace & bini. Apa yg sy harapkan bila sy bekerja hanyalah semata-mata perlindungan daripada PPE & perlindungan Ilahi sebab bila tengah ambil sampel, ada yg terbatuk kat muka kita, terbersin kat muka kita, ludah sana sini yg mungkin kita terpijak & terbawak balik.

IKLAN

“Sy letak setin besar disinfectant spray dalam kereta sy. Each time balik sy spray seat, stering, footmat kereta sy. Sampai rumah mandi terus, siap syampu & sabun 2 kali. Kalau sy hidup sorang sy tak kisah.

“Tapi bayangkan kalau anak sy dapat COVID dari sy (Nauzubillahiminzalik) memang tak akan sy maafkan diri sy. Berharap sangat COVID ni boleh nyah dari muka bumi ni. Penat hidup dalam kerisauan sebegini.

IKLAN

“Takpelah sikit je lagi kan? Number of cases dah menurun, kematian pun menurun. Together we can bring this COVID down peeps!” kongsinya.

View this post on Instagram

Topik : Tipulah Kalau Tak Takut Sy bertugas di Blok D Pasar Borong Kuala Lumpur sejak 21.4.2020. Kebanyakan hari sy berada di station sampling yg mana tugas sy meng-swab tekak/ hidung. Setakat 27.4.2020 bilangan kes positif di Pasar Borong ni adalah sebanyak 69 kes daripada 15,276 orang yg di sampel. Pagi ni sewaktu briefing, sy diberitahu yg positive cases di Pasar Borong KL ni majoritinya daripada Blok D. Terduduk sy dibuatnya peeps. Kiranya kemungkinan besar tekak yg sy swab sejak 21.4.2020 ada yg positif COVID-19. Terus-terang sy cerita ada beberapa malam sy bermimpi yg sy ambil sampel tanpa PPE, bermimpi kerja tanpa face shield & face mask, bermimpi disinfect badan berkali2 sebab rasa masih tak bersih. Terjaga sy dibuatnya sebab risaukan Ace & bini. Apa yg sy harapkan bila sy bekerja hanyalah semata-mata perlindungan daripada PPE & perlindungan Ilahi sebab bila tengah ambil sampel, ada yg terbatuk kat muka kita, terbersin kat muka kita, ludah sana sini yg mungkin kita terpijak & terbawak balik. Sy letak setin besar disinfectant spray dalam kereta sy. Each time balik sy spray seat, stering, footmat kereta sy. Sampai rumah mandi terus, siap syampu & sabun 2 kali. Kalau sy hidup sorang sy tak kisah. Tapi bayangkan kalau anak sy dapat COVID dari sy (Nauzubillahiminzalik) memang tak akan sy maafkan diri sy. Berharap sangat COVID ni boleh nyah dari muka bumi ni. Penat hidup dalam kerisauan sebegini. Takpelah sikit je lagi kan? Number of cases dah menurun, kematian pun menurun. Together we can bring this COVID down peeps!

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

Terbaru kes jangkitan Covid-19 sehingga 28 April adalah 31 kes dengan satu kematian.

Foto : Instagram Dr Say

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI