Doktor selebriti, Dr Say Shazril berkongsi keterujaan apabila usahanya memohon untuk ditempatkan sebagai sebahagian petugas barisan hadapan menjadi kenyataan.
Jelasnya, pada mulanya Mercy memaklumkan pasukan mereka tidak memerlukan sukarelawan namun sudah tertulis rezeki, doktor sasa ini akhirnya terpilih.
Walaupun terpaksa memulakan tugas serta merta, namun dia cukup gembira dapat menyumbangkan tenaga dan bakti kepada negara.
“Topik : Bismillahirrahmanirrahim. Akhirnya!
“Setelah puas menunggu, akhirnya hari ni bakal menjadi hari pertama sy memulakan tugas sebagai seorang sukarelawan bersama Mercy Malaysia. Akibat kekecewaan tempoh hari, seorang sahabat menghubungkan sy dengan team Mercy. Awal-awal pun Mercy bagitahu yg mereka tidak memerlukan sukarelawan kerana mereka juga bekerja rapat dengan CPRC @kementeriankesihatanamalaysia.
“Tup tap semalam Mercy Malaysia mesej bertanya “adakah doc masih interested untuk volunteer?” sy reply “SEMESTINYA!” mereka reply balik “esok start” terduduk sy dibuatnya peeps. Sebulan berkulat di rumah tiba-tiba kena start keje arini sedikit terkejut tapi no hal episod 9 The World Of The Married pun keluar hari jumaat nanti maka here i am super excited to be part of the frontliners.
“Dalam kesempatan ini ingin sy ucapkan jutaan terima kasih sekali lagi atas warm wishes kalian sebelum2 ni. Akhirnya dapat sy turun gelanggang. Moga terpelihara kesihatan kita semua hendaknya.
“Ni baru nak pi briefing untuk lokasi & tugasan yg perlu dilakukan. Apa2 nanti sy update kat story naaa. Take care everyone!” jelasnya.
Demi menghormati saranan kerajaan yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai usaha memutuskan rantaian wabak koronavirus (COVID-19), penyanyi baru, Fadh Majid, melancarkan single sulung, Bukan Takdirku melalui platform media sosial, Instagram (IG) dan Bigo.
Segmen yang dinamakan Borak Santai Bersama Fadh Majid itu telah dilakukan 27 Mac lalu, berjalan secara serentak diIG dan Bigo Live selama 1 jam bermula dari 8.30 hingga 9.30 malam.
Sementara itu, pada jam 9 malam pula, video lirik lagu berkenaan turut dilancarkan menerusi saluran YouTube Todak Music.
Tidak hanya menjawab pelbagai soalan yang diajukan oleh pengikutnya, Fadh juga sempat berinteraksi secara langsung bersama guru vokal, Cikgu Shafie yang mengajarkannya teknik nyanyian; penyanyi terkenal, Shiha Zikir termasuk rakan media dari unit hiburan.
Positif dan memahami situasi yang berlaku di seluruh dunia ketika ini, Fadh turut menjelaskan dia dan syarikat rakamannya Todak Music, bukannya tidak sensitif apabila meneruskan hasrat untuk melancarkan lagu ini ditengah-tengah masyarakat seluruh dunia berasa terancam dengan wabak COVID-19.
Sebaiknya, tarikh pelancaran lagu tersebut sudah dirancang lebih awal.
“Meskipun dalam keadaan penularan wabak COVID-19 dan PKP, ada sesetengah kerja perlu kita laksanakan. Seperti pelancaran hari ini, tarikh yang dipilih sebenarnya sudah lama dirancang.
“Atas dasar kepekaan dan keprihatian, malahdemi kebaikan bersama, saya dan Todak Music mengambil inisiatif untuk menjadikan platform digital seperti Instagram dan Bigo sebagai landasan utama bagi pelancaran dan promosi single ‘Bukan Takdirku’ sepanjangkita mengharungi krisis wabak Covid19”
“Memandangkan ini saja cara terbaik buat masa sekarang bagi memperkenal dan mempromosikan single saya.
“InsyaAllah apabila keadaan sudah reda nanti, pastinya akan ada sebuah majlisdilakukan,” kata pemilik nama lengkap, Muhammad Fadhlullah Abdul Majid ini.
Sejak krisis COVID-19 juga, bintang ini turut menerima apa juga ketentuan Allah SWT dengan hati yang terbuka.
“Sebagai hambaNya saya sudah berikhtiar, terserah kepada Allah SWT untuk menentukan perjalanan lagu ini. Mungkin berjaya atau sebaliknya, mudah-mudahan nasib berpihak kepada saya kerana saya yakin lagu ini mampu pergi jauh,” akuinya.
Terdahulu, single Bukan Takdirku merupakan hasil nukilan dari Fadh sepenuhnya.
Lagu ini mengisahkan cinta yang terputus di tengah jalan dan bagaimana setiap daripada kita harus meredai sesuatu perpisahan yang terjadi.
“Biasanya bila bercakap mengenai lagu putus cinta, ia diekspresikan dengan rasa benci, kesal, menyalahkan pasangan, dendam dan emosi yang bercampur-baur. Jarang lirik lagu putus cinta mengangkat konteks perpisahan itu sebagai takdir Allah SWT yang harus kita terima dengan hati yang terbuka.
“Ayah saya selalu berpesan, jangan terlalu terbawa-bawa dengan perasaan amarah apabila kita kecundang dalam percintaan dan jangan sesekali berdendam.
“Redakan pemergian insan yang kita kasihi kerana mungkin Allah SWT menjanjikan sesuatu yang lebih baik dalam kehidupan kita yang seterusnya,” kata penyanyi berusia 26 tahun ini lagi.
Doktor selebriti, Dr Say Shazril mengakui rasa takut dalam diri memandangkan dia bertugas di blok yang majoritinya dijangkiti virus Covid-19.
Jelas pengacara My Doctor itu, dia merupakan petugas yang bertanggungjawab mengambil sampel tekak dan hidung di Blok D Pasar Borong Kuala Lumpur dan mengejutkan majoriti pesakit adalah daripada kawasannya.
Malah, dia tidak mampu menyembunyikan kerisauan sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi dan telah mengambil langkah pencegahan tambahan sebelum pulang ke rumah.
“Topik : Tipulah Kalau Tak Takut
“Sy bertugas di Blok D Pasar Borong Kuala Lumpur sejak 21.4.2020. Kebanyakan hari sy berada di station sampling yg mana tugas sy meng-swab tekak/ hidung.
“Setakat 27.4.2020 bilangan kes positif di Pasar Borong ni adalah sebanyak 69 kes daripada 15,276 orang yg di sampel. Pagi ni sewaktu briefing, sy diberitahu yg positive cases di Pasar Borong KL ni majoritinya daripada Blok D. Terduduk sy dibuatnya peeps.
“Kiranya kemungkinan besar tekak yg sy swab sejak 21.4.2020 ada yg positif COVID-19. Terus-terang sy cerita ada beberapa malam sy bermimpi yg sy ambil sampel tanpa PPE, bermimpi kerja tanpa face shield & face mask, bermimpi disinfect badan berkali2 sebab rasa masih tak bersih.
“Terjaga sy dibuatnya sebab risaukan Ace & bini. Apa yg sy harapkan bila sy bekerja hanyalah semata-mata perlindungan daripada PPE & perlindungan Ilahi sebab bila tengah ambil sampel, ada yg terbatuk kat muka kita, terbersin kat muka kita, ludah sana sini yg mungkin kita terpijak & terbawak balik.
“Sy letak setin besar disinfectant spray dalam kereta sy. Each time balik sy spray seat, stering, footmat kereta sy. Sampai rumah mandi terus, siap syampu & sabun 2 kali. Kalau sy hidup sorang sy tak kisah.
“Tapi bayangkan kalau anak sy dapat COVID dari sy (Nauzubillahiminzalik) memang tak akan sy maafkan diri sy. Berharap sangat COVID ni boleh nyah dari muka bumi ni. Penat hidup dalam kerisauan sebegini.
“Takpelah sikit je lagi kan? Number of cases dah menurun, kematian pun menurun. Together we can bring this COVID down peeps!” kongsinya.
Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad menyifatkan melihat rakan penyampainya di ERA FM, Bella Astillah semakin matang dalam membuat persediaan untuk melangkah ke alam rumah...