Bukan calang-calang selebriti mampu berbuat begini. Tidak hanya mengaut untuk bagi simpanan sendiri, Taylor Swift turut prihatin terhadap mereka yang menjadi tulang belakang kejayaannya.

Terbaharu, dikhabarkan bintang terkenal berusia 33 tahun ini telah memberikan bonus bernilai USD55 juta (bersamaan hampir RM250 juta) kepada pekerja yang menjayakan 52 siri konsertnya yang berlangsung di dua puluh negeri di Amerika Syarikat.

Bonus itu bukan hanya diberikan kepada haya segelintir pihak namun turut diberikan kepada penari, penjaga makanan, juruteknik bunyi dan jurugegas antaranya. Pendek kata semua yang terlibat!

Taylor Swift Dilapor Beri Bonus Bernilai RM250 Juta Kepada Pekerja Konsert

Imbas Kembali, pemenang Anugerah Grammy itu memulakan siri konsertnya pada Mac di Glendale, Arizona dan mempesonakan peminat dengan senarai set 44 lagu yang merentas sepanjang kerjayanya.

IKLAN

Bukan hanya menarik minat peminat tegar, konsertnya menyaksikan kehadiran bintang terkenal Hollywood seperti Miles Teller, Drew Barrymore, Reese Witherspoon, Gigi Hadid dan Paul Rudd yang hadir memberi sokongan selain menikmati setiap lagu yang dipersembahkan.

Pada bulan Jun yang lalu, Taylor mengumumkan dia akan mengadakan konsert di luar Amerika Syarikat dan menyasarkan pertunjukan di seluruh Eropah, Asia dan Australia pada tahun hadapan.

Singapura menjadi satu-satunya lokasi pilihan di Asia Tenggara. Konsert yang pada mulanya dirancang untuk tiga malam telah dipanjangkan menjadi enam malam dek sambutan hangat. Tiket sudah pun habis dijual!

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

IKLAN

Sumber: People

 

IKLAN

 

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI