Pelakon dan usahawan, Rafidah Ibrahim memaklumkan kakaknya, Allahyarhamah Norhayati Abd Aziz telah kembali ke Rahmatullah selepas menghembuskan nafas yang terakhir, pada jam 9.43 pagi tadi.
Khabar duka itu telah dikongsikan oleh Rafidah menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman media sosial Instagram miliknya.
“Assalamualaikum dan dalam sejahtera. Makluman buat semua yg mengenali kakak/ Kak Ngah saya Norhayati binti Abd Aziz (kakak seibu) saya telah kembali ke rahmatullah pada jam 9.43 pagi tadi,” tulisnya.
Serentak dengan itu, pelakon berusia 35 tahun ini menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mengirimkan doa buat arwah kakaknya.
Ads
Di samping itu, Rafidah mewakili seluruh ahli keluarganya memohon ampun dan maaf atas semua salah dan silap sepanjang mengenali arwah kakaknya menerusi hantaran yang sama.
“Terima kasih buat semua yg berusaha dari segi medical dan doa yg tidak putus2 buat arwah.
Ads
“Saya mewakili seluruh keluarga arwah, memohon ampun dan maaf sepanjang kalian mengenali arwah.
“Semoga Allah s.w.t merahmati kalian semua di dunia dan di akhirat. #duniasementaraakhiratselamanya,” tulisnya lagi.
Dikesempatan ini juga, kami dari pihak MH mengucapkan salam takziah buat seluruh ahli keluarga Rafidah. Semoga rohnya ditempatkan bersama golongan yang beriman. Al-Fatihah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Rafidah Ibrahim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kadar kemiskinan di negara ini menunjukkan angka peningkatan akibat ramai kalangan rakyat mengalami kehilangan pekerjaan atau dipotong gaji daripada majikan kesan daripada pandemik Covid-19.
Atas rasa tanggungjawab, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Yayasan Maghfirah sekali lagi tampil membantu dalam mengagihkan sumbangan kepada golongan sasaran.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Yayasan Maghfirah, Muhammad Shuib Noruddin, usaha itu adalah menerusi kempen Raikan Ramadan yang dianjurkan yayasan yang menyaksikan sasaran pada tahun ini adalah sebanyak RM5 juta.
“Alhamdulillah dengan sumbangan orang ramai, pada Ramadan yang lepas, Yayasan Maghfirah telah berjaya mengagihkan bantuan Ramadan sebanyak RM1.2 juta kepada golongan asnaf.
“Mereka terdiri dari penduduk di 15 buah Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar lembah Klang, pusat perlindungan dan kebajikan, para petugas barisan hadapan, rumah anak-anak yatim, pusat-pusat tahfiz dan lain-lain dengan anggaran lebih 35,000 orang penerima manfaat.
“Hari ini, Yayasan Maghfirah sekali lagi melancarkan Kempen Raikan Ramadan dengan mensasarkan pengumpulan dana sebanyak RM 5 juta.
“Kempen ini membuka ruang dan peluang kebaikan merebut keberkatan Ramadan kepada masyarakat Malaysia untuk berkongsi rezeki bersama keluarga asnaf dan golongan yang memerlukan di luar sana,” katanya.
Selain itu, katanya, yayasan juga merancang untuk mengagihkan bantuan Ramadan tahun ini ke negara timur tengah seperti Mesir dan Lubnan.
“Daripada jumlah RM 5 juta yang disasarkan itu, sebanyak RM1.5 juta akan digunakan bagi membantu lebih 40,000 orang penerima manfaat sepanjang bulan Ramadan tahun ini.
“Dana selebihnya akan diagihkan kepada yang layak pada bulan-bulan berikutnya sepanjang tahun 2022.
“Kami mengambil inisiatif memperkenalkan lima pakej yang ditawarkan bagi menjayakan Kempen Raikan Ramadan ini,” ujarnya.
Yayasan berkenaan turut bekerjasama dengan beberapa selebriti seperti Johan As’ari, Fedtri Yahya, Hafiz Hamidun dan Azmi Saat yang dilantik sebagai duta.
Lima inisiatif pakej tersebut adalah Kongsi Rezeki, Infaq Quran, Ramadan Timur Tengah, 30 Hari 30 Sedekah dan Cabaran 1000 Bulan.
Selain itu, sempena Ramadan kali ini, buat julung kalinya, Yayasan Maghfirah akan melaksanakan Majlis Amal Maghfirah yang bertujuan meraikan golongan asnaf yang terdiri daripada anak-anak yatim, pelajar tahfiz dan pelajar-pelajar kelas Sahabat Al-Quran.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penampilan bertudung pelakon, Nelydia Senrose sekembalinya daripada mengerjakan umrah kali ketiga Disember tahun lalu disusuli kembara percutian ke negara Timur Tengah selepas itu mencuri perhatian ramai.
Rata-rata peminat memberikan reaksi positif dan tak kurang yang mendoakan semoga isteri kepada ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid ituterus istiqamah.
Jadi tidak hairanlah sekitanya, jenama MINAZ Hijab pantas menyuntingnya sebagai wajah wakilan koleksi raya, MINAZ Blooming Raya yang dilancarkan hari ini.
“Penghijrahan ini saya mahu jalani selangkah demi selangkah tapi pasti. Saya memang ke arah itu. Saya cuma tak berani nak cakap lebih. Saya tak mahu terlalu drastik seperti melangkau urutan abjad A hingga terus ke Z.
“Budak belajar berenang pun tak dicampak terus ke tempat yang dalam bimbang lemas. Sama juga dengan saya. Saya masih bertatih. Saya dalam proses belajar, mencuba, mencari dan mengenal lebih soal diri dan mendalami agama Islam.
“Kita pun nak sambut Ramadan, jadi ia juga satu cara menghormati bulan itu. Sekaligus saya mahu menjadi muslimah yang lebih baik. Sekembali dari umrah saya perlahan demi perlahan memakai tudung.
“Dapat berkunjung ke negara Arab Saudi pun kira sesuai lokasi itu untuk berhijab. Saya mula belajar, apa yang terdedah ditutup sedikit demi sedikit. Aturan itu sangat cantik,”katanya.
Mengulas mengenai perlantikannya itu, pelakon yang bakal muncul dengan drama Khilaf Asmara di TV3 terbitan Radius One Sdn Bhd ini akui tertarik dengan konsep minimalis diketengahkan.
“Saya boleh kata jatuh cinta pandang pertama terhadap jenama itu. Kak Pija MINAZ yang juga orang penting jenama itu pun sangat menyenangkan. Terasa seperti disayangi kakak yang mengambil berat dengan hala tuju lebih baik adiknya,” katanya.
Pemilik nama penuh Nik Zaris Nelydia Nik Senitu juga akur sebagai insan yang sentiasa diuji, terbit kebimbangan hatinya sebagai manusia yang mudah rapuh dan berbolak-balik.
“Saya mengharapkan pengakhiran yang baik dalam hidup ini. Jujur takut juga andai tersilap percaturan, hati boleh berubah.
“Namun saya tidak bermaksud menidakkan apa yang salah tetap salah. Hati kita Tuhan yang pegang dan bila bila masaboleh tersasar. Hari ini okey, esok… jadi lain. Namun saya tak lupa berdoa memohon diri terus istiqamah.
“Doa baik-baik untuk sesuatu yang lebih manis itu tentunya jadi azimat. Tak semua akan faham apa yang dilalui kerana mereka (netizen) tidak berada di tempat kita.
“Cuma saya percaya dan berharap mereka tahu prosesuntuk terus istiqamah mengambil masa, berdepan cabaran dan ujian. Saya harap mereka dan peminat boleh terus menyokong diri ini,” katanya.yang percaya rezeki.
“Saya percaya Tuhan itu pemegang rezeki kita. Ada yang bertanya tak takutkah saya dengan rezeki, jika memilih untuk bertudung.
“Saya tak gentar dan takut. Setiap kita pasti ada ujian masing-masing. Boleh jadi kalau Tuhan menyekat rezeki kita, itu adalah sesuatu yang baik. Demikian juga jika beroleh rezeki, ia mungkin boleh memudaratkan kita.
“Saya percaya apa yang berlaku contohnya tiada rezeki berlakon itu bermakna Tuhan melindungi kita untuk sesuatu yang lebih baik,” katanya lagi.
Sementara itu, Pija MINAZ selaku Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif jenama itu mengakui pemilihan Nelydia mendapat reaksi positif.
“Sejak Nelydia diperkenalkan di semua platform digital sebagai wajah kempen utama edisi istimewa ini, ramai yang telah memberikan maklum balas positif terhadap pemilihannya. Tidak kurang juga yang mendoakan dia untuk kekal istiqamah berhijab.
“Seperti seorang adik, tutur bicara Nelydia yang lemah lembut dan dirinya sendiri yang tidak malu meminta nasihat untuk kekal berhijab membuatkan saya begitu selesa bekerjasama dengannya,” katanya yang turut memilih wanita mualaf, Ayana Jihye Moon sebagai wajah kempen.
Pija juga optimis berkongsi rezeki untuk membantu rakyat Malaysia menjana pendapatan dari rumah mendepani era pandemik menuju endemik.
Tahun ini jenama itu mahu membantu lebih 4,000 ejen dan stokis seluruh Malaysia mencapai misi berkenaan.
Malah, jenama itu mensasarkan lima orang lagi bakal menjadi Jutawan Hijab menjelang hujung tahun ini.
Tak ketinggalan, sasaran 2 juta helaitudung bawal juga mahu dicapai sehingga 2022 berlabuh.
“Kami yakin sasaran jualan 2 juta helai tudung itu dapat dijual tahun ini dengan misi mahu membantu lebih ramai suri rumah dan keluarga menjana pendapatan tambahan.
“Sekali gus bangun dan meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Kami juga berkongsi rezeki dengan tajaan pakej umrah tahun depan buat ejen dan stokis yang mencapai sasaran jualan ditetapkan tahun ini.
“Kami juga dalam masa sama sedang mengisi kekosongan stokis di tiga buah negeri iaitu di Melaka, Perlis dan Sarawak,” katanya.
Jenama yang diperkenalkan Ogos tahun lalu mempertaruhkan tudung bawal kain kapan dijual dengan harga rakyat RM29 dengan kualiti ‘kayangan’.
Koleksi keempat selepas menampilkan Nora Danish dan Kilafairy itu boleh diteliti di www.minaz.com.my.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara Abdul Mu’adz reda dengan ujian apabila terpaksa menangguhkan majlis perkahwinannya pada saat-saat akhir selepas dia dan pasangan telah disahkan positif Covid-19.
Menurut Mu’adz, dia menganggap Allah mempunyai perancangan yang lebih baik buat dirinya dan bakal isteri.
Katanya lagi, selepas hampir tiga tahun hidup di dalam fasa pandemik, ini merupakan kali pertama mereka dijangkiti wabak berkenaan.
“Today was suppose to be the day that I’m gonna make you my wife, but.. I guess god had plans for us. All we can do is sabar.
“We’ve been lucky for the pass three years without getting covid. What are the odds of us getting one 3 days before our wedding,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh Muadz yang banyak mengacarakan program-program berunsurkan e-sukan itu menerusi hantaran terkini yang di muat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Mu’adz turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang perihatin mengenai kesihatan dirinya dan bakal pasangan.
“Insyaallah time will heal us, thank you everybody who had given your lovely wishes for me and Sammy, this is day 3 and my god my throat hurts like hell. I can’t eat,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut berdukacita di atas perkhabaran tersebut selain turut mendoakan semoga Mu’adz dan bakal isterinya segera diberikan kesembuhan.
“Get well soon brother.
“Get well soon Sammy dan Muadz. Semoga dipermudahkan urusan semua nanti ya. Sikit je lagi. Stay strong.
“Semoga cepat sembuh Muadz dan bakal isteri.
“Semoga cepat sihat. Ada hikmah semua tu.
“So sorry to hear this. Hope you and your fiencee get better soon.
“Keep strong brother. You can get through this.
“Get well soon you lovely couple. Everything will be alright. Sabar ya Mu’adz. Stay strong. You can do this Mu’adz,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Mu’adz dan bakal isterinya yang dikenali dengan panggillan Sammy telah bertunang pada Disember tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Abdul Mu’adz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.