Penyanyi Hael Husaini kini muncul dengan single terbaharu, Nuraga yang berunsur kerohanian, padat dengan mesej mendalam penuh kesedaran seiring dengan kedatangan Ramadan tahun ini.

Memanjatkan rasa syukur, Hael pada masa sama turut menjelaskan Nuraga bukanlah spesifik untuk didengari sepanjang bulan kemuliaan ini.

Sebaliknya ia sesuai menjadi halwa telinga pada bila-bila masa berdasarkan kepada mesej yang diterapkan menerusi single berkenaan.

“Telah Dicipta Awal Tahun 2020 Sebelum Pandemik Bersama MFMF,” – Hael Husaini Berkongsi, ‘Bernasyid’ Menerusi Nuraga “Telah Dicipta Awal Tahun 2020 Sebelum Pandemik Bersama MFMF,” – Hael Husaini Berkongsi, ‘Bernasyid’ Menerusi Nuraga

“Alhamdulillah, syukur rasanya apabila dapat kembali bekerja semula walaupun kita masih berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB), namun begitu kebanyakan masa lapang ketika ini saya habiskan di studio dengan menyiapkan beberapa projek yang masih belum boleh diumumkan lagi.”

Demam AJL yang melanda negara telah pun reda, pelbagai rintangan terpaksa kami lalui demi menjayakannya, dan kini tiba masa yang sesuai saya kembali dengan karya terbaru yang diberi judul Nuraga.

Walaupun single ini dilancarkan dalam waktu terdekat ini, namun ia bukanlah sebuah lagu spesifik ke arah Ramadan dan ia lebih kepada nasihat yang boleh didengar pada bila-bila masa.

IKLAN

“Telah Dicipta Awal Tahun 2020 Sebelum Pandemik Bersama MFMF,” – Hael Husaini Berkongsi, ‘Bernasyid’ Menerusi Nuraga “Telah Dicipta Awal Tahun 2020 Sebelum Pandemik Bersama MFMF,” – Hael Husaini Berkongsi, ‘Bernasyid’ Menerusi Nuraga

Nuraga bermaksud sifat belas kasihan atau perasaan simpati, ia bertepatan dengan situasi yang sedang kita hadapi sekarang di mana ramai yang sedang menempuh dugaan hidup, dan ada juga yang mengharapkan bantuan atau belas kasihan daripada orang lain yang mampu bagi meneruskan kehidupan.

Sebenarnya lagu ini telah pun dicipta pada awal tahun 2020 sebelum pandemik COVID-19 lagi bersama rakan komposer, MFMF, mungkin masanya kurang sesuai pada ketika itu, dan pada tahun ini kami nekad untuk melancarkannya,” katanya.

Hael pada masa mengakui lagu berkenaan berbeza dengan lagu-lagu yang pernah dirakamkan.

“Pada single kali ini saya lari dari kebiasaan dan tampil dengan lagu bergenre ala nasyid kerana elemen kerohanian yang ada di dalamnya berserta unsur nasihat agar bersesuaian dengan mood lagu tersebut.

IKLAN

“Ini juga merupakan pengalaman baru buat MFMF kerana beliau tidak pernah menghasilkan lagu sebegini, namun begitu kami berjaya menyiapkan ia seadanya.

Bagi video muzik (MV) Nuraga pula, ia lebih kepada penyampaian secara lahiriah tanpa sebarang jalan cerita atau apa-apa gimik dan lebih straight forward, jika nak tahu lebih lanjut kenalah tonton di YouTube nanti,” katanya.

“Telah Dicipta Awal Tahun 2020 Sebelum Pandemik Bersama MFMF,” – Hael Husaini Berkongsi, ‘Bernasyid’ Menerusi Nuraga “Telah Dicipta Awal Tahun 2020 Sebelum Pandemik Bersama MFMF,” – Hael Husaini Berkongsi, ‘Bernasyid’ Menerusi Nuraga

Sementara itu, En. Feros Sayna selaku Ketua Label RocketfuelEntertainment menambah, Hael merupakan seorang penyanyi yang kreatif serta tidak pernah jemu untuk mencari idea baru menerusi lagu hasilannya.

IKLAN

Hael merupakan seorang artis yang sangatkreatif dan sentiasa bekerja keras dalam menghasilkan hit demi hit.

“Saya percaya dengan kekuatan Nuraga dan pasti ia mendapat tempat di hati peminat muzik tanah air kerana ia lain daripada yang Hael pernah hasilkan sebelum ini,” harapnya.

Nuraga boleh dimuat turun serta didengari melalui penstriman atas talian manakala MV lagu Nuraga juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

“Telah Dicipta Awal Tahun 2020 Sebelum Pandemik Bersama MFMF,” – Hael Husaini Berkongsi, ‘Bernasyid’ Menerusi Nuraga “Telah Dicipta Awal Tahun 2020 Sebelum Pandemik Bersama MFMF,” – Hael Husaini Berkongsi, ‘Bernasyid’ Menerusi Nuraga

Sehingga kini, MV berkenaan sudah pun ditonton hampir 120,000 kali sejak dilancarkan pada penghujung Mac lalu.

Foto: Instagram Hael Husaini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI