Penyanyi Ainan Tasneem atau nama lengkapnya, Ainan Tasneem Redzuan mendedahkan dirinya pernah mengalami masalah senggugut teruk sejak dari bangku sekolah lagi.

Menurut Ainan, masalah yang dialaminya menyebabkan dia mengalami kesakitan sehingga menjejaskan rutin harian sebelum ini.

Alami Senggugut Teruk Sejak Bangku Sekolah, Ainan Tasneem Kongsi Pengalaman – “Tahap Period Pain I Sampai Boleh Buat Pengsan.” Alami Senggugut Teruk Sejak Bangku Sekolah, Ainan Tasneem Kongsi Pengalaman – “Tahap Period Pain I Sampai Boleh Buat Pengsan.”

Penyanyi berusia 28 tahun ini berkongsi perkara tersebut bersama para pengikutnya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun media sosial Instagram miliknya.

“My period pain yang bertahun-tahun bertahun i tanggung dari zaman remaja dulu dah hilang sejak I pakai Aulora ya (dengan izin Allah)!

IKLAN

“I memang kena makan panadol pink sebab tahap period pain I sampai boleh buat pengsan. Siapa kawan I dari zaman sekolah memang tahu lah I kalau time period kat sekolah memang teruk sangat,” tulisnya.

Kini, Ainan menarik nafas lega kerana tidak lagi berdepan dengan masalah yang sering dihadapi oleh kaum wanita itu selepas mengenakan satu jenama pakaian khas wanita, baru-baru ini.

“Memula 1st month (on Jan) I tak kena period pain I rasa eh ni mesti kebetulan ni. Takkan la kot? Tapi bila dah 2nd month last feb haritu pon I tak senggugut & less bloated I rasa macam mindblown kot?!

IKLAN

“Lagi satu serious badan I jadi ringan & rasa bertenaga sangat lepas pakai Aulora dengan izin Allah. Kalau time tido memang dapat deep sleep ye mashaaAllah. Patutla tokti pon beli sampai 6 pasang,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINAN TASNEEM ♡ (@ainantasneem92)

Sekadar informasi, Ainan telah mendirikan rumah tangga bersama Mohamad Ariffudin pada 7 Januari 2017.

IKLAN

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan bernama Ainan Salsabiela, 3 tahun dan sepasang anak kembar bernama Faqeh Nael dan Faeqa Naela, 3 bulan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Ainan Tasneem

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI