Ketika ini, dunia sedang dilanda penularan pandemik Covid-19 yang boleh mengancam nyawa.

Malah, Malaysia sendiri tidak ketinggalan dan kita sedia maklum, bilangan kes positif virus itu meningkat hari demi hari.

Bagaimanapun inisiatif kerajaan yang menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April depan diharap dapat memutuskan rantai penyebarannya.

Lalu pegawai perubatan, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum menerusi satu kenyataan memberitahu, pergerakan yang terbatas selain duduk di dalam rumah sedikit sebanyak boleh memberi kesan kepada perasaan dan emosi seseorang.

Misalnya, akan berasa sedih dan tertekan memandangkan kebanyakan daripada kita sudah terbiasa dengan aktiviti harian.

IKLAN

Jika tidak dikawal dengan baik emosi seperti ini lama kelamaan ia boleh menjejaskan kesihatan mental seseorang.

Bermula dengan perasaan risau seperti contoh mendengar berita tentang pertambahan kematian pesakit positif covid-19. Jadi perasaan risau ini lama-kelamaan Jika tidak dibendung awal-awal ia boleh bertukar menjadi perasaan sedih sehingga juga boleh mengakibatkan kesihatan mental akan terjejas.

Jadi, ini antara tips yang anda boleh lakukan demi kesihatan mental sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan;

IKLAN

Pastikan anda sentiasa mendapat maklumat yang sahih kerana jika anda mendapat maklumat yang palsu atau tidak benar, ia boleh membuatkan seseorang itu bertambah lebih cemas dan risau atau tidak keruan.

Eratkan  hubungan antara sesama ahli keluarga atau kawan rapat. Mungkin sebelum ini anda terlalu sibuk dengan kerja dan tiada masa. Jadi rebutlah peluang yang ada ini dengan selalu bertanya khabar walaupun melalui telefon kerana tidak dapat balik Ke kampung. Di situ juga anda boleh meluahkan perasaan kepada mereka.

Pilihlah kaedah pemakanan yang sihat dan seimbang. Dengan mengikut kaedah pemakanan yang betul, ia bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan tubuh badan malah memberi kesan baik kepada kesihatan mental seperti pengambilan asid lemak omega-3.

IKLAN

Miliki waktu yang cumup, kurangnya-kurangnya antara 6-8 Jam sehari. Ambillah peluang yang ada untuk betul2 rehatkan badan dan minda anda.

Kerap bersenam. Meski PKP sedang dijalankan, ini tidak bermakna anda tidak boleh bersenam. Praktis dan pilihlah jenis senaman yang lebih sesuai dan boleh di lakukan di rumah. Paling penting anda enjoy lakukan senaman tersebut.

Inilah masa untuk latih diri untuk sentiasa berfikiran positif. Elakkan daripada membaca atau mendengar akan perkara yang memberikan kesan negatif kepada emosi. Cuba isi masa lapang yang dengan melakukan aktiviti atau hobi berfaedah misalnya melukis, memasak,menulis novel, main alat muzik,membaca buku, mendengar lagu. Bagi bagi mereka yang beragama Islam, anda boleh membaca Al-quran atau rajin lakukan solat Sunat.

Semoga tips yang telah saya kongsikan ini dapat dimanfaatkan bersama agar kesihatan mental tidak terjejas dan moga kita akan menjadi seorang yang lebih ceria dan semangat apabila mula sambung kerja hari pertama nanti setelah tamat tempoh PKP. Jadi sama-samalah berdoa agar ujian berat ini akan berakhir.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI