Beberapa hari lalu kecoh di media sosial tentang satu kenyataan, Raf Yaakob suami kepada seorang pelakon popular, Mawar Rashid.

Raf telah mengeluarkan kenyataan ‘apa guna bertudung kalau hati hitam’ menerusi satu perkongsiannya di Instagram.

Dalam perkongsian tersebut dia berkata, seharusnya kita menilai seseorang dari dalaman bukan hanya dari luarannya sahaja.

Telanjur Kata, Raf Yaakob Mohon Maaf Secara Terbuka

Rentetan daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Raf itu ramai netizen dilihat tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh suami kepada Mawar ini dan mula melemparkan pelbagai kecaman terhadapnya.

IKLAN

Semalam MH terlihat pula perkongsian Raf menerusi Insta Stories dan dia telah memohon maaf di atas keterlanjuran katanya yang mungkin menyinggung perasaan ramai pihak.

Malah dia juga turut menjelaskan kepada siapa kenyataan itu ditujukan sebenarnya.

Dia mengakui bahawa terlajak perahu boleh diundur tapi jika terlajak kata tak boleh diundur.

IKLAN

Telanjur Kata, Raf Yaakob Mohon Maaf Secara Terbuka

Telanjur Kata, Raf Yaakob Mohon Maaf Secara Terbuka

Telanjur Kata, Raf Yaakob Mohon Maaf Secara Terbuka

IKLAN

MH puji dengan keberanian Raf untuk mengaku kesilapan kata yang dikeluarkannya.

Bagi MH adalah satu perkara yang normal buat setiap manusia apabila terlalu marah kita akan hilang pertimbangan dan mula mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

Ok lah Raf pun dah minta maaf jadi apa salahnya kita maafkan dia sedangkan Rasulullah SAW pun ampunkan umatnya inikan pula kita yang sentiasa melakukan kesilapan.

Sumber: Instagram Raf Yaakob

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI