Penyanyi dan usahawan, Linda Rafar ada memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Menerusi rakaman video tersebut, Linda atau nama sebenarnya Azlinda Rafar sedang meluangkan masa bersama dengan anaknya dengan bermain aplikasi Tik Tok.
Dalam pada itu, Linda turut berkongsi cerita dirinya berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 3 kilogram selepas bermain dengan aplikasi tersebut yang kini sudah menjadi ‘trend’ masa kini.
Ads
“Percaya tak linda turun 3kg per week..sejak layan @rezaliif_ main tiktok @tiktok.malaysia,” tulisnya.
Meski dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan seluruh negara akibat penularan wabak Covid-19, namun banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama seisi keluarga.
Pelakon Hanis Zalikha menitipkan ucapan istimewa buat suami tercinta, Hairul Azreen yang menyambut hari lahir ke-32 tahun.
Ibu kepada dua anak itu melahirkan kesyukuran berpeluang menjadi suri di hati suaminya dan ibu kepada dua permata berharga dalam hidup.
“Selamat ulangtahun kelahiran buat suamiku. Ku bersyukur diberi kesempatan dan nikmat menjadi isterimu. Mengenalimu, mencintaimu, mengasihimu, melengkapi hari-harimu, dan menjadi ibu buat anak-anakmu adalah amat berharga buatku.
“Maka ku mensyukuri hari ini dan setiap hari bersama denganmu. Tuhan benar-benar yang maha baik sekali menghadirkanmu dalam hidupku dan semoga kita saling bersama dalam rahmat dan redhaNya.
“Terima kasih kalian yang turut mengirim doa pada Tuhan buat kami di sini. Salam Ramadhan buat semua,” kongsinya.
Pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pompom semakin gemar berkongsi aktiviti memasak menerusi akaun ‘Youtube Channel’ miliknya.
Baru-baru ini, Kak Lina ada memuat naik satu rakaman video memasak lauk Ikan Siakap Rebus Limau dan berkongsi resepi menu tersebut bersama peminatnya.
Dalam pada itu, Kak Lina turut berkongsi momen perbualan bersama suaminya, Mohamad Azlan Che Noh menerusi rakaman video berdurasi selama 15 minit itu.
“Ramai cakap betul ke Mama dah mengandung? Tapi kalau betul kami akan bagi tahu. Buat masa sekarang ni badan Kak Lina naik ni sebab Kak Lina sangat-sangat bahagia dengan suami, dengan anak dan keluarga.
“InsyaAllah nanti kalau betul Kak Lina dah mengandung jangan risau Kak Lina akan bagi tahu dengan semua orang khabar berita gembira itu, kan Papa kan? Mama tak sabar nak ada baby Papa,” katanya.
Imbas kembali, dengan sekali lafaz Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi telah sah bergelar isteri kepada Azlan pada 18 Januari lalu.
Sebelum ini, Elly pernah mendirikan rumah tangga bersama bersama pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia, 4 tahun namun pasangan ini bercerai pada 15 Oktober 2015.
Video: Youtube Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Man Raja Lawak menerusi laman Instagram miliknya merayu netizen agar mematuhi peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Jelasnya, dia kesal melihat paparan berita setiap hari ada sahaja kes membabitkan orang awam ditahan pihak berkuasa akibat ingkar.
Juara Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019) ini turut menyatakan dia tidak mahu menyambut Ramadan dalam suasana sekatan, jelasnya hanya syaitan yang dikurung pada bulan Ramadan dan dia tidak mahu menjalani nasib yang sama gara-gara segelintir netizen yang masih berdegil.
“Assalamualaikum, tak faham lah korang ni. Aku yang duduk dekat rumah ni hari-hari tengok berita ada orang kena tangkap, naik mahkamah, naik trak polis, masuk penjara, kena saman, kenapa?
“Degil betullah korang ni. Kitorang yang duduk rumah ni angin je dekat rumah ni. Selepas itu nak keluar suka-suka, alasan bukannya munasabah pun. Ada yang nak main bola, nak pergi jogging, nak beli rokok, apa benda lah.
“Kitorang yang duduk rumah ni, macam aku duduk di rumah flat, kalau boring nak pergi mana? Takkan nak pergi rumah jiran sebelah pula? Takkan aku nak pergi merayau pula, tak boleh!
“Kalau paling boring pun aku pergi picit lif. Kau tak tahu berapa ratus kali aku pergi picit lif. Sampai lif tu pun dah boring tengok muka aku.
“Korang janganlah keluar, duduk dekat rumah sampai 14 April. Janganlah pasal korang, jangan kata 14 April tak boleh keluar, silap-silap 14 tahun kena kurung dalam rumah.
“Ini sudah nak masuk Ramadan. Ramadan kita tahu syaitan kena kurung, jangan sampai kita pun kena kurung. Rasa dah macam syaitan pula. Kitorang nak bebas, tolonglah duduk rumah. Tolonglah aku merayu,” jelasnya menerusi IG Story.
Penyanyi dan komposer, Zubir Khan kini sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Dr. Heama Maleini selepas selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam majlis...