Ikon dakwah, ustazah Shadiya Abbas yang baru sahaja menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.05 pagi tadi pernah berkongsi titipan doa dari si ibu ketika genap usianya 39 tahun pada tahun lalu.

Arwah menitipkan ucapan kesyukuran kerana masih punya peluang menunaikan solat jemaah dengan ibunda tercinta, Mahfudzah Hj Abdul Hakim dan masih punya ‘senjata ampuh’ berupa doa dari ibu.

Arwah yang meninggal pada usia 40 tahun memohon agar ibunya mendoakan dia hidup dalam ketaatan dan keredaan Allah.

“Terima kasih mak MAHFUDZAH HJ ABDUL HAKIM kerana melahirkan anak mak yang nakal ni.

“Mak namakan SHADIYA, sebab mak kata mak berkenan dengan anak seorang Dr. Anak orang Arab. Jadi mak pun namakan saya dengan nama tu.

“Saya malu bila orang tanya nama saya sebab nama tu pelik. Kat kampung kebanyakan orang namanya ada Siti/Nor. Nama saya satu je ada kat kampung masa tu.

“Alhamdulillah mencecah usia 39 tahun, dapat Solat Jemaah dengan mak ketika usia mak 68 tahun. Mak doakan panjang umur, dibantu dalam perjuangan dan dikurniakan rezeki.

“Mak tanya Ady, kau nak umur panjang bagaimana?

IKLAN

“Ady nak umur panjang dalam ketaatan dan keredhaan Allah, mak. Mak pun sambung doa lagi.

“Allah, nikmat mana lagi mahu aku dustakan. Peliharalah ibu dan ayahku dan ibu ayah suamiku yg aku sayang daripada disentuh api neraka. Mereka layak masuk SyurgaMu Ya Allah, minum air telaga Kauthar dan dapat duduk di atas pelamin bersama Rasulullah SAW.

“Kalaulah tidak kerana IBUku…maka tidaklah aku MENGENALMU Tuhan Rabbul Alamin.

“Sepertimana aku selamat ketika lahir, maka selamatkanlah aku pada waktu matiku. Husnul khatimah dan menjadi penghuni Syurga FirdausMu.

IKLAN

“Tkasih mak.

Tkasih mak mertua.

Tkasih suami.

Tkasih anak-anak.

IKLAN

Tkasih semua…

#harilahirkuharibahagiaku

#ushalifestyle,” kongsinya tahun lalu.

View this post on Instagram

Terima kasih mak MAHFUDZAH HJ ABDUL HAKIM kerana melahirkan anak mak yang nakal ni. Mak namakan SHADIYA, sebab mak kata mak berkenan dengan anak seorang Dr. Anak orang Arab. 😆😂 Jadi mak pun namakan saya dengan nama tu. Saya malu bila orang tanya nama saya sebab nama tu pelik. Kat kampung kebanyakan orang namanya ada Siti/Nor. Nama saya satu je ada kat kampung masa tu. Alhamdulillah mencecah usia 39 tahun, dapat Solat Jemaah dengan mak ketika usia mak 68 tahun. Mak doakan panjang umur, dibantu dalam perjuangan dan dikurniakan rezeki. Mak tanya Ady, kau nak umur panjang bagaimana? Ady nak umur panjang dalam ketaatan dan keredhaan Allah, mak. Mak pun sambung doa lagi. Allah, Nikmat mana lagi mahu aku dustakan. Peliharalah ibu dan ayahku dan ibu ayah suamiku yg aku sayang daripada disentuh api neraka. Mereka layak masuk SyurgaMu Ya Allah, minum air telaga Kauthar dan dapat duduk di atas pelamin bersama Rasulullah SAW. Kalaulah tidak kerana IBUku…maka tidaklah aku MENGENALMU Tuhan Rabbul Alamin. Sepertimana aku selamat ketika lahir, maka selamatkanlah aku pada waktu matiku. Husnul khatimah dan menjadi penghuni Syurga FirdausMu 😍 Tkasih mak. Tkasih mak mertua. Tkasih suami. Tkasih anak-anak. Tkasih semua…😘 #harilahirkuharibahagiaku #ushalifestyle

A post shared by Shadiya Abbas (@shadiyaabbas) on

Ustazah Shadiya meninggal dunia akibat lelah dan meninggalkan dua orang cahaya mata.

Al-Fatihah.

Foto : Instagram Shadiya Abbas

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI